- Aku telah memilih syarikat Andalusia Travel & Tours cawangan Bandar Baru Uda, JB atas saranan rakan-rakan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini.
- Aku ambil pakej ekonomi sahaja. Bilik untuk ber-4/ber-5/ber-6. Jemaah solo tidak boleh memilih bilik ber-2 atau ber-3.
Persediaan Kedua - Menghadiri Kursus Umrah
- Pastikan anda memilih syarikat pengendali yang boleh dipercayai. Jangan mudah terpengaruh dengan promosi harga yang murah giler. Takut nanti anda tidak boleh pulang ke tanah air dan terkandas di Airport Jedah atau Madinah. Berhati-hati semasa buat pilihan ya.
- Pihak Analusia ada menyediakan kursus umrah buat para jemaah yang mendaftar dengan mereka. Kursus dikendalikan oleh para ustaz dan juga mutawif.
Persediaan Ketiga - Dapatkan Suntikan Mencevax ACMY
- Tidak kira sepandai mana kita, kursus umrah ini mestilah kita hadiri. Sebabnya kita tidak boleh 100% bergantung kepada mutawif sepanjang berada di Mekah dan Madinah. Dan juga untuk mengelakkan daripada melanggar pantang larang ketika dalam Ihram. Nak buat ibadat perlu ada ilmu secukupnya.
- Suntikan Mencevax ACMY (rujuk sini) wajib diambil sebelum berlepas ke tanah suci. Ianya boleh diambil dimana-mana klinik swasta dengan bayaran sekitar RM140. Suntikan boleh bertahan selama 2 tahun.
Persediaan Keempat - Barang Keperluan Asas
- Aku ambil suntikan di Klinik Haji Miradj di Masai, Johor. Dekat dengan rumah dan doktornya pun peramah dan baik hati.
- Cukup sekadar membawa sepasang kain ihram dan beberapa pasang pakaian. Kalau tidak cukup boleh beli semasa di Madinah atau Mekah. Jubahnya cantik-cantik dan harga pun jauh lebih murah. Pasti anda rambang mata. Percayalah! Saya dah alaminya.
- Bawa pelembap bibir & losyen kaki. Cuaca yang panas dan dingin akan menyebabkan bibir kita kering dan tumit kaki merekah.
Set Kelengkapan Keluaran El-Hajj - Suci & Halal |
- Gunting kecil untuk bertahlul.
Pesediaan yang terakhir ini amatlah penting dan tidak boleh dipandang enteng (ringan); Lakukan seberapa banyak solat-solat sunat seperti solat sunat Taubat, Hajat, Tahajjud dan juga qada' solat fardu. Solat minta dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di tanah suci Mekah dan Madinah, mohon keampunan dari segala dosa-dosa yang lalu dan yang akan datang.
- Buku atau nota rujukan mengerjakan umrah.
Pastikan juga anda mempunyai passport antarabangsa yang berwarna merah yang belum tamat tempohnya untuk permohonan visa daripada pihak kerajaan Arab Saudi. Tidak ada visa bermakna anda tidak boleh pergi mengerjakan Umrah.
Itulah sedikit sebanyak info bab persediaan yang dapat dikongsikan. Insyaallah, panjang umur akan bersambung di bahagian ke-2 pulak.