Showing posts with label Tempat makan sedap. Show all posts
Showing posts with label Tempat makan sedap. Show all posts

8 Apr 2012

AYAM PENYET RIA PLAZA ANGSANA (SMASHED FRIED CHICKEN)


Petang tadi Cool Daddy & keluarga singgah ke Plaza Angsana selepas selesai urusan di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan yang terletak di Jalan Denai, Kempas.


Kebetulan pula sampai di Plaza Angsana masih belum makan tengahari lagi. So Cool Daddy terus cari tempat makan sedap. Kali ini terasa pulak ingin mencuba Ayam Penyet Ria yang terletak di aras 3. Restoran ini menyajikan makanan asli dari Indonesia. Lepas makan confirm boleh "ngomong jowo"

Sebelum ini Cool Daddy pernah buat review pasal Ayam Penyet LC Catering. Kalau belum baca boleh klik di [SINI].


Apa yang istimewa tentang Ayam Penyet Ria ini ialah ayamnya yang diperah dengan rempah, digoreng garing sambil ditabur dengan keriuk-keriuk asli. Di sertakan dengan tauhu goreng & tempe goreng dan sayur kangkung di hidang bersama dengan sambal belacan istimewa (memang sangat pedas).

Selain daripada hidangan ayam penyet, anda juga boleh memesan hidangan lain seperti:





Tetapi Cool Daddy agak kecewa sedikit dengan service yang diberikan. Tempoh menunggu hidangan agak  terlalu lama. Mungkin pasal perut dah terlalu lapar. Tapi masa itu pelanggan tengah ramai. Faham-faham sajalah.

7 Apr 2012

GERAI TEPIAN TEBRAU; Gerek Banget...


Malam tadi Cool Daddy & keluarga sudah terjah ke salah sebuah gerai makan di Gerai Tepian Tebrau ("GTT").  Gerai tersebut dipunyai oleh bekas rakan sekolah wife Cool Daddy.


Secara jujurnya, ini merupakan kali pertama Cool Daddy makan di GTT walaupun sudah banyak kali melalui kawasan tersebut. GTT ini memang selalu menjadi tumpuan penduduk JB dan juga dari Sebarang Tambak (Singapura).   

Atas saranan pemilik gerai, kami memesan makanan seperti di bawah;

(Menu Gerai Sri Dataran. Gerai Terletak di Bahagian Hujung Sebelah Surau)

(Ikan Merah Masak Sambal Terutup) 

4 Apr 2012

Murtabak Kg Melayu Majidee


Kg. Melayu Majidee memang amat terkenal dengan beberapa tempat makan sedap yang selalu menjadi tumpuan penduduk di sekitar Johor Bahru dan Singapura. Wife Cool Daddy sendiri berasal dari Kg Melayu Majidee.


Antara tarikan yang terdapat di Kg Melayu Majidee adalah Murtabak. Kalau tak silap, ada lebih kurang 3 pengusaha murtabak popular di sini. Antaranya Murtabak Rafi (Man Tomok), Majid Murtabak Larkin dan Murtabak Azo 96.


(Pembuat Murtabak Azo 96)

Cool Daddy pernah merasa murtabak daripada ketiga-tiga pengusaha di atas. Masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri daripada segi rasa kuah, rasa isi murtabak dan kegaringan murtabak itu sendiri.

Harga murtabak lebih kurang sama iaitu dari RM7 (murtabak biasa) hingga RM12 (murtabak special).

(Suasana di Restoran Rafi (Man Tomok)

Murtabak Rafi (Man Tomok) dan Majid Murtabak Larkin terletak berhadapan dengan Pasar Kg Melayu Majidee dan dipisahkan oleh 2 unit kedai sahaja. Majid Murtabak Larkin menyewa lot di Restoran Faridah.

Manakala Murtabak Azo 96 terletak berhadapan dengan Masjid Kg. Melayu Majidee.

Murtabak di Kg Melayu Majidee lazimnya menjadi tumpuan ramai ketika di bulan puasa. 


Note: Point A adalah lokasi Murtabak Rafi (Man Tomok) & Majid Murtabak Larkin. Point B adalah lokasi Murtabak Azo 96.

