30 Jun 2012

Legoland Malaysia @ Nusajaya Johor - Update Terkini


Hujung minggu yang lepas, Cool Daddy sudah bawa anak-anak pergi bersiar-siar di sekitar Bandar Nusajaya. Tujuannya adalah untuk melihat sendiri perkembangan terkini projek-projek yang dilaksanakan di sekitar Bandar Nusajaya terutamanya Taman Tema Legoland.

Sekarang ini, perjalanan dari Bandar Johor Bahru ke Bandar Nusajaya mengambil masa kurang daripada 20 minit menggunakan Coastal Highway. Perjalanan yang lancar tanpa perlu menempuh kesesakan trafik.

Seperti sedia maklum, Taman Tema Legoland akan dibuka secara rasminya kepada umum pada 15/09/2012 (Hari Sabtu). Klik [SINI] untuk maklumat lanjut sempena dengan tarikh pembukaan Legoland Malaysia.

Berikut adalah antara gambar-gambar terkini di tapak projek Taman Tema Legoand yang sempat Cool Daddy muat turun melalui forum Skyscrapercity.







  


p/s: Cool Daddy & anak-anak dah tak sabar-sabar untuk mengunjungi Taman Tema Legoland walaupun Pas Masuk tak beli lagi. 

8 comments:

  1. Ohhh... musim raya nie mesti ramai yg serbu sana sebab open to public bulan Sept masih mood berhari raya. Bolehlah kita gather-gather all Johorean blogger. Mana tahu kan... berangan kakak nie:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata kakzakie jd organiser utk blogger JDT gathering tu!

      Delete
  2. Appreciation to my fаthег who infoгmed me
    regarding this blog, thіs website is rеally amazing.
    Visit my web blog :: Thai Medical Blog

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Dah bukak bro..now dh ada water themepark

      Delete
  4. teringin nak pergi tapi ada anak kecik..kena hold dulu..nanti buat review ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tmpt nie mmg sesuai utk partners yg ada anak2 kecik..saya pn x pergi lg wpun dkt dgn rumah

      Delete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.