5 May 2012

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2012



Tahun ini, acara tahunan "Kembara Mahkota Johor" yang diilhamkan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada tahun 2001 akan bermula pada 13-May-2012. Tujuan utama  program ini adalah untuk mendekatkan lagi hubungan antara Baginda Sultan & ahli keluarganya dengan rakyat di seluruh Negeri Johor.



Pelancarannya akan disempurnakan oleh PM DS Najib Tun Abdul Razak bagi perjalanan dari Kulaijaya ke Kota Tinggi. Seterusnya Baginda akan meneruskan perjalanan ke Mersing - Kluang - Segamat - Ledang - Muar - Batu Pahat - Pontian dan Johor Bahru sebagai destinasi terakhir pada 16-May-2012.

Yang menariknya tahun ini, Baginda akan singgah sebentar di kampung Cool Daddy @ Kg. Parit Puteri Menangis, Pontian pada 16-May-2012, pukul 9:35 pagi. Antara program; menyerahkan kunci rumah, kerusi roda dan basikal kepada golongan yang layak. 

(Gambar pintu gerbang ke kampung Cool Daddy. Kredit gambar utk Blog My Online Diary)

Baginda juga akan turut sama memasak makan tradisional seperti Burasak, Tempe dan Nasi Ambang. Best tu dapat makan Nasi Ambang sedulang dengan Baginda.

Program penuh Kembara Mahkota Johor 2012 boleh di dapati di SINI.

8 comments:

  1. Kelebihan utk org2 johor, DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sentiasa teruskan akviti bersama rakyat menerusi kembara mahkota johor.
    Best nama kampung ni, mesti ada sejarah yg memang menarik n unik.

    ReplyDelete
  2. @En. Anif; Acara Sultan bertemu rakyat jelata..

    ReplyDelete
  3. @Denaihati; mmg ada sejarah menarik disebalik nama kg tuu..skrg tgh cari bahan rujukan..

    ReplyDelete
  4. pastinya kedatangan dia d sambut dengan begitu gembira

    ReplyDelete
  5. bila mau jalan luar dri johor pula ?

    ReplyDelete
  6. @SURI; jom JJCM dkt Johor...blh gi Universal Studio Singapore sekali...

    ReplyDelete
  7. he ye ker bagusnya...

    untung rakyat dpt tdo raja lebih dekat lagi ya

    ReplyDelete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.