11 Mar 2013

DAPUR JENDELA JB; Mesti Cuba...

Malam semalam, Cool Daddy & keluarga sudah keluar merayap di sekitar Bazar Karat tanpa misi yang jelas. Cuaca agak baik selepas hujan di sebelah petangnya. So, tak lah berbahang sangat.


Ketika sedang menyelusuri Jalan Tan Hiok Nee, tiba-tiba Cool Daddy ternampak satu kedai makan yang agak unik daripada segi dekorasinya. Konsep ala-ala kampung. Namanya pun unik iaitu "Dapur Jendela".

(Pemandangan dari luar Dapur Jendela. Pilihan untuk makan disebelah luar ataupun sebelah dalam)
Dengan perasaan ingin tahu, Cool Daddy sudah terjah masuk ke kedai tersebut untuk mengetahui apa yang ada di dalamnya terutamanya menu makanannya. 

Berikut adalah gambar-gambar dekorasi dalaman Dapur Jendela dan makanan yang Cool Daddy pesan yang sempat diambil mengunakan HP Galaxy S3 :-

(Boleh makan sambil melihat luar melalui jendela. Sesuai untuk yang sedang bercouple)

(Piring hitam tampal di dinding & set lampu gantung menggunakan sudu besi)

(Roti jala. Kuah karinya memang menepati selera)

(Ubi rebus. Lagi enak kalau ada ikan kering/masin) 

(Set nasi kukus + ayam berempah + sambal sotong. Biasa-biasa saja rasanya)

(Chicken chop pun ada jual. Portion ayamnya agak besar. Gravynya sesedap rasa)
(Lempeng cicah sambal ikan bilis. Gabungan yang mantap sejak turun temurun)
Overall makanannya boleh dikatakan sedap terutamanya Lempeng dan Roti Jala. Layanan pun tidak mendukacitakan. Harganya pula masih boleh diterima oleh akal yang waras.

Sebelum terlupa, kalau korang singgah Dapur Jendela nie, jangan lupa cuba "Jus Mango" dia. Rasanya memang agak masak tetapi sedap.


8 comments:

  1. Decoration sgt kreatif. Soto dia biasa2 je, lempeng kurang menyengat sambal tumis x power sbb x pedas,ubi rebus ok la tp ada butter la plk, biarlah original baru sedap, tambah ikan masin..kesimpulan biasa2 aje,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok jgk lah tuu..susah skrg nak cari kedai makan yg jual lempeng, ubi rebus dkt kawasan bandar JB

      Delete
  2. dekorasi macam rumah memang unik juga tempat ni, harus cuba kalau sampai sana ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya nie bangunan lama yg masih dijaga oleh kerajaan negeri Johor..area nie happening kerana ada bazar karat..

      Delete
  3. Lempeng tu memang best..... tapi kalau chicken chop saya lebih suka kuah asing....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg betul..bila kuah tak asing portion ayam akan jadi basah & lembap..

      Delete
  4. unik ide rumah makannya, sayang tak sempat kesana waktu ke KL kemarin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaya rumah kampung mmg unik..makanannya juga unik...Insyaallah klu ada rezeki blh sampi JB..

      Delete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.