7 Apr 2012

GERAI TEPIAN TEBRAU; Gerek Banget...


Malam tadi Cool Daddy & keluarga sudah terjah ke salah sebuah gerai makan di Gerai Tepian Tebrau ("GTT").  Gerai tersebut dipunyai oleh bekas rakan sekolah wife Cool Daddy.


Secara jujurnya, ini merupakan kali pertama Cool Daddy makan di GTT walaupun sudah banyak kali melalui kawasan tersebut. GTT ini memang selalu menjadi tumpuan penduduk JB dan juga dari Sebarang Tambak (Singapura).   

Atas saranan pemilik gerai, kami memesan makanan seperti di bawah;

(Menu Gerai Sri Dataran. Gerai Terletak di Bahagian Hujung Sebelah Surau)

(Ikan Merah Masak Sambal Terutup) 


(Baby Squid Goreng Kuah Sambal) 

(Asam Pedas Johor. Ikan Sembilang di Jamin Segar dari Laut) 


Kalau tidak silap Cool Daddy, GTT ini sudah wujud sejak tahun 1980-an lagi. Tapak asalnya ialah dihadapan Mahkamah Syariah Johor Bahru sebelum dipindahkan ke Dataran Bandaraya Johor Bahru. Kini GTT terletak di Jalan Sungai Chat / Jalan Mohd Amin dibawah pengurusan Majlis Bandaraya Johor Bahru. 



17 comments:

  1. ahahh baru minggu lepas je aku dengan kawan rumah sewa makan kat kedai tepian tebrau ni hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepak dkt gerai mana bro? BBU takde lah jauh sangat kanss...

      Delete
    2. masa tu lepak gerai paling awal, kiranya masuk je simpang tu terus parking... hehee.. ada masa jom lepak BBU bro, ekekee

      Delete
    3. kedai tu rasanya ramai org..klu tak silap taukenya bangsa cina..kwn pn dah lama tak lepak dkt Chamek Kopitiam BBU..

      Delete
  2. Seram nak makan kat situ. Macam-macam versi cerita ada terutamanya part harga! :D Apa pun bila berani order.. bersedialah untuk membayar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. peniaga jujur tak sepatutnya mengenakan harga yg tinggi kpd pelanggan..klu charge ikut harga biasa pasti pelanggan akn dtg semula..nasib baiklah makan dkt gerai member org rumah..klu tak mgkn kena sembelih jugak agaknya..huhuhu...

      Delete
  3. Alamak bro...lama dah tak makan asam pedas Johor...juga lama dh tak balik Johor nih....rindu la plak...
    Lelaki Kacak

    ReplyDelete
    Replies
    1. asam pedas ikan sembilangnya agak sedap bro..kuahnya pekat..ikannya segar..jgn lupa balik Johor..

      Delete
  4. Nampak sedap. Harganya macam mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap bro...harganya berpatutan...tp ada yg kata sesetengah peniaga dkt sini sembelih harga..tak pasti pulak kesahihannya...

      Delete
  5. Pernah 3 kali makan kat sini mase kena oustation kat jb...makan kt gerai yg second last tu..sedap mmg sedap...nak2 yg ade jual tauhu bakar tuh....fuhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg 2nd last klu tak silap ada jual ABC kan? rasanya nama kedai tu AYONG..nampak tauhu bakar dia mcm sedap ajer...

      Delete
  6. ikan tu memang buat aku geram plak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp ikan merah tu mmg sedap bro...tak tipu punyer...

      Delete
  7. sedap membuka selera..dah msuk tengahari bro

    ReplyDelete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.