Showing posts with label Tempat makan sedap. Show all posts
Showing posts with label Tempat makan sedap. Show all posts

Mar 19, 2013

CHAIWALLA & CO. - The Container Cafe in JB Town

Finally, pada malam minggu lepas aku dapat jugak menikmati Teh & Kopi yang dijual di Chaiwalla & Co - The Honest Tea. Sebenarnya pada malam itu aku dan family baru sahaja lepas makan Lempeng & Roti Jala dekat Dapur Jendela yang terletak kurang 100 meter daripada Chaiwalla & Co.

Setting cafe nie nampak simple sahaja dan mempunyai kelainan tersendiri iaitu dengan menggunakan kontena berwana hitam sebagai bahagian utama cafe.  

Untuk kunjungan kali pertama, aku sudah pesan 3 jenis minuman iaitu Milk Tea + Winter Melon, Milk Tea + Caramel & Milk Coffee + Vanilla. Harganya RM4.80 setiap satu. Secara peribadi, Milk Tea + Winter Melon agak kurang menepati tekak aku. Yang lainya memang cool. 

Ternyata banyak jenis pilihan topping boleh ddapati mengikut citarasa tekak masing-masing. Tapi bahan asasnya tidak lari daripada pelbagai jenis Teh & Kopi.

(Malam minggu memang ramai yang lepak/santai)
(Servis yang diberikan oleh owner cafe ini memang dianggap terbaik. Mesra pelanggan)


(Selain daripada minuman, beberapa jenis patry juga turut dijual)
(Beli 9 - Percuma 1 - Strategi pemasaran yang bijak) 
Kalau korang beminat untuk mencuba apa yang ada dijual di Chaiwalla & Co, cafe ini terletak di Lot 2810, Jalan Tan Hiok Nee, Johor Bahru. Landmark paling mudah iaitu dibelakang bangunan OCBC Bank dan berdekatan dengan IT Roo Cafe yang jual most famous chicken chop in JB town.

Kalau tak boleh jumpa juga, korang cubalah call ownernya iaitu En. Nazrul @ 012-735 3572 / 016-768 7440.

Waktu Perniagaan :
Isnin - Khamis : 9:30am - 6:30pm
Jumaat - Sabtu : 9:30am - 6:30pm & 8:00pm - 1:00am


Mar 14, 2013

WARUNG POKOK CHERRY @ CERI

Setakat ini, Cool Daddy sudah dua kali datang makan dekat Warung Pokok Cherry untuk makan tengahari. Kedua-dua kunjungan dibuat dalam bulan Februari yg lepas.

Warung ini tidak susah untuk dicari. Ianya terletak ditengah-tengah kawasan bandaraya Johor Bahru iaitu berhadapan Pesada Johor, bersebelahan Bangunan Telekom Malaysia dan Kem Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Warung Pokok Cherry menyajikan masakan daripada pantai timur iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan). Selain daripada pelbagai jenis lauk-pauk, mereka juga menjual Nasi Kerabu, pelbagai jenis kuih-muih dan juga makanan goreng-goreng.

(Pulut Panggang. Saiz Besar & Sedap. Satu RM0.50 Shj) 

(Sambal Budu & Ikan Pekasam. Ikan Sungai Katanya)
(Ikan Keli Goreng & Telur Dadar)
(Pilihan Pelbagai Jenis Ulam-Ulaman Segar Dari Ladang)


Komen daripada wife Cool Daddy :-
Lauk pauk dan kuih muihnya amat menepati citarasa dan harganya pun agak murah. Cuma tempat parking dan tempat duduk agak terhad terutamanya ketika waktu puncak (lunch hour).
Komen daripada rakan-rakan di FB Johor Sedap :-




Mar 11, 2013

DAPUR JENDELA JB; Mesti Cuba...

Malam semalam, Cool Daddy & keluarga sudah keluar merayap di sekitar Bazar Karat tanpa misi yang jelas. Cuaca agak baik selepas hujan di sebelah petangnya. So, tak lah berbahang sangat.

Ketika sedang menyelusuri Jalan Tan Hiok Nee, tiba-tiba Cool Daddy ternampak satu kedai makan yang agak unik daripada segi dekorasinya. Konsep ala-ala kampung. Namanya pun unik iaitu "Dapur Jendela".

(Pemandangan dari luar Dapur Jendela. Pilihan untuk makan disebelah luar ataupun sebelah dalam)
Dengan perasaan ingin tahu, Cool Daddy sudah terjah masuk ke kedai tersebut untuk mengetahui apa yang ada di dalamnya terutamanya menu makanannya. 

