Showing posts with label world kite festival 2015. Show all posts
Showing posts with label world kite festival 2015. Show all posts

26 Feb 2015

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2015

Bismillahirrahmanirrahim...

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2015.

Tahun ini merupakan kali yang ke-20 penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa yang diadakan di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor. Festival ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Perlancongan Malaysia.

Dianggarkan lebih kurang 250 pelayang dari lebih 50 buah negara menyertai Festival Layang-Layang Antarabangsa ke-20 termasuklah peserta baharu dari negara seperti Poland, Romania, Liechtenstein, Scotland, Myanmar, Morocco dan Mongolia. 

Festival Layang-Layang tahun ini bertemakan ‘Mencorak Keharmonian’ berlangsung selama 5 hari bermula 25 Februari hingga 1 March 2015. 


Festival dijangka dirasmikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Jumaat ini dan ia dijangka menjadi tarikan utama sempena Malaysia Year of Festivals 2015 (MyFest 2015).


Para pengunjung yang hadir sudah pasti dapat menyaksikan pelbagai bentuk dan saiz layang-layang yang bakal dipersembahkan oleh para pelayang tempatan dan antarabangsa.




So far, aku dan keluarga baru 2 kali datang menyaksikan Festival Layang-Layang Antarabangsa ini walaupun rumah aku terletak tidak jauh dari lokasi festival. Sebab utama aku malas nak pergi kerana susah hendak cari tempat letak kereta dan terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer jauhnya.
Sekiranya ada rakan-rakan yang datang luar dari negeri Johor bolehlah membuat tempahan penginapan di Amansari Residence Resort di Bandar Seri Alam yang terletak hanya 5 KM daripada lokasi festival.