28 Apr 2012

BERSIH 3.0

Esok sudah hari Sabtu. Masa untuk bercuti bersama keluarga.
Esok juga merupakan tarikh Perhimpunan BERSIH 3.0 yang dijangka diadakan berhampiran Dataran Merdeka.

Sedikit petikan daripada MalaysiaKini tentang BERSIH 3.0;




Kepada sesiapa yang ingin menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 esok, Cool Daddy nasihatkan agar jangan terlalu emosional. Jaga tingkah laku dan keselamatan diri agar tidak tercerdera atau mencederakan orang lain. Hargai hak kebebasan bersuara. Hargai juga keamanan yang dibina selama ini.

23 Apr 2012

Restoran Bujang Terapung & Fireflies


Hari Sabtu yang lepas, Cool Daddy sudah bawa family bercuti di sekitar Pantai Peranginan Desaru. Percutian bajet di dalam negeri Johor. Cool Daddy telah menginap 2 Hari 1 Malam di Pulai Desaru Resort & SPA dengan kos RM319-00 termasuk sarapan untuk 3 orang. 


Semasa percutian kali ini, Cool Daddy telah membawa family makan malam di sebuah restoran terapung atas saranan rakan yang baru Cool Daddy kenali. Restoran itu dipanggil "Bujang Terapung". Lokasinya yang agak terpencil memang sukar untuk dijejaki bagi mereka yang baru pertama kali ke Desaru.

Untuk kunjungan kali pertama, Cool Daddy telah memesan makanan set yang terdiri daripada Ikan Siakap 3 Rasa, Tom Yam Campur, Udang Butter, Sotong Nestum, Kangkung Belacan & Sejag Air Tembikai. Harganya tidak melebihi RM100-00. Memang amat berpatutan.

(Sotong Nestum Pilihan Wife Cool Daddy) 

(Tom Yam Campur) 

(Udang Butter. Terasa Masin & Manisnya) 

(Ikan Siakap 3 Rasa. Style Masakan Lain Pun Ada Juga)

Selepas makan, Cool Daddy & family meneruskan aktiviti malam dengan menaiki bot menyusuri Sg. Lebam untuk melihat keindahan kerlipan cahaya Kunang-Kunang aka Fireflies. Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit pergi dan balik. 

Tapi Cool Daddy tak dapat nak tangkap gambar Kunang-Kunang dengan menggunakan kamera HP Samsung W kerana keadaan yang sungguh gelap. Gambar-gambar di bawah ini Cool Daddy ambil daripada Google.

(Jeti Tempat Menaiki Bot. Tapi Cool Daddy Naik Dari Jeti Tepi Restoran) 

(Couple Sedang Menikmati Keindahan Cahaya Kunang-Kunang) 

(Inilah Rupa Haiwan Yang Bernama Kunang-Kunang. Ada Cahaya di Bahagian Belakang Badannya. Sungguh Besar Ciptaan Yang Maha Esa)

Kepada sesiapa yang ingin pergi ke Restoran Bujang Terapung & melihat sendiri kerlipan cahaya Kunang-Kunang, di bawah ini Cool Daddy nyatakan alamat & Google Mapnya sekali.

Jangan terkejut jikalau beberapa artis ternama tempatan seperti Amy Search, Black Mentor, Afdlin Shauki, Bront Palarae dll telah datang ke tempat ini.



18 Apr 2012

WORDLESS #2: PROTON PREVE







HARGA PASARAN :

RM72,990 - Premium (CFE + ProTronic)
RM62,990 - Executive (IAFM + CVT)
RM59,990 - Executive (IAFM + Manual)


16 Apr 2012

ASAL USUL NAMA JOHOR


JOHOR merupakan salah sebuah negeri Melayu tertua pernah menerima pengaruh kerajaan Srivijaya. Nama negeri JOHOR telah pun disebut-sebut sejak sebelum Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi.

(Jata Negeri Johor)

Mengikut catatan pengembara Portugis, "Marco Polo telah melakukan pelayaran pada tahun 1292 hingga ke Hujung Tanah". Nama yang sama juga disebut dalam hikayat Jawa "Nagara Kertagama" pada tahun 1365.

