18 May 2012

Nasi Lemak Senibong -Malam Indah Selalu


Ramai yang dah kata Nasi Lemak yang dijual di kedai makan "Malam Indah Selalu" antara yang tersedap di Johor Bahru. Cool Daddy pun tak tahu tang mana yang sedap sangat.

Ianya terletak di Kampung Senibong yang berada di kawasan Bandar Baru Permas Jaya. Landmark yang paling mudah ialah JUSCO Permas Jaya. Kampung Senibong memang terkenal dengan hidangan makanan laut yang segar lagi sedap.

Malam Indah Selalu terletak bersebelahan dengan Restoran Selera Senibong Seafood (RSSS) yang terletak di atas laut. Cool Daddy lebih banyak singgah makan di RSSS berbannding di Malam Indah Selalu.

(Nasi Lemak Malam Indah Selalu. Hidangan paling laris)

(Mesti cuba. Makan nasi lemak dengan Ikan Pari Bakar panas2)




(Kalau tak sedap masakan ramai yang datang. Berbilang bangsa lagi. Credit 2 Blog JTravel)

(Pastikan anda tidak datang pada Hari Rabu. Pasti pulang dengan penuh kehampaan)

Setelah 2 kali makan di sini, secara peribadi Cool Daddy berpendapat sambal nasi lemaknya tak cukup power. Yang lain-lain memang "No Komen" termasuklah Air Kelapa & Air Tebu yang menyegarkan tekak.


20 comments:

  1. Dari dalam gambar pun dah nampak sedap :D

    ReplyDelete
  2. ada dengar juga nasik lemak senibong ni, mantap nasi lemaknya disamping banyak pilihan lauk termasuk lauk seafood.

    ReplyDelete
  3. leleh air liuk nih bro...huhu...

    ReplyDelete
  4. ni klu dpt mkn sama2 blogger best gk mkn ramai2

    ReplyDelete
  5. salam.. banyak juga ya variasi dari nasi lemak.. tgk pun menyelerakan!

    ReplyDelete
  6. hello cool daddy....saya baru jer gi sini weekend lepas. Pics dah upload kat blog www.blogmakanbest.blogspot.com senang2 tu singgah la yer blog ni...TQ TQ

    ReplyDelete
  7. nasi lemak dengan ikan pari. belum aku cuba lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak makan dengan cendol pn sedap jgk bro titan

      Delete
  8. dah byk mkn nasi lemak.. mmg ni yg slalu teringat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba try nasi lemak simple dkt dpn hotel selesa JB & nasi lemak depan public bank johor jaya..

      Delete
  9. Bubur nasi area permas jaya bole bgi alamat tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf..bubur nasi area permas jaya x pernah dengar..tp klu review bubur nasi Tmn sentosa blh cari dlm blog ini..

      Delete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.