Bismillahhirahmannirahim...
Warga Johor Bahru dan juga seberang tambak (singapura) pasti pernah menikmati keenakan Asma Rojak Larkin yang terletak di food court Plaza MARA Larkin.
Tidak keterlaluan kalau aku katakan Asma Rojak Larkin antara rojak asma yang tersedap di JB sebab keistimewaan rasa kuahnya dan pelbagai pilihan rojaknya. Yang paling best korang boleh mencuba otak-otak goreng. Aku suspek tuan punya kedai menggunakan otak-otak kempas yang famous.
Aku & family dah banyak kali singgah makan di food court Plaza MARA Larkin yang terletak di belakang Terminal Bas Larkin. Lokasinya amat mudah untuk dicari. Lot parkir kereta pun banyak disediakan.
Selain daripada rojak asma, korang juga boleh mencuba makanan Johor yang lain seperti Mee Rebus Stulang, Murtabak, Kacang Pool Haji dan ABC Dj Catering.
Kalau korang terasa nak makan Putu Piring Larkin yang gebu dan sedap, kenalah drive lebih kurang 1km daripada Plaza MARA Larkin.
Kalau 'rujak' di Indonesia biasanya bahan2nya terdiri dari buah-buahan sahaja dengan sambal yang terbuat dari gula jawa, bisa juga ditambah kacang yang dihaluskan. Kalau dari picture diatas, agak mirip dengan 'tahu gejrot' dari cirebon :)
ReplyDeleteMasa tinggal di kampung ada yg panggil Gado-Gado...tapi bila di bandar dipanggil Rojak Asma..
DeleteMemang betul kata saudara ini mirip gado-gado daripada rujak kalau di Indonesia
ReplyDeleteRujak pn boleh jugak gan..kuahnya pun guna kuah kacang
Deletekalau pi johor bahru..ini adalah makanan wajib makan..selain mertabak cheese..
ReplyDeleteDkt JB banyak makanan yg sedap sebenarnya..klu ada masa nak buat entri pasal murtabak cheese kg kurnia..
Deletelapar plak memalam macam ni dibuatnya.
ReplyDeletehaha
Jaga sikit diet tuu..
DeleteTerliurlah pulak. Dulu masa belajar kat UTM Skudai, tak tahulah pulak pasal Asma Rojak Larkin nih. Padahal selalulah ke sini sebab nak balik kampung....huhuhu
ReplyDeleteHarus pergi kalau melawat keluarga angkat di Kampung Melayu Majidee nih.
Mmg xder rezeki...walhal jln kaki dr terima bas larkin pn sampai..klu ke kg melayu majidee blh juga try makan murtabak special dkt depan masjid kg melayu majidee tuu..
Deleteindah duduk johor macam menu makanan yang ada..bibila saya nak ke sana uh..
ReplyDeleteMemang indah...Tp susah nak diet
DeleteTuan kena cuba pula Nasi Ayam Salai di Jalan Kebudayaan 18, Taman Universiti, Johor. Satu-satunya di Johor dan terkenal bagi penduduk tempatan. Nasi ayam salai ala chinese style, biasanya cepat habis sekitar jam 2-3 petang. Sebaiknya datang awal atau booking dulu, kalau tak nanti kempunan...
ReplyDeleteTerima kasih atas infonya..Insyaallah akan singgah kalau ada lalu area sana..klu blh share sekali no tel kedai makan tersebut utk booking..
Delete