Mengikut Tun Sri Lanang dalam bukunya "Sejarah Melayu" pada tahun 1612, JOHOR disebut oleh pedagang Siam sebagai "Klangkiu", manakala pedagang Jawa menyebutnya sebagai "Galuh" dan pedagang Arab menyebutnya sebagai "Jauhar".

Ketiga-tiga perkataan ini membawa maksud "Batu Permata". Daripada sebutan Arab "Jauhar" inilah JOHOR mendapat namanya sehingga sekarang. 


15 Apr 2012

Pulai Desaru Beach Resort & Spa


Pulai Desaru Beach Resort & Spa lies in the heart of Desaru, Kota Tinggi, Johor, one of the most beautiful unspoiled beaches in the east coast of Peninsular Malaysia. 


The said resort is just located next to Lotus Desaru Beach Resort (formerly known as Desaru Impian).

At Kid's Club, children are well entertained with an endless array of activities, and well equipped play areas indoors & outdoors. There are supervised activities by the poolsides and at the beach to keep the children busy.

Guests will be entertained with a whole plethora of sea sports including jet skiing, banana boat rides, canoeing and kayaking.

Package offered by Pulai Desaru Beach Resort & Spa:







GETTING THERE:

Using the new Senai-Desaru Expressway (E22). Travelling distance from Ulu Tiram to Bandar Penawar is reduced by 16KM while travelling time reduced by 1 hour.





For bookings and inquiries, please contract them at 607-822 2222 or visit their website @ www.pulaidesaru.com


11 Apr 2012

WORDLESS #1; RETENTION PROGRAMME





NOTA : Ini bukan peraduan "Gores & Menang" yang mana salah di sisi undang-undang.


8 Apr 2012

AYAM PENYET RIA PLAZA ANGSANA (SMASHED FRIED CHICKEN)


Petang tadi Cool Daddy & keluarga singgah ke Plaza Angsana selepas selesai urusan di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan yang terletak di Jalan Denai, Kempas.


Kebetulan pula sampai di Plaza Angsana masih belum makan tengahari lagi. So Cool Daddy terus cari tempat makan sedap. Kali ini terasa pulak ingin mencuba Ayam Penyet Ria yang terletak di aras 3. Restoran ini menyajikan makanan asli dari Indonesia. Lepas makan confirm boleh "ngomong jowo"

Sebelum ini Cool Daddy pernah buat review pasal Ayam Penyet LC Catering. Kalau belum baca boleh klik di [SINI].


Apa yang istimewa tentang Ayam Penyet Ria ini ialah ayamnya yang diperah dengan rempah, digoreng garing sambil ditabur dengan keriuk-keriuk asli. Di sertakan dengan tauhu goreng & tempe goreng dan sayur kangkung di hidang bersama dengan sambal belacan istimewa (memang sangat pedas).

Selain daripada hidangan ayam penyet, anda juga boleh memesan hidangan lain seperti:





Tetapi Cool Daddy agak kecewa sedikit dengan service yang diberikan. Tempoh menunggu hidangan agak  terlalu lama. Mungkin pasal perut dah terlalu lapar. Tapi masa itu pelanggan tengah ramai. Faham-faham sajalah.

7 Apr 2012

GERAI TEPIAN TEBRAU; Gerek Banget...


Malam tadi Cool Daddy & keluarga sudah terjah ke salah sebuah gerai makan di Gerai Tepian Tebrau ("GTT").  Gerai tersebut dipunyai oleh bekas rakan sekolah wife Cool Daddy.


Secara jujurnya, ini merupakan kali pertama Cool Daddy makan di GTT walaupun sudah banyak kali melalui kawasan tersebut. GTT ini memang selalu menjadi tumpuan penduduk JB dan juga dari Sebarang Tambak (Singapura).   

Atas saranan pemilik gerai, kami memesan makanan seperti di bawah;

(Menu Gerai Sri Dataran. Gerai Terletak di Bahagian Hujung Sebelah Surau)

(Ikan Merah Masak Sambal Terutup)