Agak lama juga tak update blog ini. Tiba-tiba rasa nak kongsi satu tempat makan sedap yang jual asam pedas johor sedap di area Nusajaya iaitu Restoran Qaseh Bonda yang terletak di kampung Tebing Runtuh.
Cool Daddy dah lebih 5 kali datang menjamu selera di kedai asam pedas sedap nie. Kali pertama sampai dalam tahun 2011 ditemani oleh beberapa kontraktor yang ketika itu terlibat dalam projek pembinaan Legoland Themepark. Sebenarnya mereka yang memperkenalkan kedai asam pedas sedap ini kepada Cool Daddy.
Mungkin atas faktor keenakkan "asam pedas ikan sembilang + ikan segar" dan juga beberapa menu lain seperti kupang sambal, sotong goreng tepung, jemput2 tepung cecah sambal bawang yang membuatkan kedai ini menjadi tumpuan terutamanya para kontraktor dan juga pekerja2 di sekitar Nusajaya.
Selain daripada asam pedas ikan sembilang yang sedap, korang juga boleh pesan ikan lain seperti ikan merah, pari dsb.
Cool Daddy rasa antara faktor-faktor lain yang menyebabkan tempat ini menjadi tumpuan ramai adalah :
1. Restoran terletak di atas air. (lagi best kalau masa air pasang)
2. Boleh menikmati pemandangan Selat Johor.
3. Boleh makan di atas bot.
4. Boleh menghirup udara segar.
4. Harganya yang amat berpatutan.
5. Layanan yang mesra dan cepat (bergantung pada jumlah pelanggan)
6. Lepas makan boleh pergi Legoland, Hello Kitty, Puteri Harbor dsb.
Cabaran utama untuk datang ke kedai makan Qaseh Bonda ialah untuk mencari lokasinya. Ini kerana kedai makan ini terletak jauh di dalam kawasan kampung dan ketiadaan papan tanda. Tapi korang boleh ikut petunjuk ke Kg Tebing Runtuh dan Sekolah Kebangsaan Sikijang.
(Pintu masuk ke Qaseh Bonda) |
(Asam Pedas) |
(Lepas makan boleh main buaian atas bot) |
(Menu @ Qaseh Bonda) |
(Pemandangan laut dari Qaseh Bonda) |
(Pilihan untuk makan atas bot) |
Untuk lebih info, korang boleh baca tentang Restoran Qaseh Bonda di Facebook/Johor Kaki Group. Cuba cari entri bulan November 2012. Ada banyak komen disana.
Kredit pada blog darynasweet & ctdflora untuk gambar2 di atas.
P/s: Restoran Qaseh Bonda ini ditutup pada hari Jumaat & dibuka pada hari Ahad selaras dengan perubahan cuti bagi sektor kerajaan negeri Johor.