Untuk post yang pertama ini, penulis ingin berkongsi satu tempat makan yang istimewa di Johor Bahru iaitu di Kampung Senibong yang terletak di dalam kawasan Bandar Baru Permas Jaya. Tempat ini amat terkenal di kalangan penggenar makanan laut samada disekitar JB ataupun ddiari Singapura.
Di Senibong Seafood Village terdapat beberapa buah restoran yang menjual berbagai jenis makanan laut yang segar. Antaranya ketam bangkang, siput gong-gong, udang, udang kara (lobster), kupang dan berbagai jenis ikan.
Penulis dan keluarga sudah banyak kali datang menjamu selera di Senibong Seafood Village. Restoran pilihan utama penulis ialah di Selera Senibong Seafood (SSS) yang diusahakan oleh dua beradik iaitu Mohd Fauzi Saadon dan Hasbullah (Lah).
![]() |
| (Pemilik Restoran Selera Senibong Seafood menunjukkan antara makanan laut yang menjadi kegemaraan pelanggannya. Kredit gambar; blog MummyNemo.Com) |
Bisanya penulis dan keluarga akan memesan kupang masak sambal telur, udang goreng butter, ketam bangkang masak cili dan ikan masak lemak cili api. Jangan risau pasal harga kerana harga yang dikenakan adalah amat berpatutan.
Apa yang menariknya makan di sini adalah kerana restorannya terletak diatas laut dan anda boleh menikmati pemandangan laut & Singapura sambil menjamu makanan.
![]() |
| (Hidangan Siput Gong-Gong) |
Senibong Seafood Village pernah diterjah oleh krew Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) musim 2011 yang dihoskan oleh Qi Razali.
Walaupun tempat ini dikunjungi ramai orang terutamanya pada malam minggu, cuti umum dan musim perayaan, anda tak perlu risau kerana ruang letak keretanya adalah mencukupi dan dikendalikan oleh Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Senibong.











Assalamualaikum...Tn..berselera orang kampung tengok hidangan tu bah..TQ
ReplyDeleteWaalaikumsalam....buat terliur dibuatnya...tp di sabah pn byk seafood yg fresh2...murah lg bah...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletecontact number SSS ni ada tak? teringin nak bt function kat sini plak...
ReplyDeleteblh contact ownernya, en. hashim @ 019-7055543..
ReplyDeleteHi Nadzrey...saya baru jer pegi SSS weekend lepas dan dah upload entri kat blog www.blogmakanbest.blogspot.com senang2 tu jenguk la yer. Kalu bolih follow ok TQ
ReplyDelete