30 Jun 2012

Legoland Malaysia @ Nusajaya Johor - Update Terkini


Hujung minggu yang lepas, Cool Daddy sudah bawa anak-anak pergi bersiar-siar di sekitar Bandar Nusajaya. Tujuannya adalah untuk melihat sendiri perkembangan terkini projek-projek yang dilaksanakan di sekitar Bandar Nusajaya terutamanya Taman Tema Legoland.

Sekarang ini, perjalanan dari Bandar Johor Bahru ke Bandar Nusajaya mengambil masa kurang daripada 20 minit menggunakan Coastal Highway. Perjalanan yang lancar tanpa perlu menempuh kesesakan trafik.

Seperti sedia maklum, Taman Tema Legoland akan dibuka secara rasminya kepada umum pada 15/09/2012 (Hari Sabtu). Klik [SINI] untuk maklumat lanjut sempena dengan tarikh pembukaan Legoland Malaysia.

Berikut adalah antara gambar-gambar terkini di tapak projek Taman Tema Legoand yang sempat Cool Daddy muat turun melalui forum Skyscrapercity.







  


p/s: Cool Daddy & anak-anak dah tak sabar-sabar untuk mengunjungi Taman Tema Legoland walaupun Pas Masuk tak beli lagi. 

20 Jun 2012

Family Trip - Lost World of Tambun Perak


Cuti sekolah yang baru lepas, Cool Daddy & family sudah pergi bercuti ke negeri Perak. Destinasinya ialah Lost World of Tambun yang terletak di Sunway City, Ipoh. Agak mudah untuk mencari lokasinya walaupun tanpa bantuan GPS.

 (Bersiap-siap untuk masuk ke Hot Spring pada hari pertama)

(Di hadapan pintu masuk ke Theme Park pada hari ke-2)

Cool Daddy ambil "Family Package" yang bernilai RM450 + RM50 untuk Extra Bed (percuma breakfast untuk seorang). Pakej untuk 2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak termasuklah ; 
  1. Penginapan di Lost World Hotel (2D1N),
  2. Breakfast di Papa Rich (ala-carte. tak boleh refill. menu nasi lemak, bubur nasi, mee hoon goreng dll),
  3. Tiket Masuk ke Hot Spring (dari pukul 6 ptg - 10 mlm. suhunya boleh mencecah 43'C), 
  4. Tiket Masuk ke Theme Park (dari pukul 10pg - 7 ptg),
  5. Petting Zoo (pilihan menaiki tram @ berjalan kaki).
Bilik yang ditawarkan memang sesuai untuk 2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak. Taklah besar sangat ruangnya lebih-lebih lagi bila ditambah dengan Extra Bed. Tapi biliknya agak bersih dan kemas. Maklumlah hotel baru.

 (Gambar sebenar bilik yang Cool Daddy bermalam)

Secara keseluruhannya, Cool Daddy & family amat berpuas hati dengan percutian di Lost World of Tambun walaupun harganya agak sedikit mahal kerana tempatnya dikelilingi oleh hutan bukit batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya.