5 Mar 2015

5 Tips Kawal Kewangan Tinggi

Bismilahhirahmannirahim...

5 Tips Kawal Kewangan Tinggi.


Di zaman yang serba mencabar ini dengan kenaikan harga barang yang tidak penghujungnya, sudah tentu kos perbelanjaan bulanan kita juga bertambah. Lebih-lebih lagi yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak. Susu dan lampin pakai baby pun dah naik harga juga.

Keadaan akan bertambah teruk bila majikan pakat-pakat tidak mahu beri kenaikan gaji dan juga bonus tahunan buat pekerja.


Di sini ada beberapa tips yang boleh dipraktikan dan diharap dapat membantu mengawal kewangan / perbelanjaan tinggi.

1. Catat Perbelanjaan
Setiap duit yang masuk dan keluar perlulah direkodkan. Ini boleh membantu anda mengkaji trend perbelanjaan dan menghalang pembaziran. Juga buat list barangan yang perlu dibeli sebelum keluar membeli-belah.

2. Kurangkan Makan di Luar
Bawa bekal ke pejabat dapat jimatkan kos makan tengahari dan tidak perlu beli air minuman. Bila malam pulak, elok masak dan makan saja dirumah. Kos makan diluar lebih tinggi daripada kos menyediakan makanan di rumah bagi yang berkeluarga. Kalau bujang masak Maggie pun boleh.

3. Kurangkan Penggunaan Kad Kredit
Shop, Swipe and Go. Memang mudah. Tapi amatlah merbahaya jika tiada disiplin. Silap-silap boleh pengsan bila tengok penyata bulanan.

4. Jaga Harta Benda
Amalkan konsep baik pulih (restore) bagi barang-barang keperluan seperti perkakas elektrik. Ianya dapat membantu menjimatkan wang anda. Buat penyelenggaraan berkala terhadap setiap barangan yang dimiliki terutamanya kenderaan.

5. Buat Simpanan
Asingkan beberapa peratus daripada wang gaji setiap bulan untuk disimpan di bank. Persediaan untuk masa susah (rainy day). Pastikan anda menyimpan wang tersebut di bank-bank yang susah untuk membuat pengeluaran dan yang tidak menyediakan Kad ATM seperti Tabung Haji dan ASB.

Tips-tips diatas tidak akan berkesan sekiranya kita masih kekal boros berbelanja dan gagal mengawal nafsu berbelanja.


30 comments:

  1. ya, masak sendiri apa yang mahu dimakan
    dan usah memilih makanan yg sedap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu big family mmg jimat klu masak & makan dirumah..

      Delete
  2. memang perlu sekali mengatur keuangan di tengah keadaan ekonomi yang tidak menentu saat ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita mampu merancang & berusaha saja..hidup skrg semuanya mau pakai uang..

      Delete
  3. sedang mengawal kewangan skrg ni...bukan mudah nk jadikan habit dengan perkara baru....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelan2 kayuh..Insyaallah dipermudahkan usaha..yg penting kena istiqamah..

      Delete
  4. Memang kena kurangkan perbelanjaan dan makan kat luar sekarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus idea tuu..Tp klu dpt tambahkan pendapatan lg elok..

      Delete
  5. tips yang sangat bermanfaat mas :) terimakasih .. salam kenal

    ReplyDelete
  6. gua memang da kurang makan luar dah sekarang. hoho..

    ReplyDelete
  7. info yg bagus ini..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. tips yang bagus, memang perlu pd masa ini

    ReplyDelete
  9. tips yang berguna bro, ada masa kita ngeteh sama - sama lah bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnti roger2 bro..kota masai & seri alam apa lah sgt jauhnya..

      Delete
  10. sekarang ni masa untuk berjimat-cermat....beli mana yang perlu sahaja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg dah habis jimat skrg nie..dah tak tahu nk jimat mcmana lg...

      Delete
  11. keadaan ekonomi masa kini memungkinkan kita meneliti kembali perbelanjaan kita seharian....menabung ke ASB dan Tabung Haji mesti dilaksanakan untuk menjamin masa depan kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tp ramai antara kita yg lebih cenderung dlm pelaburan yg menjanjikan pulangan yg lebih tinggi drp ASB & TH walaupun tahu itu semua adalah scam..

      Delete
  12. wah,,,bagus2....tips yg berguna lg2 dgn krisis ekonomi skg.. :)

    ReplyDelete
  13. masak sendiri lg bagus..blh kawal penggunaan garam, ajinomoto dan gula...

    ReplyDelete
  14. tips asas yang ramai orang lepas pandang

    ReplyDelete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.