Showing posts with label johor delights. Show all posts
Showing posts with label johor delights. Show all posts

8 Feb 2015

Asma Rojak Larkin

Bismillahhirahmannirahim...


Warga Johor Bahru dan juga seberang tambak (singapura) pasti pernah menikmati keenakan Asma Rojak Larkin yang terletak di food court Plaza MARA Larkin.


Tidak keterlaluan kalau aku katakan Asma Rojak Larkin antara rojak asma yang tersedap di JB sebab keistimewaan rasa kuahnya dan pelbagai pilihan rojaknya. Yang paling best korang boleh mencuba otak-otak goreng. Aku suspek tuan punya kedai menggunakan otak-otak kempas yang famous. 

Aku & family dah banyak kali singgah makan di food court Plaza MARA Larkin yang terletak di belakang Terminal Bas Larkin. Lokasinya amat mudah untuk dicari. Lot parkir kereta pun banyak disediakan.


Selain daripada rojak asma, korang juga boleh mencuba makanan Johor yang lain seperti Mee Rebus Stulang, Murtabak, Kacang Pool Haji dan ABC Dj Catering.

Kalau korang terasa nak makan Putu Piring Larkin yang gebu dan sedap, kenalah drive lebih kurang 1km daripada Plaza MARA Larkin.