21 Oct 2016

Budget 2017: Kadar BR1M 2017 di Naikkan Sehingga 20%

Assalamualaikum & Salam Muafakat.

Budget 2017 ketika ini sedang dibentangkan di Parlimen oleh DS Najib Razak.

Antara goodies budget yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia ialah pemberian BR1M. Ramai berpendapat kadar pemberian BR1M bagi tahun 2017 akan dinaikkan lebih tinggi bersempena dengan ura-ura PRU akan diadakan pada tahun depan.

Ternyata tepat sekali tekaan rakyat Malaysia. Perdana Menteri telah bersetuju untuk menaikkan jumlah pemberia BR1M sehingga 20% berbanding tahun sebelumnya.


Oleh itu, tahniah diucapkan kepada mereka yang layak menerima BR1M. Gunakan wang ehsan tersebut sebaik mungkin. Semoga BR1M dapat membantu mengurangkan kos sara hidup.





8 May 2016

Restoran Al-Hanin (Middle Eastern Restaurant)

Bismilahhirahmannirahim...


Diam tak diam dah lebih setahun blog ini tidak dikemaskini. Tiada alasan lain yang lebih sesuai aku berikan selain daripada faktor kemalasan.

Ok. Entri kali ini aku dedikasikan kepada semua penggemar ataupun mereka yang baru hendak berjinak-jinak dengan masakan dari timur tengah seperti Nasi Arab Hadramawt, Nasi Arab Mandhi etc.

(Restoran Al Hanin Cawangan Taman Rinting - Masai)

Restoran Al Hanin adalah tempat yang patut korang kunjungi.

Sudah 2 kali aku merasai keenakan Nasi Arab Mandhi Ayam & Kambing restoran ini. Kali pertama semasa dalam perjalanan balik dari Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) di Masjid Al-Falah Bandar Seri Alam awal tahun 2016. Kali kedua pada bulan lepas, datang makan di Restoran Al Hanin yang terletak di Taman Rinting, Masai (bersebelahan dengan bangunan Kumpulan Perubatan Penawar dan sebaris dengan 7E). 

Seriously memang terasa perapan rempah ratus dari timur tengah yang digunakan. Daging ayam & kambingnya pula dimasak dengan amat baik sekali. Tekstur daging kambingnya amat lembut tetapi tidak sampai hancur. 

(Nasi Arab Kambing)
(Nasi Arab Ayam)

Dengarnya pemilik restoran tersebut menggunakan dapur tanah bagi tujuan memasak daging kambing. Dan dengarnya lagi tukang masaknya dibawa khas dari negara timur tengah.

Di Restoran Al Hanin, korang boleh memilik untuk makan secara ala carte atau makan secara beramai-ramai dalam dulang (ikut sunnah Nabi Muhammad SAW). 

(Nasi Arab dalam dulang. Lauk boleh campur)
(Nasi Arab Ikan Goreng memang rare)

Kini Restoran Al Hanin sudah pun mempunyai 4 cawangan yang terletak di Taman Rinting - Masai, Taman Perling - Johor Bahru, Taman Bukit Dahlia - Pasir Gudang dan Taman Pulai Perdana - Skudai. Perkhidmatan penghantaran ke kawasan yang berdekatan juga ada disediakan.

Waktu Operasi : 11pagi hingga 11malam setiap hari.
Hotline : 016-7474 898
Laman Web : www.al-hanin.com
FB Page : RestoranAlHanin

So, jika anda teringin untuk merasai masakan dari timur tengah bersama ahli keluarga, rakan-rakan, GF/BF/BFF bolehlah datang menjamu selera di Restoran Al Hanin. Anda pasti tidak akan kecewa dengan kualiti makanannya, harganya dan juga layanannya.

p/s: gambar-gambar diatas diambil dari FB Page Restoran Al Hanin
  

5 Mar 2015

5 Tips Kawal Kewangan Tinggi

Bismilahhirahmannirahim...

5 Tips Kawal Kewangan Tinggi.


Di zaman yang serba mencabar ini dengan kenaikan harga barang yang tidak penghujungnya, sudah tentu kos perbelanjaan bulanan kita juga bertambah. Lebih-lebih lagi yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak. Susu dan lampin pakai baby pun dah naik harga juga.

Keadaan akan bertambah teruk bila majikan pakat-pakat tidak mahu beri kenaikan gaji dan juga bonus tahunan buat pekerja.


Di sini ada beberapa tips yang boleh dipraktikan dan diharap dapat membantu mengawal kewangan / perbelanjaan tinggi.

1. Catat Perbelanjaan
Setiap duit yang masuk dan keluar perlulah direkodkan. Ini boleh membantu anda mengkaji trend perbelanjaan dan menghalang pembaziran. Juga buat list barangan yang perlu dibeli sebelum keluar membeli-belah.

2. Kurangkan Makan di Luar
Bawa bekal ke pejabat dapat jimatkan kos makan tengahari dan tidak perlu beli air minuman. Bila malam pulak, elok masak dan makan saja dirumah. Kos makan diluar lebih tinggi daripada kos menyediakan makanan di rumah bagi yang berkeluarga. Kalau bujang masak Maggie pun boleh.

