Showing posts with label duit kwsp wajib zakat. Show all posts
Showing posts with label duit kwsp wajib zakat. Show all posts

18 Jan 2015

Wang Simpanan KWSP Di Keluarkan Perlu Di Zakat

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebut saja pasal KWSP, pasti ramai yang sudah ada simpanan dalam akaun KWSP. Lagi besar gaji dan elaun yang diterima tiap-tiap bulan, lagi banyaklah potongan KWSP. Maksudnya, makin banyaklah jumlah simpanan yang boleh dikeluarkan selepas bersara / pencen.


Buat masa kini, wang simpanan KWSP hanya boleh dikeluarkan pada 2 peringkat umur seseorang pencarum. 
  1. 50 Tahun - Pengeluaran Akaun 2 
  2. 55 Tahun - Pengeluaran Akaun 1 
Tapi bila sudah mencapai umur di atas, janganlah berasa seronok sangat. Sebabnya, wang KWSP yang dikeluarkan itu perlu di zakat. Hakikatnya, bukan semua wang itu milik kita. Ada bahagian untuk golongan yang memerlukan. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK) pada Julai 2006 telah memutuskan bahawa Mahzab Syafie menetapkan zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haulnya (setahun). Wang KWSP termasuk dalam kategori harta simpanan. Apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang di tetapkan.

Bagaimanapun jumhur (majoriti) ulama berpandangan bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal dari waktu yang sepatutnya dengan syarat harta itu sudah mencukupi nisabnya.

Berdasarkan pandangan itu, muzakarah berkenaan memutuskan bahawa JFK pada November 1982 dipinda seperti berikut "Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun".


Zakat telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai salah satu rukun daripada rukun Islam dan zakat diikuti selepas perintah solat. Hal ini kerana solat itu adalah rukun agama Islam yang tertinggi sebagaimana firman-Nya :-
Ertinya :-
"Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat."
Rasulllah SAW bersabda :-
"Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah SAW: "Islam itu didirikan di atas 5 perkara iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya serta utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji di Baitullah bagi orang yang berkemampuan dan berpuasa pada bulan Ramadan (Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim)
Allah SWT memberikan ancaman yang keras terhadap orang-orang yang lalai dalam mengeluarkan zakat, sebagaimana firman-Nya :-
Ertinya :-
"Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah maka khabarkanlah kepada mereka itu dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya."  
Sumber: Kitab Ihya' Ulumuddin - Hasil tulisan Imam Al-Ghazali