14 Mar 2013

Warung Pokok Cherry @ Ceri

Setakat ini, Cool Daddy sudah dua kali datang makan dekat Warung Pokok Cherry untuk makan tengahari. Kedua-dua kunjungan dibuat dalam bulan Februari yg lepas.

Warung ini tidak susah untuk dicari. Ianya terletak ditengah-tengah kawasan bandaraya Johor Bahru iaitu berhadapan Pesada Johor, bersebelahan Bangunan Telekom Malaysia dan Kem Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Warung Pokok Cherry menyajikan masakan daripada pantai timur iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan). Selain daripada pelbagai jenis lauk-pauk, mereka juga menjual Nasi Kerabu, pelbagai jenis kuih-muih dan juga makanan goreng-goreng.

(Pulut Panggang. Saiz Besar & Sedap. Satu RM0.50 Shj) 

(Sambal Budu & Ikan Pekasam. Ikan Sungai Katanya)
(Ikan Keli Goreng & Telur Dadar)
(Pilihan Pelbagai Jenis Ulam-Ulaman Segar Dari Ladang)


Komen daripada wife Cool Daddy :-
Lauk pauk dan kuih muihnya amat menepati citarasa dan harganya pun agak murah. Cuma tempat parking dan tempat duduk agak terhad terutamanya ketika waktu puncak (lunch hour).
Komen daripada rakan-rakan di FB Johor Sedap :-




6 comments:

  1. nampak menu ulaman banyak sangat. inyaAllah jika ke kawasan pesada johor boleh di cari warung ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh rambang mata dbuatnya..ulam bagus utk kesihatan tuan..

      Delete
  2. selalu jugak mengunjungi warung ni...memang menepati citarasa...tambah lagi selera pantai timur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah bro yusri nie org dr pantai timur?

      Delete
  3. perghhh..... pulut panggang besar-besar tu.... best la kalau buat makan time bekfes or minum petang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu makan confirm kekenyangan..yg penting sedap..

      Delete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.