Bismillahirrahmanirrahim...
Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2015.
Tahun ini merupakan kali yang ke-20 penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa yang diadakan di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor. Festival ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Perlancongan Malaysia.
Dianggarkan lebih kurang 250 pelayang dari lebih 50 buah negara menyertai Festival Layang-Layang Antarabangsa ke-20 termasuklah peserta baharu dari negara seperti Poland, Romania, Liechtenstein, Scotland, Myanmar, Morocco dan Mongolia.
Festival Layang-Layang tahun ini bertemakan ‘Mencorak Keharmonian’ berlangsung selama 5 hari bermula 25 Februari hingga 1 March 2015.
Para pengunjung yang hadir sudah pasti dapat menyaksikan pelbagai bentuk dan saiz layang-layang yang bakal dipersembahkan oleh para pelayang tempatan dan antarabangsa.
So far, aku dan keluarga baru 2 kali datang menyaksikan Festival Layang-Layang Antarabangsa ini walaupun rumah aku terletak tidak jauh dari lokasi festival. Sebab utama aku malas nak pergi kerana susah hendak cari tempat letak kereta dan terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer jauhnya.
Sekiranya ada rakan-rakan yang datang luar dari negeri Johor bolehlah membuat tempahan penginapan di Amansari Residence Resort di Bandar Seri Alam yang terletak hanya 5 KM daripada lokasi festival.
butuh berapa orang untuk menarik layang-layang sebesar itu
ReplyDeleteAda yg sampai butuhkan lebih 10 orang utk menerbangkan layang2 gergasi..
Deletewiiiih layangannya besar banget mas gimana nerbanginnya iya :D
ReplyDeleteHarus butuh ramai orang utk nerbanginnya..sudah terbang tinggi perlu diikat talinya pada bajak..
Deletelayang2 dari luar memang beraneka bentuk dan rupa
ReplyDeletememang seronok melihatnya
Memang benar..kekadang saiznya tdk masuk akal..klu ada peluang kena dtg saksikan secara live
DeleteMak aii.. Besarnya layang2.. Seronoknya klu dapat Ke sini..huhu
ReplyDeleteSaiznya semua luar biasa gan..
DeleteTeringin hendak pergi tetapi jauh ke selatan tanah air. Tak larat nak memandu lama-lama didalam kereta.
ReplyDeleteBerbaloi pergi klu digabungkan sekali dengan percutian bersama keluarga..boleh pergi ke Legoland, pandai Desaru, Hello Kitty, Angry Bird theme park atau ke Universal studio..
Deletekala minta akan pergi juga nak bawa anak-anak..sukanya saya akan suasana itu kata orang jauh datang tapi puas
ReplyDeletePuas dpt tengok layang2 bersaiz besar..dpt join main layang2 lagi best..
Deletehahaha aku setiap hari lalu , tapi tak berkesempatan nak singah tahun ini, tapi yang nyata gerai jualan semakin meningkat
ReplyDeleteBro duduk area pasir gudang ker? Rezeki org meniaga setahun sekali..
DeleteSeru sekali festivalnya... Saya suka dengan layang layang, Indah di pandang...
ReplyDeleteSesuai dijadikan hobi masa lapang..
Delete