26 Feb 2015

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2015

Bismillahirrahmanirrahim...

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2015.


Tahun ini merupakan kali yang ke-20 penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa yang diadakan di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor. Festival ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Perlancongan Malaysia.

Dianggarkan lebih kurang 250 pelayang dari lebih 50 buah negara menyertai Festival Layang-Layang Antarabangsa ke-20 termasuklah peserta baharu dari negara seperti Poland, Romania, Liechtenstein, Scotland, Myanmar, Morocco dan Mongolia. 

Festival Layang-Layang tahun ini bertemakan ‘Mencorak Keharmonian’ berlangsung selama 5 hari bermula 25 Februari hingga 1 March 2015. 


Festival dijangka dirasmikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Jumaat ini dan ia dijangka menjadi tarikan utama sempena Malaysia Year of Festivals 2015 (MyFest 2015).


Para pengunjung yang hadir sudah pasti dapat menyaksikan pelbagai bentuk dan saiz layang-layang yang bakal dipersembahkan oleh para pelayang tempatan dan antarabangsa.




So far, aku dan keluarga baru 2 kali datang menyaksikan Festival Layang-Layang Antarabangsa ini walaupun rumah aku terletak tidak jauh dari lokasi festival. Sebab utama aku malas nak pergi kerana susah hendak cari tempat letak kereta dan terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer jauhnya.
Sekiranya ada rakan-rakan yang datang luar dari negeri Johor bolehlah membuat tempahan penginapan di Amansari Residence Resort di Bandar Seri Alam yang terletak hanya 5 KM daripada lokasi festival.

16 comments:

  1. butuh berapa orang untuk menarik layang-layang sebesar itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yg sampai butuhkan lebih 10 orang utk menerbangkan layang2 gergasi..

      Delete
  2. wiiiih layangannya besar banget mas gimana nerbanginnya iya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus butuh ramai orang utk nerbanginnya..sudah terbang tinggi perlu diikat talinya pada bajak..

      Delete
  3. layang2 dari luar memang beraneka bentuk dan rupa
    memang seronok melihatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar..kekadang saiznya tdk masuk akal..klu ada peluang kena dtg saksikan secara live

      Delete
  4. Mak aii.. Besarnya layang2.. Seronoknya klu dapat Ke sini..huhu

    ReplyDelete
  5. Teringin hendak pergi tetapi jauh ke selatan tanah air. Tak larat nak memandu lama-lama didalam kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi pergi klu digabungkan sekali dengan percutian bersama keluarga..boleh pergi ke Legoland, pandai Desaru, Hello Kitty, Angry Bird theme park atau ke Universal studio..

      Delete
  6. kala minta akan pergi juga nak bawa anak-anak..sukanya saya akan suasana itu kata orang jauh datang tapi puas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puas dpt tengok layang2 bersaiz besar..dpt join main layang2 lagi best..

      Delete
  7. hahaha aku setiap hari lalu , tapi tak berkesempatan nak singah tahun ini, tapi yang nyata gerai jualan semakin meningkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro duduk area pasir gudang ker? Rezeki org meniaga setahun sekali..

      Delete
  8. Seru sekali festivalnya... Saya suka dengan layang layang, Indah di pandang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai dijadikan hobi masa lapang..

      Delete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.