4 Feb 2015

Piala Liga Juara-Juara AFC 2015; Johor Darul Takzim (JDT) Lawan Bengaluru FC

Bismilahhirahmannirahim...

Selepas pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berjaya memenangi Piala Sumbangsih dengan menewaskan pasukan Pahang pada 7/2/2015 yang lepas, malam ini JDT akan bertemu dengan pasukan daripada India, Bengaluru FC dalam pusingan kelayakan Piala Liga Juara-Juara AFC 2015.



Perlawanan akan diadakan di Stadium Tan Hassan Yunos aka Stadium Larkin pada malam ini pukul 8.45 malam. Saksikan siaran langsung di TV9.

JDT akan menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang layak ke Liga Juara-Juara AFC sekiranya berjaya menewaskan Bengaluru FC (India), Bangkok Glass FC (Thailand) dan Beijing Guoan (China).



Ketua Jurulatih JDT, Bojan Hodak mengatakan bahawa pasukan JDT berada di landasan yang betul setelah memenangi Piala Sumbangsih dengan menewaskan pasukan Pahang 2 - 0. 

Dari segi taktikal, pemain JDT telah mendapat pendedahan yang luas dengan membuat perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab daripada luar negara.

Sama-samalah kita saksikan aksi perlawanan di antara JDT dan Bengaluru FC malam ini di TV9.

Update:
Keputusan Penuh Perlawanan (Extra Time)
JDT:  2 (Harris Harun 47' & S. Chanthuru 96') 
Bengaluru FC: 1 (Lyngdoh 89')

Tahniah buat pasukan JDT. Anda memang hebat!!!


10 comments:

  1. Hai! Salam kenal dari Indonesia, ingat kami Indonesia bukan Indon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga..terima kasih singgah sini..Indonesia & Malaysia serumpun..usah gaduh2..

      Delete
  2. Iya, Indonesia dan Malaysia memang serumpun, tapi tolong di koreksi bila ada yang menyebut Indon, kami orang Indonesia tidak suka di bilang Indon. Kami suka orang Malaysia karena tutur katanya yang sopan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tidak dinafikan mmg ada org malaysia yg memanggil org Indonesia Indon..klu ada yg panggil begitu harus ditegur & diperbetulkan..arwah bapak saya juga asal drp Indonesia...

      Delete
  3. Salam kenal, saya juga dari Indonesia, comel kali kau :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga..terima kasih singgah..comel belah mana?

      Delete
  4. JDT ini banyak menang tahun ini akankah ia kembali julang piala liga tahun ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 begitulah...tidak cukup dengan menang 1 piala saja..

      Delete
  5. Wah JDT bisa menewaskan Bangaluru 2:1... Persaingan Piala AFC semakin seru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedua2 team nya tampak kuat & corak permainannya amat bagus sekali..

      Delete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.