Berikut adalah gambar-gambar dekorasi dalaman Dapur Jendela dan makanan yang Cool Daddy pesan yang sempat diambil mengunakan HP Galaxy S3 :-

(Boleh makan sambil melihat luar melalui jendela. Sesuai untuk yang sedang bercouple)

(Piring hitam tampal di dinding & set lampu gantung menggunakan sudu besi)

(Roti jala. Kuah karinya memang menepati selera)

(Ubi rebus. Lagi enak kalau ada ikan kering/masin) 

(Set nasi kukus + ayam berempah + sambal sotong. Biasa-biasa saja rasanya)

(Chicken chop pun ada jual. Portion ayamnya agak besar. Gravynya sesedap rasa)
(Lempeng cicah sambal ikan bilis. Gabungan yang mantap sejak turun temurun)
Overall makanannya boleh dikatakan sedap terutamanya Lempeng dan Roti Jala. Layanan pun tidak mendukacitakan. Harganya pula masih boleh diterima oleh akal yang waras.

Sebelum terlupa, kalau korang singgah Dapur Jendela nie, jangan lupa cuba "Jus Mango" dia. Rasanya memang agak masak tetapi sedap.


Feb 25, 2013

ASAM PEDAS IKAN SEMBILANG POWER @ QASEH BONDA, TEBING RUNTUH


Agak lama juga tak update blog ini. Tiba-tiba rasa nak kongsi tempat makan sedap di area Nusajaya iaitu Restoran Qaseh Bonda yang terletak di kampung Tebing Runtuh. 

Cool Daddy dah lebih 5 kali datang menjamu selera di kedai ini. Kali pertama sampai dalam tahun 2011 ditemani oleh beberapa kontraktor yang ketika itu terlibat dalam projek Legoland. Sebenarnya mereka yang memperkenalkan kedai ini kepada Cool Daddy.

Mungkin atas faktor keenakkan "asam pedas ikan sembilang + ikan segar" dan juga beberapa menu lain seperti kupang sambal, sotong goreng tepung, jemput2 tepung cecah sambal bawang yang membuatkan kedai ini menjadi tumpuan terutamanya para kontraktor dan juga pekerja2 di sekitar Nusajaya. 

Selain daripada asam pedas ikan sembilang, korang juga boleh pesan ikan lain seperti ikan merah, pari dsb.

Cool Daddy rasa antara faktor-faktor lain yang menyebabkan tempat ini menjadi tumpuan ramai adalah :

1. Restoran terletak di atas air. (lagi best kalau masa air pasang)
2. Boleh menikmati pemandangan Selat Johor.
3. Boleh makan di atas bot.
4. Boleh menghirup udara segar.
4. Harganya yang amat berpatutan.
5. Layanan yang mesra dan cepat (bergantung pada jumlah pelanggan)
6. Lepas makan boleh pergi Legoland, Hello Kitty, Puteri Harbor dsb.

Cabaran utama untuk datang ke kedai makan Qaseh Bonda ialah untuk mencari lokasinya. Ini kerana kedai makan ini terletak jauh di dalam kawasan kampung dan ketiadaan papan tanda. Tapi korang boleh ikut petunjuk ke Kg Tebing Runtuh dan Sekolah Kebangsaan Sikijang.

(Pintu masuk ke Qaseh Bonda)
(Asam Pedas)
(Lepas makan boleh main buaian atas bot)
(Menu @ Qaseh Bonda)
(Pemandangan laut dari Qaseh Bonda)
(Pilihan untuk makan atas bot)


Untuk lebih info, korang boleh baca tentang Restoran Qaseh Bonda di Facebook/Johor Kaki Group. Cuba cari entri bulan November 2012. Ada banyak komen disana.

Kredit pada blog darynasweet & ctdflora untuk gambar2 di atas.

May 18, 2012

NASI LEMAK SENIBONG - MALAM INDAH SELALU


Ramai yang dah kata Nasi Lemak yang dijual di kedai makan "Malam Indah Selalu" antara yang tersedap di Johor Bahru. Cool Daddy pun tak tahu tang mana yang sedap sangat.

Ianya terletak di Kampung Senibong yang berada di kawasan Bandar Baru Permas Jaya. Landmark yang paling mudah ialah JUSCO Permas Jaya. Kampung Senibong memang terkenal dengan hidangan makanan laut yang segar lagi sedap.

Malam Indah Selalu terletak bersebelahan dengan Restoran Selera Senibong Seafood (RSSS) yang terletak di atas laut. Cool Daddy lebih banyak singgah makan di RSSS berbannding di Malam Indah Selalu.

(Nasi Lemak Malam Indah Selalu. Hidangan paling laris)

(Mesti cuba. Makan nasi lemak dengan Ikan Pari Bakar panas2)




(Kalau tak sedap masakan ramai yang datang. Berbilang bangsa lagi. Credit 2 Blog JTravel)

(Pastikan anda tidak datang pada Hari Rabu. Pasti pulang dengan penuh kehampaan)

Setelah 2 kali makan di sini, secara peribadi Cool Daddy berpendapat sambal nasi lemaknya tak cukup power. Yang lain-lain memang "No Komen" termasuklah Air Kelapa & Air Tebu yang menyegarkan tekak.


May 6, 2012

SEPETANG DI RESTORAN HASSAN MOHD ONG, KOTA TINGGI


Restoran Makanan Laut Hassan Ong memang terkenal bagi penduduk sekitar Kota Tinggi. Terletak di bandar Kota Tinggi (Jalan ke Air Terjun) berhadapan dengan Bank Islam & Bangunan Sultan Iskandar. Memang tak susah nak cari lokasi dia.


