13 Jan 2015

Putu Piring Larkin

Bismillahirrahmanirrahim...

Kalau anda datang ke Johor Bahru, jangan lupa untuk singgah ke Larkin. Di situlah terletaknya kedai menjual putu piring yang enak lagi famous. Nama kedai tersebut ialah "Bakar Putu Piring" atau lebih dikenali sebagai "Putu Piring Larkin".


Kedai ini beroperasi di dalam kawasan rumah pemiliknya yang terletak di Jalan Langkasuka, Larkin. Ianya berhampiran dengan lampu isyarat di antara Jalan Cenderawasih / Jalan Langkasuka. Lebih kurang 500 meter dari Stadium Larkin dan 100 meter dari Masjid Dato' Onn Larkin.  

(Kredit Gambar: Johor Kaki)
Selain daripada putu piringnya yang sedap lagi gebu, kedai ini juga menawarkan perkhidmatan pandu lalu (Drive Thru).  

Menurut pemiliknya yang bernama En. Bakar (bekas tukang masak hotel), beliau menggunakan bahan-bahan mentah yang berkualiti tinggi sahaja untuk menghasilkan putu piring ini. Antara bahan-bahan utama yang digunakan ialah seperti tepung beras, gula melaka & isi kelapa parut (warna putihnya sahaja).

Menurutnya lagi, beliau mampu menjual putu piring minimum sebanyak 1,000 keping sehari pada hari-hari biasa. Boleh bayangkan berapa hasil jualan beliau sehari (RM2 sekeping x 1,000 keping). Wowww!!!

Mengikut pengalaman aku, kalau hendak membeli putu piring larkin ini memang kena tunggu setidak-tidaknya 30 minit. Itu pun bergantung kepada jumlah pelanggan yang datang. Walaupun terpaksa menunggu lama, penantian anda amatlah berbaloi bila dapat merasai keenakan putu piring hasil air tangan En. Bakar. 

 





GPS: 1.501918, 103.743392
Waktu Perniagaan: 12.00 tengahari hingga 6 petang
Tutup setiap hari Ahad


8 comments:

  1. saya bukan tak suka makan putu piring, suka...cuma saya sedih sebab inti dia tak banyak. Tepung dia lagi tebal dari inti jadi rasa dia dah tak sedap mana

    cara buang angin dalam badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu jenis peniaga yg nk untung lebih..
      Putu piring larkin nie gebu, lembut & isi gula melaka banyak..sbb tu femes

      Delete
  2. ooo best tu..sana pggl putu piring ke..

    ReplyDelete
  3. wahh best tu . harga pon boleh tahan :)

    ReplyDelete
  4. tak pernah ke sana lagi kalau dapat nak ke larkin juga..sana kata orang banyak perkara yang menarik blh buat kt sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh tgk bola sekali...JDT lwn Perak..haha

      Delete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.