26 Jan 2015

Martabak Manis Pecenongan 65A

Bismilahhirahmannirahim...

Pada tahun 2013, aku dan rakan-rakan satu ofis telah berkesempatan pergi berjalan-jalan ke Kota Jakarta dan juga Mangga 2 yang terkenal dengan barang-barangnya yang murah. 


Kos dibiayaai sepenuhnya oleh staff fund yang dikutip tiap-tiap bulan melalui potongan gaji. Hanya bawak badan sahaja. Itu pun ada yang tak nak pergi.

Di ringkaskan cerita, ketika di kota Jakarta, salah seorang daripada rakan kami telah mencadangkan untuk membeli Martabak Manis. Katanya amat femes di sana. 

So, kami pun ikut saja tanpa membantah.
Martabak Manis Siap Di Pek Dalam Kotak
Mula-mulanya aku ingatkan Martabak Manis yang dijual di Jakarta sama seperti murtabak yang di jual di Malaysia seperti Murtabak Kg Melayu Majidee yang memang femes di Johor Bahru. 

Rupa-rupanya sangkaan aku meleset bila mana Martabak Manis yang di jual di Jakarta ini rupanya seperti Apam Balik. Pasti korang kenal dan pernah makan Apam Balik kan? Cuma yang membezakan hanyalah intinya sahaja. 

Peniaga Martabak Manis yang terletak di Pencenongan Raya, Jakarta Pusat ini menggunakan bahan-bahan yang berkualiti saja untuk dijadikan intinya. Antaranya, Coklat Toblerano, Mentega Kacang Skippy, Ovomaltine dan juga keju. Sebab itu harga sekeping Martabak Manis boleh mencecah RM30. 


Beginilah Rupanya Martabak Manis. Saling Tak
Tumpah Macam Apam Balik
Walaupun harganya yang agak mahal, orang ramai datang berbondong-bondong untuk menikmati keenakkan Martabak Manis. Kalau dapat makan free lagi lah sedap. 

Pertama kali aku menikmati Murtabak Manis ini amatlah sedap dan mengenyangkan. Lelehan coklat dan kejunya boleh membuatkan air liur meleleh.

So, kalau korang ada bercadang melancong ke Jakarta, jangan lupa untuk mencuba Martabak Manis nie. Kerana ianya tidak ada di Malaysia.
Budak Johor Ada Di Mana-Mana!!!
Lokasi:
Jalan Pecenongan Raya No. 65A
Jakarta Pusat, Indonesia.

Website:
martabak65a.com

   

13 comments:

  1. oo.. dah baca baru tau, murtabak tu apam balik ye.. kat pasar malam area sini ade juga gitu tapi memang dipanggil apam balik kan.. choc atau pulut tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kulitnya sama mcm apak balik..tapi isinya coklat + mentega kacang + keju..mmg tinggi kolesterol..

      Delete
  2. Fuhhh!!! Meleleh.. Kena sedia air mineral botol besar kalau mahu layan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air mineral sudah pasti..tak blh tahan manisnya..

      Delete
  3. mcm pelik jer bunyinya nama mertabak ni...

    ReplyDelete
  4. Rasanya memang betul la apam balik tu kan... tapi mertabak tu panggilan orang sana.... tapi kalau dah boleh bukak lot kedai ....memang bisnesnya bagus la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya lain bro..apam balik inti kacang tanah & jagung..Martabak Manis pulak intinya coklat, cheese..rasanya lebih manis dan berlemak..yg tak blh tahan ada website sendiri..mmg salute lah..

      Delete
  5. Penjualan martabaknya dekat tempat saya. Tapi kenapa mahal ya, saya beli sekitar Rp 30000 jika di convert ke ringgit hanya 8,71 ringgit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli sekeping 30 ringgit...mmg mahal..Mgkn guna barang2 yg berkualiti...utg mas bro blh selalu beli Martabak Manis...

      Delete
  6. kalau di tempat saya di Sulawesi cuma 10 RM atau 30.000 bang itu sudah yang spesial namanya juga lain Terang Bulan bukan martabak manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain tempat lain nama panggilannya..klu di malaysia diPanggil Apam Balik..harga baru RM3.00 aja..

      Delete
  7. kat damansara da ada cari kat google Martabak Grande....silap2 g sana bole jumpa artis pun suka makan....

    ReplyDelete

Perhatian:
1. Komen yang tidak sopan & "spam" akan dipadam.
2. Komen hanya boleh dibuat melalui versi "Mobile" sahaja.