Petang tadi Cool Daddy & keluarga singgah ke Plaza Angsana selepas selesai urusan di Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan yang terletak di Jalan Denai, Kempas.
Kebetulan pula sampai di Plaza Angsana masih belum makan tengahari lagi. So Cool Daddy terus cari port makan. Kali ini terasa pulak ingin mencuba Ayam Penyet Ria yang terletak di aras 3. Restoran ini menyajikan makanan asli dari Indonesia. Lepas makan confirm boleh "ngomong jowo".
Sebelum ini Cool Daddy pernah buat review pasal Ayam Penyet LC Catering. Kalau belum baca boleh klik di [SINI].
Apa yang istimewa tentang Ayam Penyet Ria ini ialah ayamnya yang diperah dengan rempah, digoreng garing sambil ditabur dengan keriuk-keriuk asli. Di sertakan dengan tauhu goreng & tempe goreng dan sayur kangkung di hidang bersama dengan sambal belacan istimewa (memang sangat pedas).









