Showing posts with label putu piring sedap. Show all posts
Showing posts with label putu piring sedap. Show all posts

13 Jan 2015

Putu Piring Larkin

Bismillahirrahmanirrahim...

Kalau anda datang ke Johor Bahru, jangan lupa untuk singgah ke Larkin. Di situlah terletaknya kedai menjual putu piring yang enak lagi famous. Nama kedai tersebut ialah "Bakar Putu Piring" atau lebih dikenali sebagai "Putu Piring Larkin".


Kedai ini beroperasi di dalam kawasan rumah pemiliknya yang terletak di Jalan Langkasuka, Larkin. Ianya berhampiran dengan lampu isyarat di antara Jalan Cenderawasih / Jalan Langkasuka. Lebih kurang 500 meter dari Stadium Larkin dan 100 meter dari Masjid Dato' Onn Larkin.  

(Kredit Gambar: Johor Kaki)
Selain daripada putu piringnya yang sedap lagi gebu, kedai ini juga menawarkan perkhidmatan pandu lalu (Drive Thru).  

Menurut pemiliknya yang bernama En. Bakar (bekas tukang masak hotel), beliau menggunakan bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi sahaja untuk menghasilkan putu piring ini. Antara bahan-bahan utama yang digunakan ialah seperti tepung beras, gula melaka & isi kelapa parut (warna putihnya sahaja).

Menurutnya lagi, beliau mampu menjual putu piring minimum sebanyak 1,000 keping sehari pada hari-hari biasa. Boleh bayangkan berapa hasil jualan beliau sehari (RM2 sekeping x 1,000 keping). Wowww!!!

Mengikut pengalaman aku, kalau hendak membeli putu piring larkin ini memang kena tunggu setidak-tidaknya 30 minit. Itu pun bergantung kepada jumlah pelanggan yang datang. Walaupun terpaksa menunggu lama, penantian anda amatlah berbaloi bila dapat merasai keenakan putu piring hasil air tangan En. Bakar. 

 





GPS: 1.501918, 103.743392
Waktu Perniagaan: 12.00 tengahari hingga 6 petang
Tutup setiap hari Ahad