24 Feb 2015

Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia Travel & Tours (Bahagian 1)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilah, pada akhir bulan April 2014, insan kerdil ini telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan menunaikan ibadah Umrah buat pertama kalinya.

Dan selepas lebih 9 bulan berlalu, barulah sekarang ada kesempatan untuk berkongsi pengalaman semasa berada di dua kota suci iaitu Mekah dan Madinah. 


Sebenarnya, aku telah layak mendapat 1 tiket melancong ke Paris. Segala kos termasuk tiket penerbangan, penginapan, makan & minum ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Tiket melancong merupakan salah satu insentif yang dijanjikan oleh pihak syarikat sekiranya staff mencapai target yang telah ditetapkan sepanjang tahun 2013. 

Tetapi selepas berbincang dengan isteri, aku telah pun menukar tiket melancong ke Paris dengan pakej menunaikan Umrah selama 14 hari 12 malam. Syukur, no regret at all.

Sebelum berangkat ke tanah suci, ada beberapa persediaan awal yang perlu kita buat. Dan pastikan jangan buat kerja last minute untuk mengelakan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Secara ringkas, berikut adalah persediaan awal mengikut pengalaman aku sendiri untuk perkongsian bersama. Semoga bermanfaat. 

Persediaan Pertama - Membuat Pendaftaran Umrah.
  • Aku telah memilih syarikat Andalusia Travel & Tours cawangan Bandar Baru Uda, JB atas saranan rakan-rakan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini.
  • Aku ambil pakej ekonomi sahaja. Bilik untuk ber-4/ber-5/ber-6. Jemaah solo tidak boleh memilih bilik ber-2 atau ber-3.   
  • Pastikan anda memilih syarikat pengendali yang boleh dipercayai. Jangan mudah terpengaruh dengan promosi harga yang murah giler. Takut nanti anda tidak boleh pulang ke tanah air dan terkandas di Airport Jedah atau Madinah. Berhati-hati semasa buat pilihan ya.
 Persediaan Kedua - Menghadiri Kursus Umrah
  • Pihak Analusia ada menyediakan kursus umrah buat para jemaah yang mendaftar dengan mereka. Kursus dikendalikan oleh para ustaz dan juga mutawif.
  • Tidak kira sepandai mana kita, kursus umrah ini mestilah kita hadiri. Sebabnya kita tidak boleh 100% bergantung kepada mutawif sepanjang berada di Mekah dan Madinah. Dan juga untuk mengelakkan daripada melanggar pantang larang ketika dalam Ihram. Nak buat ibadat perlu ada ilmu secukupnya.
 Persediaan Ketiga - Dapatkan Suntikan Mencevax ACMY
  • Suntikan Mencevax ACMY (rujuk sini) wajib diambil sebelum berlepas ke tanah suci. Ianya boleh diambil dimana-mana klinik swasta dengan bayaran sekitar RM140. Suntikan boleh bertahan selama 2 tahun.
  • Aku ambil suntikan di Klinik Haji Miradj di Masai, Johor. Dekat dengan rumah dan doktornya pun peramah dan baik hati.
 Persediaan Keempat - Barang Keperluan Asas
  • Cukup sekadar membawa sepasang kain ihram dan beberapa pasang pakaian. Kalau tidak cukup boleh beli semasa di Madinah atau Mekah. Jubahnya cantik-cantik dan harga pun jauh lebih murah. Pasti anda rambang mata. Percayalah! Saya dah alaminya.
  • Bawa pelembap bibir & losyen kaki. Cuaca yang panas dan dingin akan menyebabkan bibir kita kering dan tumit kaki merekah. 
Set Kelengkapan Keluaran El-Hajj - Suci & Halal
  • Gunting kecil untuk bertahlul.
  • Buku atau nota rujukan mengerjakan umrah. 
Pesediaan yang terakhir ini amatlah penting dan tidak boleh dipandang enteng (ringan); Lakukan seberapa banyak solat-solat sunat seperti solat sunat Taubat, Hajat, Tahajjud dan juga qada' solat fardu. Solat minta dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di tanah suci Mekah dan Madinah, mohon keampunan dari  segala dosa-dosa yang lalu dan yang akan datang. 

Pastikan juga anda mempunyai passport antarabangsa yang berwarna merah yang belum tamat tempohnya untuk permohonan visa daripada pihak kerajaan Arab Saudi. Tidak ada visa bermakna anda tidak boleh pergi mengerjakan Umrah.



Itulah sedikit sebanyak info bab persediaan yang dapat dikongsikan. Insyaallah, panjang umur akan bersambung di bahagian ke-2 pulak.

10 comments:

  1. teringin gak nak gi umrah masa muda-muda macam nih..

    hmm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi masa muda amat digalakkan..tenaga masih banyak..

      Delete
  2. Alhamdullilah.
    as salam sekadar berkongsi.
    Kami adalah penerbit buku Panduan Ringkas Untuk Haji dan Umrah.
    Buku diterbitkan untuk memudahkan ibadah haji dan umrah di tanah haram. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..mudah2an buku terbitan tuan dpt membantu kpd semua bakal tetamu Allah swt ke tanah suci...

      Delete
  3. Setuju... kalau boleh masa muda-muda lah kita pergi ke Tanah Suci

    Semoga kita semua dipilih menjadi Tetamu Allah sekali lagi... Aminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi menunaikan Haji @ Umrah ternyata memerlukan banyak tenaga utk bergerak..sbb itu digalakkan pergi ketika usia muda..

      Delete
  4. salam,
    ok tak naik air asia x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Sakit badan sikit. Kerusi sama mcm air asia

      Delete

  5. Do you need Personal Loan?
    Business Cash Loan?
    Unsecured Loan
    Fast and Simple Loan?
    Quick Application Process?
    Approvals within 24-72 Hours?
    No Hidden Fees Loan?
    Funding in less than 1 Week?
    Get unsecured working capital?
    Contact Us At :oceancashcapital@gmail.com
    Phone number :+1-6474-864-724 (Whatsapp Only)

    LOAN SERVICES AVAILABLE INCLUDE:
    ================================
    *Commercial Loans.
    *Personal Loans.
    *Business Loans.
    *Investments Loans.
    *Development Loans.
    *Acquisition Loans .
    *Construction loans.
    *Credit Card Clearance Loan
    *Debt Consolidation Loan
    *Business Loans And many More:

    LOAN APPLICATION FORM:
    =================
    Full Name:................
    Loan Amount Needed:.
    Purpose of loan:.......
    Loan Duration:..
    Gender:.............
    Marital status:....
    Location:..........
    Home Address:..
    City:............
    Country:......
    Phone:..........
    Mobile / Cell:....
    Occupation:......
    Monthly Income:....

    Contact Us At oceancashcapital@gmail.com
    Phone number :+1-6474-864-724 (Whatsapp Only)

    ReplyDelete
  6. salam semua. baguss nota di atas. syabas. semoga berjaya dunia wal akhiroh. amin.

    ReplyDelete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.