2 Mar 2015

10 Fitrah Sunnah Nabi Muhammad SAW Yang Perlu Di Amalkan Oleh Umat Akhir Zaman

Bismilahhirahmannirahim...



Kita sebagai umat Nabi SAW dan juga umat akhir zaman tentunya amat rindu untuk menemui Nabi SAW yang begitu menyayangi umatnya. Kesusahan baginda Nabi SAW menyebarkan ajaran agama islam hingga ke seluruh dunia patut kita syukuri.

Walaupun baginda Nabi SAW telah meninggalkan kita lebih 1,400 tahun lalu dan tidak pernah bertemu dengan Nabi SAW, tetapi tahap kecintaan dan kerinduan kita pada baginda amatlah tinggi sekali. 


Salah satu cara kita mencintai baginda Nabi SAW adalah dengan melakukan sunnah baginda. Terdapat banyak sunnah baginda yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian.
"Telah ditetapkan tempoh untuk kami (oleh Nabi SAW) bagi menggunting misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari (kemaluan) iaitu kita tidak membiarkannya melebihi 40 malam." (Riwayat Muslim)
Berikut adalah 10 Fitrah Sunnah Baginda Nabi SAW yang dipetik daripada Riwayat Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi, Ahmad dan Sayidatina 'Aisyah r.h.a.

  1. Menggunting misai.
  2. Membiarkan janggut.
  3. Bersiwak (bersugi).
  4. Menyedut air ke dalam hidung.
  5. Memotong kuku.
  6. Ghasl al-barajim (membersihkan celah-celah jari dan kawasan-kawasan berlipat dengan belakang tangan.
  7. Mencabut bulu ketiak.
  8. Mencukur bulu kemaluan.
  9. Istinjak (menggunakan tisu, batu, daun, ranting @ kayu dan air).
  10. Berkumur.
Sebenarnya banyak lagi sunah-sunah baginda Nabi SAW yang boleh kita pelajari dengan membaca hadis Nabi, buku-bulu agama dan mengaji dengan guru-guru agama untuk diamalkan dalam kehidupan sehari.

Kita juga jangan lupa juga untuk melihat barang-barang peninggalan Nabi SAW untuk melepaskan kerinduan kita pada baginda.

Sumber Rujukan; 
Buku Kenali Rasul Kita Muhammad SAW (Menyingkap Keperibadian & Cara Hidup Insan Mulia) terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.



13 comments:

  1. perkongsian yang menarik....:-))

    ReplyDelete
  2. Barang siapa yang mengikuti Fitrah Sunnah Baginda Nabi Muhammad S.A.W. insyaallah mendapatkan syafaat di akhir zaman,,, Amin
    saya suka Memotong kuku pada hari jum'at

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat byk pahala klu kita selalu amalkan sunnah Nabi SAW..mudah2an kita semua mendpt syafaat dr Nabi SAW semasa di padang mahsyar..amin..

      Delete
  3. Terima kasih atas ingatan. Bagus amalkan sunnah nabi. Pastu ada kelebihannya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ianya bermanfaat pada sesiapa yg membacanya..

      Delete
  4. Sunnah Nabi adalah wajib kita amalkan karena untuk memperlihatkan kecintaan kita kepada Beliau sesungguhnya orang berkumpul bersama yang ia cintai di hari kemudian alangkah bahgianya bila kita bisa berdekatan dengan beliau pada hari kemudian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amatlah rugi umat akhir zaman yang tidak mahu mengamalkan sunnah baginda Nabi saw

      Delete
  5. terimakasih infonya mas sangat bermanfaat sekali :)

    ReplyDelete
  6. inshaAllah. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  7. Anda memiliki blog informatif di sini, saya ingin berbagi dengan Anda semua di sini bahwa ada peluang besar bagi individu atau perusahaan untuk mengakses pinjaman dari Tuan Pedro, petugas bagian pinjaman yang memberi saya pinjaman sebesar $800,000 untuk membiayai proyek bisnis saya di tingkat pengembalian tahunan 2%, Tuan Pedro adalah pria baik hati yang bekerja dengan investor dan mereka juga menawarkan program pinjaman investasi untuk membiayai bisnis bonafide di seluruh dunia.
    Hubungi Tuan Pedro
    Di Email:pedroloanss@gmail.com
    Nomor Whatsappwhatsapp: +393510140339.
    Mr Pedro menyediakan semua jenis pinjaman untuk pribadi atau bisnis

    ReplyDelete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.