Showing posts with label cara hidup nabi muhammad. Show all posts
Showing posts with label cara hidup nabi muhammad. Show all posts

2 Mar 2015

10 Fitrah Sunnah Nabi Muhammad SAW Yang Perlu Di Amalkan Oleh Umat Akhir Zaman

Bismilahhirahmannirahim...


Kita sebagai umat Nabi SAW dan juga umat akhir zaman tentunya amat rindu untuk menemui Nabi SAW yang begitu menyayangi umatnya. Kesusahan baginda Nabi SAW menyebarkan ajaran agama islam hingga ke seluruh dunia patut kita syukuri.

Walaupun baginda Nabi SAW telah meninggalkan kita lebih 1,400 tahun lalu dan tidak pernah bertemu dengan Nabi SAW, tetapi tahap kecintaan dan kerinduan kita pada baginda amatlah tinggi sekali. 


Salah satu cara kita mencintai baginda Nabi SAW adalah dengan melakukan sunnah baginda. Terdapat banyak sunnah baginda yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian.
"Telah ditetapkan tempoh untuk kami (oleh Nabi SAW) bagi menggunting misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari (kemaluan) iaitu kita tidak membiarkannya melebihi 40 malam." (Riwayat Muslim)
Berikut adalah 10 Fitrah Sunnah Baginda Nabi SAW yang dipetik daripada Riwayat Muslim, Abu Daud, at-Tirmidzi, Ahmad dan Sayidatina 'Aisyah r.h.a.

  1. Menggunting misai.
  2. Membiarkan janggut.
  3. Bersiwak (bersugi).
  4. Menyedut air ke dalam hidung.
  5. Memotong kuku.
  6. Ghasl al-barajim (membersihkan celah-celah jari dan kawasan-kawasan berlipat dengan belakang tangan.
  7. Mencabut bulu ketiak.
  8. Mencukur bulu kemaluan.
  9. Istinjak (menggunakan tisu, batu, daun, ranting @ kayu dan air).
  10. Berkumur.
Sebenarnya banyak lagi sunah-sunah baginda Nabi SAW yang boleh kita pelajari dengan membaca hadis Nabi, buku-bulu agama dan mengaji dengan guru-guru agama untuk diamalkan dalam kehidupan sehari.

Kita juga jangan lupa juga untuk melihat barang-barang peninggalan Nabi SAW untuk melepaskan kerinduan kita pada baginda.

Sumber Rujukan; 
Buku Kenali Rasul Kita Muhammad SAW (Menyingkap Keperibadian & Cara Hidup Insan Mulia) terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.