Hujung minggu yang lepas, Cool Daddy sudah bawa anak-anak pergi bersiar-siar di sekitar Bandar Nusajaya. Tujuannya adalah untuk melihat sendiri perkembangan terkini projek-projek yang dilaksanakan di sekitar Bandar Nusajaya terutamanya Taman Tema Legoland.
Sekarang ini, perjalanan dari Bandar Johor Bahru ke Bandar Nusajaya mengambil masa kurang daripada 20 minit menggunakan Coastal Highway. Perjalanan yang lancar tanpa perlu menempuh kesesakan trafik.
Seperti sedia maklum, Taman Tema Legoland akan dibuka secara rasminya kepada umum pada 15/09/2012 (Hari Sabtu). Klik [SINI] untuk maklumat lanjut sempena dengan tarikh pembukaan Legoland Malaysia.
Berikut adalah antara gambar-gambar terkini di tapak projek Taman Tema Legoand yang sempat Cool Daddy muat turun melalui forum Skyscrapercity.
p/s: Cool Daddy & anak-anak dah tak sabar-sabar untuk mengunjungi Taman Tema Legoland walaupun Pas Masuk tak beli lagi.
Ohhh... musim raya nie mesti ramai yg serbu sana sebab open to public bulan Sept masih mood berhari raya. Bolehlah kita gather-gather all Johorean blogger. Mana tahu kan... berangan kakak nie:)
ReplyDeleteApa kata kakzakie jd organiser utk blogger JDT gathering tu!
DeleteAppreciation to my fаthег who infoгmed me
ReplyDeleteregarding this blog, thіs website is rеally amazing.
Visit my web blog :: Thai Medical Blog
Your father is awesome
Deletekira nak buka taman ni ya
ReplyDeleteDah bukak bro..now dh ada water themepark
Deleteteringin nak pergi tapi ada anak kecik..kena hold dulu..nanti buat review ye
ReplyDeleteTmpt nie mmg sesuai utk partners yg ada anak2 kecik..saya pn x pergi lg wpun dkt dgn rumah
Delete