Bismillahirrahmanirrahim...
Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw yang merupakan kekasih Allah swt. Walaupun Rasulullah saw telah meninggalkan kita sebagai umatnya lebih 1,400 tahun yang lalu, insyaallah tahap kecintaan kita terhadap beliau tetap tinggi.
Ianya jelas dibuktikan dengan banyak anjuran majlis Sambutan Maulidur Rasul di setiap negeri terutamanya di negeri Johor yang disambut sehingga awal bulan Ramadhan.
Bila kita jauh dengan Rasulullah saw, kita hanya mampu berasa dekat dengan Rasulullah saw melalui bacaan doa-doa yang memohon syafa'at Rasulullah saw dengan harapan dapat memperolehi keselamatan semasa di Padang Mahsyar.
Bagi sesiapa yang sudah mengerjakan ibadah Haji atau Umrah, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menziarahi makam Rasulullah saw yang berada di Masjid Nabawi, Madinah dan melakukan solat di Raudhah yang terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah saw.
Bagi yang belum berpeluang untuk menziarahi makam Rasulullah saw, tidakkah foto-foto berikut bakal mengubati kerinduan kita yang mendalam terhadap Rasulullah saw.
|
Masjid Nabawi di Madinah |
|
Makam Rasulullah saw di dalam Masjid Nabawi Madinah |
|
Bendera Rasulullah saw |
|
Tempat Menyimpan Ubat Rasulullah saw |
|
Sandal Rasulullah saw |
|
Cop Mohor Rasulullah saw |
|
Baju Rasulullah saw |
|
Kunci Pintu Kaabah ketika zaman Rasulullah saw |
|
Tempat minum Rasulullah saw |
|
Mihrab Rasulullah saw |
|
Busar panah & pedang Rasulullah saw |
|
Pedang Rasulullah saw |
|
Helaian rambut Rasulullah saw |
|
Serban Rasulullah saw |
|
Topi besi Rasulullah saw |
|
Bekas tapak kaki Rasulullah saw |
|
Gua Thur. Tempat Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar berlindung daripada
ancaman bani quraish ketika dalam perjalan hijrah ke Madinah |
|
Gua Hira'. Tempat Rasulullah mendapat wahyu pertama
dari Allah swt melalui Malaikat Jibrail |
Banyak barang-barang peninggalan Rasululah saw kini di simpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki. Barang-barang tersebut telah berjaya diselamatkan oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang pernah memerintah Mekah dan Madinah.
Tetapi sejak kebelakangan ini, umat islam di seluruh dunia digemparkan dengan perbuatan segelintir pihak yang berani mempersendakan Rasulullah saw. Dan yang terkini, tindakan akbar satira perancis, Charlie Hebdo yang menyiarkan karikatur Rasulullah saw telah menyebabkan pejabatnya diserang sehingga menyebabkan 12 orang terbunuh. Kisah selanjutnya boleh di dapati di
SINI.
Semoga mereka ini sempat diberi hidayah oleh Allah swt dan berpeluang untuk mendekati keperibadian Rasulullah saw dan kebenaran ajaran agama islam yang di bawanya.