21 Jan 2015

Caliph Buskers; "Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam"

Bismilahhirahmannirahim...

Nama Caliph Buskers tiba-tiba menjadi trending & viral di media-media sosial, media massa dan juga meniti di bibir-bibir peminat dunia hiburan tempatan.

Sebelum ini tidak ramai yang mengenali kumpulan Caliph Buskers ini kecuali yang pernah menyaksikan busking mereka di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di depan pusat membeli belah SOGO.

Kumpulan Caliph Buskers
Terima kasih kepada komposer Edry Abdul Halim (Edry KRU) atas tindakan berani beliau membawa Caliph Busker untuk menyanyikan lagu Roman Cinta bersama-sama Kumpulan Mojo di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) pada 18/1/2015 lalu.

Ternyata cubaan Edry KRU membawa kumpulan yang dianggotai oleh ahli-ahli yang cacat pengelihatan tidak sia-sia. Caliph Buskers telah membuat persembahan yang tidak terkalah dan berjaya memukau hati para penonton AJL29.

Seriously, meremang bulu tengkuk aku masa mula-mula menyaksikan persembahan Caliph Buskers di Youtube.

Berikutan kejayaan di AJL29, ada desas desus mengatakan pihak KRU akan menjadikan Caliph Buskers sebagai artis naungan syarikat mereka sekaligus akan menerbitkan Single Caliph Buskers.

Akhir kata, jom kita layan dulu persembahan live Mojo featuring Caliph Buskers di AJL29.