Cuti sekolah yang baru lepas, Cool Daddy & family sudah pergi bercuti ke negeri Perak. Destinasinya ialah Lost World of Tambun yang terletak di Sunway City, Ipoh. Agak mudah untuk mencari lokasinya walaupun tanpa bantuan GPS.
(Bersiap-siap untuk masuk ke Hot Spring pada hari pertama)
(Di hadapan pintu masuk ke Theme Park pada hari ke-2)
Cool Daddy ambil "Family Package" yang bernilai RM450 + RM50 untuk Extra Bed (percuma breakfast untuk seorang). Pakej untuk 2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak termasuklah ;
- Penginapan di Lost World Hotel (2D1N),
- Breakfast di Papa Rich (ala-carte. tak boleh refill. menu nasi lemak, bubur nasi, mee hoon goreng dll),
- Tiket Masuk ke Hot Spring (dari pukul 6 ptg - 10 mlm. suhunya boleh mencecah 43'C),
- Tiket Masuk ke Theme Park (dari pukul 10pg - 7 ptg),
- Petting Zoo (pilihan menaiki tram @ berjalan kaki).
(Gambar sebenar bilik yang Cool Daddy bermalam)
Secara keseluruhannya, Cool Daddy & family amat berpuas hati dengan percutian di Lost World of Tambun walaupun harganya agak sedikit mahal kerana tempatnya dikelilingi oleh hutan bukit batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya.
Percutian keluarga yang hapenning ni! Banyak aktiviti boleh dilakukan. :D
ReplyDeletemmg betul tu..& byk jugak duit yg terpaksa dikeluarkan...hehe..
ReplyDelete