19 Mar 2013

CHAIWALLA & CO. - The Container Cafe in JB Town

Finally, pada malam minggu lepas aku dapat jugak menikmati Teh & Kopi yang dijual di Chaiwalla & Co - The Honest Tea. Sebenarnya pada malam itu aku dan family baru sahaja lepas makan Lempeng & Roti Jala dekat Dapur Jendela yang terletak kurang 100 meter daripada Chaiwalla & Co.

Setting cafe nie nampak simple sahaja dan mempunyai kelainan tersendiri iaitu dengan menggunakan kontena berwana hitam sebagai bahagian utama cafe.  

Untuk kunjungan kali pertama, aku sudah pesan 3 jenis minuman iaitu Milk Tea + Winter Melon, Milk Tea + Caramel & Milk Coffee + Vanilla. Harganya RM4.80 setiap satu. Secara peribadi, Milk Tea + Winter Melon agak kurang menepati tekak aku. Yang lainya memang cool. 

Ternyata banyak jenis pilihan topping boleh ddapati mengikut citarasa tekak masing-masing. Tapi bahan asasnya tidak lari daripada pelbagai jenis Teh & Kopi.

(Malam minggu memang ramai yang lepak/santai)
(Servis yang diberikan oleh owner cafe ini memang dianggap terbaik. Mesra pelanggan)


(Selain daripada minuman, beberapa jenis patry juga turut dijual)
(Beli 9 - Percuma 1 - Strategi pemasaran yang bijak) 
Kalau korang beminat untuk mencuba apa yang ada dijual di Chaiwalla & Co, cafe ini terletak di Lot 2810, Jalan Tan Hiok Nee, Johor Bahru. Landmark paling mudah iaitu dibelakang bangunan OCBC Bank dan berdekatan dengan IT Roo Cafe yang jual most famous chicken chop in JB town.

Kalau tak boleh jumpa juga, korang cubalah call ownernya iaitu En. Nazrul @ 012-735 3572 / 016-768 7440.

Waktu Perniagaan :
Isnin - Khamis : 9:30am - 6:30pm
Jumaat - Sabtu : 9:30am - 6:30pm & 8:00pm - 1:00am


5 comments:

  1. cool... balik JB boleh cuba ni.. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jln lupa cuci mata dkt bazar karat skli...

      Delete
  2. Boleh cuba ni.. Nampak menarik keadaan dekorasinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semestinya kena cuba geng..lain drp yg lain..

      Delete
  3. Salam takziah atas pemergian pengasas Chaiwalla & Co. yg telah pergi menemui PenciptaNYA baru2 ini. AL-Fatihah..

    ReplyDelete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.