16 Mar 2013

E-Filing Cukai Pendapatan 2012

Minggu lepas Cool Daddy punya Borang EA bagi tahun 2012 sudah pun dimuatnaik oleh HR melalui sistem HRMS. Dengan adanya Borang EA ini secara automatiknya kenalah isytihar pendapatan tahunan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk dinilai berapa banyak jumlah cukai yang patut dibayar. 


Yang pasti, bagi golongan pekerja makan gaji memang tak boleh lari daripada membayar cukai (jika cukup syaratnya). Lainlah kalau berniaga sendiri, ada banyak cara untuk mengelak atau megurangkan membayar cukai pendapatan.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Cool Daddy hantar Borang BE melalui e-Filing kerana ianya lebih mudah dan menjimatkan masa. Janganlah hantar Borang BE pada saat-saat akhir untuk mengelakkan kesesakan pada server LHDN dan masalah-masalah lain yang sewaktu dengannya. 

Kalau hantar awal, bolehlah dapat "refund" cukai daripada LHDN cepat. Itu pun kalau ada lah. Seperti biasa, tarikh akhir penghantaran Borang BE ialah pada tiap-tiap 30hb April. 

(Gambar sekadar hiasan sahaja. Bukan niat untuk menunjuk)

Berdasarkan pengesahan di atas, nampaknya Cool Daddy ada Cukai Terlebih Bayar sebanyak RM3,500. Kalau tak ada apa-apa masalah dengan LHDN, insyaalah dapatlah refund dalam masa sebulan dua.  

Sebagai persediaan, dokumen-dokumen yang berkaitan dengan tuntuan pelepasan cukai perlulah disimpan kerana LHDN kadang-kala memerlukan dokumen tersebut bagi tujuan siasatan / audit. Ini berdasarkan kepada pengalaman Cool Daddy sendiri sebelum ini.

Di sini Cool Daddy juga ingin berkongsi sedikit panduan / tips berguna bagaimana untuk mengurangkan cukai pendapatan.

  1. Bagi yang mempunyai anak-anak, buatlah simpanan di akaun SSPN. Boleh dapat pelepasan cukai sebanyak RM6,000 setahun keatas simpanan bersih (berkuatkuasa tahun 2012).
  2. Buat langganan Jalur Lebar (Broadband). Pengecuakian cukai sebanyak RM500 setahun.
  3. Beli insuran Kesihatan, Hospital & Pendidikan. Pelepasan sebanyak RM3,000.
  4. Beli insuran Hayat (Nyawa). Pelepasan sebanyak RM6,000 (termasuk caruman KWSP).
  5. Beli komputer setiap 3 tahun sekali. Kalau tak nak pakai, lepas beli boleh jual kan?
  6. Bayar zakat pendapatan. Tiada had limit dikenakan.
Untuk lain-lain jenis pelepasan boleh rujuk di SINI.


0 comments:

Post a Comment

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.