3. Kurangkan Penggunaan Kad Kredit
Shop, Swipe and Go. Memang mudah. Tapi amatlah merbahaya jika tiada disiplin. Silap-silap boleh pengsan bila tengok penyata bulanan.

4. Jaga Harta Benda
Amalkan konsep baik pulih (restore) bagi barang-barang keperluan seperti perkakas elektrik. Ianya dapat membantu menjimatkan wang anda. Buat penyelenggaraan berkala terhadap setiap barangan yang dimiliki terutamanya kenderaan.

5. Buat Simpanan
Asingkan beberapa peratus daripada wang gaji setiap bulan untuk disimpan di bank. Persediaan untuk masa susah (rainy day). Pastikan anda menyimpan wang tersebut di bank-bank yang susah untuk membuat pengeluaran dan yang tidak menyediakan Kad ATM seperti Tabung Haji dan ASB.

Tips-tips diatas tidak akan berkesan sekiranya kita masih kekal boros berbelanja dan gagal mengawal nafsu berbelanja.


2 Mar 2015

10 Fitrah Sunnah Nabi Muhammad SAW Yang Perlu Di Amalkan Oleh Umat Akhir Zaman

Bismilahhirahmannirahim...


Kita sebagai umat Nabi SAW dan juga umat akhir zaman tentunya amat rindu untuk menemui Nabi SAW yang begitu menyayangi umatnya. Kesusahan baginda Nabi SAW menyebarkan ajaran agama islam hingga ke seluruh dunia patut kita syukuri.

Walaupun baginda Nabi SAW telah meninggalkan kita lebih 1,400 tahun lalu dan tidak pernah bertemu dengan Nabi SAW, tetapi tahap kecintaan dan kerinduan kita pada baginda amatlah tinggi sekali. 


Salah satu cara kita mencintai baginda Nabi SAW adalah dengan melakukan sunnah baginda. Terdapat banyak sunnah baginda yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian.
"Telah ditetapkan tempoh untuk kami (oleh Nabi SAW) bagi menggunting misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari (kemaluan) iaitu kita tidak membiarkannya melebihi 40 malam." (Riwayat Muslim)
Berikut adalah 10 Fitrah Sunnah Baginda Nabi SAW yang dipetik daripada Riwayat Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi, Ahmad dan Sayidatina 'Aisyah r.h.a.

  1. Menggunting misai.
  2. Membiarkan janggut.
  3. Bersiwak (bersugi).
  4. Menyedut air ke dalam hidung.
  5. Memotong kuku.
  6. Ghasl al-barajim (membersihkan celah-celah jari dan kawasan-kawasan berlipat dengan belakang tangan.
  7. Mencabut bulu ketiak.
  8. Mencukur bulu kemaluan.
  9. Istinjak (menggunakan tisu, batu, daun, ranting @ kayu dan air).
  10. Berkumur.
Sebenarnya banyak lagi sunah-sunah baginda Nabi SAW yang boleh kita pelajari dengan membaca hadis Nabi, buku-bulu agama dan mengaji dengan guru-guru agama untuk diamalkan dalam kehidupan sehari.

Kita juga jangan lupa juga untuk melihat barang-barang peninggalan Nabi SAW untuk melepaskan kerinduan kita pada baginda.

Sumber Rujukan; 
Buku Kenali Rasul Kita Muhammad SAW (Menyingkap Keperibadian & Cara Hidup Insan Mulia) terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.



26 Feb 2015

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2015

Bismillahirrahmanirrahim...

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2015.

Tahun ini merupakan kali yang ke-20 penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa yang diadakan di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor. Festival ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Perlancongan Malaysia.

Dianggarkan lebih kurang 250 pelayang dari lebih 50 buah negara menyertai Festival Layang-Layang Antarabangsa ke-20 termasuklah peserta baharu dari negara seperti Poland, Romania, Liechtenstein, Scotland, Myanmar, Morocco dan Mongolia. 

Festival Layang-Layang tahun ini bertemakan ‘Mencorak Keharmonian’ berlangsung selama 5 hari bermula 25 Februari hingga 1 March 2015. 


Festival dijangka dirasmikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Jumaat ini dan ia dijangka menjadi tarikan utama sempena Malaysia Year of Festivals 2015 (MyFest 2015).


Para pengunjung yang hadir sudah pasti dapat menyaksikan pelbagai bentuk dan saiz layang-layang yang bakal dipersembahkan oleh para pelayang tempatan dan antarabangsa.




So far, aku dan keluarga baru 2 kali datang menyaksikan Festival Layang-Layang Antarabangsa ini walaupun rumah aku terletak tidak jauh dari lokasi festival. Sebab utama aku malas nak pergi kerana susah hendak cari tempat letak kereta dan terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer jauhnya.
Sekiranya ada rakan-rakan yang datang luar dari negeri Johor bolehlah membuat tempahan penginapan di Amansari Residence Resort di Bandar Seri Alam yang terletak hanya 5 KM daripada lokasi festival.