Showing posts with label Fireflies Watching at Sg Lebam. Show all posts
Showing posts with label Fireflies Watching at Sg Lebam. Show all posts

23 Apr 2012

Restoran Bujang Terapung & Fireflies


Hari Sabtu yang lepas, Cool Daddy sudah bawa family bercuti di sekitar Pantai Peranginan Desaru. Percutian bajet di dalam negeri Johor. Cool Daddy telah menginap 2 Hari 1 Malam di Pulai Desaru Resort & SPA dengan kos RM319-00 termasuk sarapan untuk 3 orang. 


Semasa percutian kali ini, Cool Daddy telah membawa family makan malam di sebuah restoran terapung atas saranan rakan yang baru Cool Daddy kenali. Restoran itu dipanggil "Bujang Terapung". Lokasinya yang agak terpencil memang sukar untuk dijejaki bagi mereka yang baru pertama kali ke Desaru.

Untuk kunjungan kali pertama, Cool Daddy telah memesan makanan set yang terdiri daripada Ikan Siakap 3 Rasa, Tom Yam Campur, Udang Butter, Sotong Nestum, Kangkung Belacan & Sejag Air Tembikai. Harganya tidak melebihi RM100-00. Memang amat berpatutan.

(Sotong Nestum Pilihan Wife Cool Daddy) 

(Tom Yam Campur) 

(Udang Butter. Terasa Masin & Manisnya) 

(Ikan Siakap 3 Rasa. Style Masakan Lain Pun Ada Juga)

Selepas makan, Cool Daddy & family meneruskan aktiviti malam dengan menaiki bot menyusuri Sg. Lebam untuk melihat keindahan kerlipan cahaya Kunang-Kunang aka Fireflies. Perjalanan mengambil masa sekitar 30 minit pergi dan balik. 

Tapi Cool Daddy tak dapat nak tangkap gambar Kunang-Kunang dengan menggunakan kamera HP Samsung W kerana keadaan yang sungguh gelap. Gambar-gambar di bawah ini Cool Daddy ambil daripada Google.

(Jeti Tempat Menaiki Bot. Tapi Cool Daddy Naik Dari Jeti Tepi Restoran) 

(Couple Sedang Menikmati Keindahan Cahaya Kunang-Kunang) 

(Inilah Rupa Haiwan Yang Bernama Kunang-Kunang. Ada Cahaya di Bahagian Belakang Badannya. Sungguh Besar Ciptaan Yang Maha Esa)

Kepada sesiapa yang ingin pergi ke Restoran Bujang Terapung & melihat sendiri kerlipan cahaya Kunang-Kunang, di bawah ini Cool Daddy nyatakan alamat & Google Mapnya sekali.

Jangan terkejut jikalau beberapa artis ternama tempatan seperti Amy Search, Black Mentor, Afdlin Shauki, Bront Palarae dll telah datang ke tempat ini.