Ini merupakan kunjugan ke-2 Cool Daddy. Kunjungan pertama lebih kurang 5-6 tahun lepas atas jemputan seorang sahabat - majlis berbuka puasa. Ketika itu Cool Daddy tinggal di Tmn Sri Saujana (Glomac Sutera).

Untuk kunjungan kali ini, isteri Cool Daddy sudah pesan;

(Air Longan + Kelapa Laut sebagai pembasah tekak)

(Daging Rusa Hot Plate Black Pepper. Memang sedap & menyelerakan)

(Ikan Siakap 3 Rasa Chinese Style. Rasanya tak seperti di Kedai Tomyam)

(Baby Kailan Ikan Masin. Terasa banget ikan masinya)

Udang Goreng Nestum tak sempat nak ambik gambar pasal anak-anak dah tak sabar nak makan.

Apa yang istimewa direstoran ini adalah makanannya dimasak sendiri oleh tuan punya restoran iaitu En. Hassan Ong bersama-sama dengan ahli keluarganya yang lain yang memang pakar dalam masakan Chinese Style. Beliau merupakan seorang Cina Muslim.




Apr 23, 2012

BUJANG TERAPUNG & FIREFLIES


Hari Sabtu yang lepas, Cool Daddy sudah bawa family bercuti di sekitar Pantai Peranginan Desaru. Percutian bajet di dalam negeri Johor. Cool Daddy telah menginap 2 Hari 1 Malam di Pulai Desaru Resort & SPA dengan kos RM319-00 termasuk sarapan untuk 3 orang. 


Semasa percutian kali ini, Cool Daddy telah membawa family makan malam di sebuah restoran terapung atas saranan rakan yang baru Cool Daddy kenali. Restoran itu dipanggil "Bujang Terapung". Lokasinya yang agak terpencil memang sukar untuk dijejaki bagi mereka yang baru pertama kali ke Desaru.

Untuk kunjungan kali pertama, Cool Daddy telah memesan makanan set yang terdiri daripada Ikan Siakap 3 Rasa, Tom Yam Campur, Udang Butter, Sotong Nestum, Kangkung Belacan & Sejag Air Tembikai. Harganya tidak melebihi RM100-00. Memang amat berpatutan.

(Sotong Nestum Pilihan Wife Cool Daddy) 

(Tom Yam Campur) 

(Udang Butter. Terasa Masin & Manisnya) 

(Ikan Siakap 3 Rasa. Style Masakan Lain Pun Ada Juga)

Selepas makan, Cool Daddy & family meneruskan aktiviti malam dengan menaiki bot menyusuri Sg. Lebam untuk melihat keindahan kerlipan cahaya Kunang-Kunang aka Fireflies. Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit pergi dan balik. 

Tapi Cool Daddy tak dapat nak tangkap gambar Kunang-Kunang dengan menggunakan kamera HP Samsung W kerana keadaan yang sungguh gelap. Gambar-gambar di bawah ini Cool Daddy ambil daripada Google.

(Jeti Tempat Menaiki Bot. Tapi Cool Daddy Naik Dari Jeti Tepi Restoran) 

(Couple Sedang Menikmati Keindahan Cahaya Kunang-Kunang) 

(Inilah Rupa Haiwan Yang Bernama Kunang-Kunang. Ada Cahaya di Bahagian Belakang Badannya. Sungguh Besar Ciptaan Yang Maha Esa)

Kepada sesiapa yang ingin pergi ke Restoran Bujang Terapung & melihat sendiri kerlipan cahaya Kunang-Kunang, di bawah ini Cool Daddy nyatakan alamat & Google Mapnya sekali.

Jangan terkejut jikalau beberapa artis ternama tempatan seperti Amy Search, Black Mentor, Afdlin Shauki, Bront Palarae dll telah datang ke tempat ini.



Apr 8, 2012

AYAM PENYET RIA PLAZA ANGSANA (SMASHED FRIED CHICKEN)


Petang tadi Cool Daddy & keluarga singgah ke Plaza Angsana selepas selesai urusan di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan yang terletak di Jalan Denai, Kempas.


Kebetulan pula sampai di Plaza Angsana masih belum makan tengahari lagi. So Cool Daddy terus cari port makan. Kali ini terasa pulak ingin mencuba Ayam Penyet Ria yang terletak di aras 3. Restoran ini menyajikan makanan asli dari Indonesia. Lepas makan confirm boleh "ngomong jowo"

Sebelum ini Cool Daddy pernah buat review pasal Ayam Penyet LC Catering. Kalau belum baca boleh klik di [SINI].


Apa yang istimewa tentang Ayam Penyet Ria ini ialah ayamnya yang diperah dengan rempah, digoreng garing sambil ditabur dengan keriuk-keriuk asli. Di sertakan dengan tauhu goreng & tempe goreng dan sayur kangkung di hidang bersama dengan sambal belacan istimewa (memang sangat pedas).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...