Showing posts with label andalusia bandar baru uda. Show all posts
Showing posts with label andalusia bandar baru uda. Show all posts

24 Feb 2015

Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia Travel & Tours (Bahagian 1)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilah, pada akhir bulan April 2014, insan kerdil ini telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan menunaikan ibadah Umrah buat pertama kalinya.

Dan selepas lebih 9 bulan berlalu, barulah sekarang ada kesempatan untuk berkongsi pengalaman semasa berada di dua kota suci iaitu Mekah dan Madinah. 


Sebenarnya, aku telah layak mendapat 1 tiket melancong ke Paris. Segala kos termasuk tiket penerbangan, penginapan, makan & minum ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Tiket melancong merupakan salah satu insentif yang dijanjikan oleh pihak syarikat sekiranya staff mencapai target yang telah ditetapkan sepanjang tahun 2013. 

Tetapi selepas berbincang dengan isteri, aku telah pun menukar tiket melancong ke Paris dengan pakej menunaikan Umrah selama 14 hari 12 malam. Syukur, no regret at all.

Sebelum berangkat ke tanah suci, ada beberapa persediaan awal yang perlu kita buat. Dan pastikan jangan buat kerja last minute untuk mengelakan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Secara ringkas, berikut adalah persediaan awal mengikut pengalaman aku sendiri untuk perkongsian bersama. Semoga bermanfaat. 

Persediaan Pertama - Membuat Pendaftaran Umrah.
  • Aku telah memilih syarikat Andalusia Travel & Tours cawangan Bandar Baru Uda, JB atas saranan rakan-rakan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini.
  • Aku ambil pakej ekonomi sahaja. Bilik untuk ber-4/ber-5/ber-6. Jemaah solo tidak boleh memilih bilik ber-2 atau ber-3.   
  • Pastikan anda memilih syarikat pengendali yang boleh dipercayai. Jangan mudah terpengaruh dengan promosi harga yang murah giler. Takut nanti anda tidak boleh pulang ke tanah air dan terkandas di Airport Jedah atau Madinah. Berhati-hati semasa buat pilihan ya.
 Persediaan Kedua - Menghadiri Kursus Umrah
  • Pihak Analusia ada menyediakan kursus umrah buat para jemaah yang mendaftar dengan mereka. Kursus dikendalikan oleh para ustaz dan juga mutawif.
  • Tidak kira sepandai mana kita, kursus umrah ini mestilah kita hadiri. Sebabnya kita tidak boleh 100% bergantung kepada mutawif sepanjang berada di Mekah dan Madinah. Dan juga untuk mengelakkan daripada melanggar pantang larang ketika dalam Ihram. Nak buat ibadat perlu ada ilmu secukupnya.
 Persediaan Ketiga - Dapatkan Suntikan Mencevax ACMY
  • Suntikan Mencevax ACMY (rujuk sini) wajib diambil sebelum berlepas ke tanah suci. Ianya boleh diambil dimana-mana klinik swasta dengan bayaran sekitar RM140. Suntikan boleh bertahan selama 2 tahun.
  • Aku ambil suntikan di Klinik Haji Miradj di Masai, Johor. Dekat dengan rumah dan doktornya pun peramah dan baik hati.
 Persediaan Keempat - Barang Keperluan Asas
  • Cukup sekadar membawa sepasang kain ihram dan beberapa pasang pakaian. Kalau tidak cukup boleh beli semasa di Madinah atau Mekah. Jubahnya cantik-cantik dan harga pun jauh lebih murah. Pasti anda rambang mata. Percayalah! Saya dah alaminya.
  • Bawa pelembap bibir & losyen kaki. Cuaca yang panas dan dingin akan menyebabkan bibir kita kering dan tumit kaki merekah. 
Set Kelengkapan Keluaran El-Hajj - Suci & Halal
  • Gunting kecil untuk bertahlul.
  • Buku atau nota rujukan mengerjakan umrah. 
Pesediaan yang terakhir ini amatlah penting dan tidak boleh dipandang enteng (ringan); Lakukan seberapa banyak solat-solat sunat seperti solat sunat Taubat, Hajat, Tahajjud dan juga qada' solat fardu. Solat minta dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di tanah suci Mekah dan Madinah, mohon keampunan dari  segala dosa-dosa yang lalu dan yang akan datang. 

Pastikan juga anda mempunyai passport antarabangsa yang berwarna merah yang belum tamat tempohnya untuk permohonan visa daripada pihak kerajaan Arab Saudi. Tidak ada visa bermakna anda tidak boleh pergi mengerjakan Umrah.



Itulah sedikit sebanyak info bab persediaan yang dapat dikongsikan. Insyaallah, panjang umur akan bersambung di bahagian ke-2 pulak.

27 Apr 2014

Mendapat Seruan Untuk Mengerjakan Umrah

Assalamualaikum...

Sementara menunggu untuk check in flight Air Asia X ke Jeddah, terlintas untuk update blog ini. Flight dijangkakan akan berlepas pukul 2.30 pagi dari LCCT.

Syukur kehadrat Allah swt atas limpah rezeki dan kesihatan yang dikurniainya.

Tahun ini aku berpeluang untuk menjejakkan kaki buat pertama kali dalam hidup ini ke tempat yang paling mulia/suci di dunia ini iaitu Kota Mekah & juga Kota Madinah untuk mengerjakan ibadah umrah.

Sebenarnya aku dapat tawaran tiket untuk ke Paris selama 7 hari. Tetapi hati ini terpanggil untuk pergi ke tanah suci Mekah.

Tetapi terpaksa pergi berseorangan tanpa ditemani oleh isteri & anak-anak atas beberapa faktor.

Dalam hati ini sentiasa berdoa agar diri kerdil ini diterima oleh Allah swt sebaik menjejakkan kaki di tanah suci. Senantiasa takut atas dosa-dosa yang pernah dilakukan.

Semoga perjalanan suci ini mendapat rahmat & keberkatan daripadaNYA. Amin Ya Rabbal Alamin...


McDonald LCCT
27.04.2014 @ 10.30 malam