Gambar : Kredit 2 Blog Makan2Jalan2

2 Apr 2012

AYAM PENYET & PECEL LELEH @ LC CATERING JOHOR BAHRU


Hidangan Ayam Penyet sekarang ini seolah-oleh sudah menjadi satu trend pulak. Dimana-mana kedai makan mesti ada menyediakan menu Ayam Penyet.

Penulis sudah beberapa kali menikmati Ayam Penyet. Antara kedai makan yang penulis pernah terjah untuk mencuba Ayam Penyet ialah di LC Catering yang terletak di Jalan Tebrau, Johor Bahru. 

LC Catering merupakan salah satu tempat makan yang agak popular di sekitar JB. Kalau tidak silap penulis, waktu perniagaannya adalah 24 jam.


 (Air jambu campur serbuk asam + jus epal hijau)

(Pecel Leleh) 

23 Jan 2012

BUBUR NASI ISTIMEWA NO. 1 @ TAMAN SENTOSA

Buat mereka yang suka menikmati hidangan ringkas untuk makan malam, penulis mensyorkan agar anda mencuba bubur nasi yang amat popular di JB. Gerai Bubur Nasi Istimewa No. 1 yang terletak di Jalan Sutera, Taman Sentosa, JB. Penulis pernah merasai sendiri bubur nasi tersebut dan rasanya memang marvelous.

Bubur nasi dihidangkan berserta lauk yang ringkas tetapi membuka selera seperti kangkung goreng belacan, telur masin, lobal cincang, kacang & ikan bilis goreng.


Selain daripada hidangan bubur nasi, anda boleh memesan hidangan lain seperti kerang rebus, satay dan juga makanan goreng-goreng daripada gerai yang berdekatan.

Gerai No. 1 menjadi tumpuan ramai pengunjung pelbagai bangsa buat sekian lamanya. Memang seronok makan berbumbungkan langit bersama-sama ahli keluarga atau rakan-rakan. Kalau hujan pandai-pandailah cari tempat berteduh.

SENIBONG SEAFOOD VILLAGE

Bismilahhirahmannirahim...

Restoran Selera Senibong Seafood @ Senibong Seafood Village.

Untuk post yang pertama ini, aku ingin berkongsi satu tempat makan yang istimewa di Johor Bahru iaitu di Kampung Senibong. 

Ianya terletak di dalam kawasan Bandar Baru Permas Jaya. Landmark utama ialah AEON Permas Jaya. Tempat ini amat terkenal di kalangan penggemar makanan laut samada warga JB ataupun warga seberang tambak, Singapura.



Di Senibong Seafood Village terdapat beberapa buah restoran yang menjual berbagai jenis makanan laut yang segar. Antaranya ketam bangkang, siput gong-gong, udang, udang kara (lobster), kupang dan berbagai jenis ikan.

Aku memang sudah banyak kali datang menjamu selera di Senibong Seafood Village. Restoran pilihan utama tidak lain dan tidak bukan ialah Selera Senibong Seafood (SSS) yang diusahakan oleh dua beradik iaitu Mohd Fauzi Saadon dan Hasbullah (Lah).

(Pemilik Restoran Selera Senibong Seafood menunjukkan antara 
makanan laut yang menjadi kegemaraan pelanggannya. 
Kredit Gambar; MummyNemo.Com)

Bila samai sini, bisanya aku akan memesan kupang masak sambal telur, udang goreng butter/nestum, ketam bangkang masak cili dan ikan masak lemak cili api. Jangan risau pasal harga kerana harga yang dikenakan adalah amat berpatutan.

Selain daripada makanan yang sedap-sedap, restorannya terletak di atas air. Sambil menjamu selera boleh menikmati pemandangan dan angin Selat Johor dan Singapura. 


Senibong Seafood Village pernah diterjah oleh krew Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) musim 2011 yang dihoskan oleh Qi Razali.

Walaupun tempat ini dikunjungi ramai orang terutamanya pada malam minggu, cuti umum dan musim perayaan, anda tak perlu risau kerana ruang letak kenderaan adalah mencukupi dan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Senibong.

Jika anda mempunyai alahan terhadap makanan laut, boleh cuba makan Nasi Lemak Malam Indah Selalu yang terletak bersebelahan dengan Restoran Selera Senibong Seafood.

View Larger Map