- 50 Tahun - Pengeluaran Akaun 2
- 55 Tahun - Pengeluaran Akaun 1
Zakat telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai salah satu rukun daripada rukun Islam dan zakat diikuti selepas perintah solat. Hal ini kerana solat itu adalah rukun agama Islam yang tertinggi sebagaimana firman-Nya :-
Ertinya :-
"Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat."Rasulllah SAW bersabda :-
"Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah SAW: "Islam itu didirikan di atas 5 perkara iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya serta utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji di Baitullah bagi orang yang berkemampuan dan berpuasa pada bulan Ramadan (Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim)Allah SWT memberikan ancaman yang keras terhadap orang-orang yang lalai dalam mengeluarkan zakat, sebagaimana firman-Nya :-
Ertinya :-
"Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah maka khabarkanlah kepada mereka itu dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya."Sumber: Kitab Ihya' Ulumuddin - Hasil tulisan Imam Al-Ghazali