27 Jan 2015

9 Tips Daripada Steve Jobs Untuk Menjadi Blogger Berjaya

Bismillahirrahmanirrahim...


Boleh dikatakan sesiapa sahaja mengenali beliau? Walaupun beliau sudah tiada tetapi produk-produk ciptaannya seperti iPad, iPhone, iPod, iMac dan segala macam i masih terus menerus digunakan. 

"Harimau mati meninggalkan belang, Steve Jobs mati meninggalkan produk jenama Apple"

Beliau pernah menyelamatkan syarikat Apple Inc. daripada menjadi muflis pada tahun 1998. Dan pada tahun 2011, beliau telah berjaya menjadikan Apple Inc. sebagai sebuah syarikat pegangan awam yang paling bernilai di dunia. Memang hebat insan yang bernama Steve Jobs. Tetapi jangan kita lupa, Allah SWT lagi hebat dan berkuasa. 

Kredit Sumber
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh Steve Jobs semasa hayatnya adalah berpunca daripada mengamalkan tips berikut. Terpulang pada anda sama ada hendak percaya atau tidak.

  1. Ikut kata hati.
  2. Percaya pada diri sendiri.
  3. Lakukan  sesuatu hingga berjaya (focus dan jangan hangat-hangat tahi ayam)
  4. Cintai apa yang anda lakukan (love your job).
  5. Pilih dengan berhati-hati (jangan main hentam keromo saja)
  6. Bekerja keras untuk jadikan sesuatu itu menjadi mudah.
  7. Curi idea yang bagus (tapi elakkan budaya copy & paste tanpa memberikan kredit kepada pemilik asal)
  8. Matlamat bukan untuk buat duit (lakukan dengan penuh keikhlasan. insyaallah duit akan menyusul)
  9. Jangan hilang kepercayaan.

Blogger juga boleh mempraktikkan tips tersebut untuk menjadi blogger yang berjaya dan disegani. Tidak kiralah blogger sepenuh masa atau separuh masa. 

Insyaallah bila kita belajar daripada orang yang telah berjaya, kita pun boleh berjaya juga. Yang penting jangan lupa Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal (DUIT) dan baca Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

Sumber: Utusan Malaysia Online & Pintrest.Com

20 comments:

  1. Steve Jobs cakap melayu... hehe..

    ReplyDelete
  2. ramai yang dah tahu tips tips, tapi cuma nak amalkannya jadi masalah. hehehe

    ReplyDelete
  3. Kalau ikut steve job memang kayalah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tgk jgk blogger yg blh ikut mcm Steve Jobs

      Delete
  4. setuju.. jangan fikir pasal duit untuk permulaan nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu blog dah stabil baru blh start fikir pasal duit..

      Delete
  5. yang terakhir buat tak tahan kitab seo merah jambu memang gempak kitab ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tak terkalah...nasib baik Steve Jobs tak baca ebook nie..

      Delete
  6. Wah, blogger juga bisa mengikuti tips dari stave jobs ya kak.. bermanfaat sekali. walaupun orangnya sudah tidak ada, tapi ilmunya masih bisa di amalkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi lah klu blogger tak bisa ikut ilmu Steve Jobs..sememangnya dia u dah berjaya..

      Delete
  7. tips yang bermanfaat nih kayanya iya mas hehe

    ReplyDelete
  8. TIps yang menarik tu..Yang elok kita ambik yang tak elok kita jadikan sempadan...:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun dia non muslim, mana yg elok utk kita blh diamalkan...

      Delete
  9. kita ambil yang baiknya dan buang yang tidak sesuai dari hidup kita

    ReplyDelete
  10. saya suka tips begini..terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap dapat membantu jadi blogger berjaya..

      Delete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.