Showing posts with label Senibong seafood village. Show all posts
Showing posts with label Senibong seafood village. Show all posts

Jan 23, 2012

SENIBONG SEAFOOD VILLAGE

Untuk post yang pertama ini, penulis ingin berkongsi satu tempat makan yang istimewa di Johor Bahru iaitu di Kampung Senibong yang terletak di dalam kawasan Bandar Baru Permas Jaya. Tempat ini amat terkenal di kalangan penggenar makanan laut samada disekitar JB ataupun ddiari Singapura.


Di Senibong Seafood Village terdapat beberapa buah restoran yang menjual berbagai jenis makanan laut yang segar. Antaranya ketam bangkang, siput gong-gong, udang, udang kara (lobster), kupang dan berbagai jenis ikan.

Penulis dan keluarga sudah banyak kali datang menjamu selera di Senibong Seafood Village. Restoran pilihan utama penulis ialah di Selera Senibong Seafood (SSS) yang diusahakan oleh dua beradik iaitu Mohd Fauzi Saadon dan Hasbullah (Lah).

(Pemilik Restoran Selera Senibong Seafood menunjukkan antara makanan laut yang menjadi kegemaraan pelanggannya. Kredit gambar; blog MummyNemo.Com)

Bisanya penulis dan keluarga akan memesan kupang masak sambal telur, udang goreng butter, ketam bangkang masak cili dan ikan masak lemak cili api. Jangan risau pasal harga kerana harga yang dikenakan adalah amat berpatutan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...