Showing posts with label juara piala malaysia 2014. Show all posts
Showing posts with label juara piala malaysia 2014. Show all posts

31 Jan 2015

Piala Sumbangsih 2015; Perlawanan di Antara Johor Darul Takzim (JDT) & Pahang

Bismillahirrahmanirrahim...


Ini merupakan perlawanan pembukaan bola sepak Malaysia musim 2015. Perlawanan Piala Sumbangsih 2015 membabitkan dua pasukan ternama iaitu Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang (Tok Gajah). 



Untuk rekod, JDT merupakan Juara Liga Super 2014 manakala Pahang memenangi Piala Malaysia dan Piala FA musim 2014. Kali terakhir mereka bertemu pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1/11/2014. 

Perlawanan Piala Sumbangsih 2015 akan diadakan pada malam ini (Sabtu 31/1/2015) di Stadium Tan Sri Hassan Yunis aka Stadium Larkin.  Kedua-dua pasukan dijangka menyajikan persembahan yang mantap dan menarik.

Di khabarkan ada penyokong pasukan JDT yang telah berkhemah di kawasan luar Stadium Larkin sejak malam semalam (Jumaat) untuk mendapatkan tiket perlawanan.

Bagi pemegang kad bermusim JDT (season card) pula, mereka boleh datang ke stadium lewat kerana tempat duduk mereka sudah terjamin siap dengan nombor kerusi sekali. 

(Lorong Yang Pernah Menimbulkan Kontroversi Sebelum Ini. Sumber Gambar)
Tidak dapat dinafikan, ramai penyokong JDT yang teruja untuk menyaksikan perlawanan malam ini. Mereka juga teruja untuk melihat sendiri keadaan dalaman Stadium Larkin yang telah menjalani proses transformasi besar-besaran yang menelan belanja jutaan ringgit.

Apapun, aku pun tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan ini. Di harap tiada insiden yang tidak baik berlaku di antara para pemain dan juga para penyokong kedua-dua pasukan. Kalah dan menang sudah menjadi adat dalam sesuatu permainan.

Nota Kaki:
Keputusan Penuh; JDT 2 - Pahang 0

Tahniah buat pasukan JDT kerana berjaya memenangi Piala Sumbangsih 2015. Permulaan musim 2015 yang agak memberangsangkan.