23 Jan 2012

BUBUR NASI ISTIMEWA NO. 1 @ TAMAN SENTOSA

Buat mereka yang suka menikmati hidangan ringkas untuk makan malam, penulis mensyorkan agar anda mencuba bubur nasi yang amat popular di JB. Gerai Bubur Nasi Istimewa No. 1 yang terletak di Jalan Sutera, Taman Sentosa, JB. Penulis pernah merasai sendiri bubur nasi tersebut dan rasanya memang marvelous.

Bubur nasi dihidangkan berserta lauk yang ringkas tetapi membuka selera seperti kangkung goreng belacan, telur masin, lobal cincang, kacang & ikan bilis goreng.


Selain daripada hidangan bubur nasi, anda boleh memesan hidangan lain seperti kerang rebus, satay dan juga makanan goreng-goreng daripada gerai yang berdekatan.

Gerai No. 1 menjadi tumpuan ramai pengunjung pelbagai bangsa buat sekian lamanya. Memang seronok makan berbumbungkan langit bersama-sama ahli keluarga atau rakan-rakan. Kalau hujan pandai-pandailah cari tempat berteduh.

Sedikit komen daripada pengunjung yang pernah pekena bubur nasi ini.


Waktu operasi perniagaan bermula pada sebelah petang hingga lewat malam. Bubur Nasi Istimewa No. 1 mempunyai cawangan di Bandar Baru UDA, JB bersebelahan dengan Chamek Kopitiam & Mydin (Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru UDA).



Kredit Gambar: Blog JBFoodClub & Pilih2Makan


2 comments:

  1. lama x pegi ni , zaman2 bujang dulu selalu mkn kt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat nie mmg femes..blh kata ramai org yg dah pekena bubur nasi istimewa nie..

      Delete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.