Showing posts with label pakej qurban murah. Show all posts
Showing posts with label pakej qurban murah. Show all posts

25 Feb 2015

Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja Bersama E-Qurban

Bismillahirrahmanirrahim...

Program Qurban & Aqiqah di Kemboja.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak pihak daripada Malaysia yang telah menganjurkan program Qurban & Aqiqah di Kemboja.
(Anak Melayu Islam Champa)
Ini termasuklah pihak EQurban Resources Sdn Bhd (ERSB) yang menganjurkan program Qurban & Aqiqah di Kemboja melalui E-Qurban.

Untuk makluman, ERSB diterajui oleh pemilik blog Denaihati, salah seorang blogger terkenal tanahair. Beliau amat terkenal dengan kerja-kerja amal bersesuaian dengan tagline blognya - "Hidupkan Untuk Memberi".

Tentunya anda tertanya-tanya kenapa ibadah Qurban & Aqiqah ini dilakukan di Kemboja dan tidak di Malaysia. 


1.  Golongan Miskin Menjadi Tumpuan.
Sebenarnya umat Islam di Kemboja lebih memerlukan berbanding umat Islam di Malaysia. Apa tidaknya, kebiasaannya selepas Hari Raya Haji / Korban, peti sejuk di rumah kita akan penuh dengan daging-daging korban sehingga tidak di masak berbulan-bulan lamanya. Betul kan?
Program Qurban & Aqiqah lebih utama dilaksanakan di tempat yang ramai umat Islam miskin. Masyarakat Melayu Champa merupakan kaum minoriti dengan jumlah penduduk 500 ribu daripada 13 juta rakyat Kemboja.
Pengislaman orang-orang Champa bermula sejak tahun 1000 Masihi lagi. Umat Islam di Kemboja masih dibelenggu kemiskinan yang melarat serta tahap pendidikan yang rendah.
2.  Harga Yang Murah.
E-Qurban menawarkan harga yang murah dipasaran dan tidak membebankan. Harga bagi satu bahagian lembu adalah RM295.00 manakala seekor kambing adalah RM550.00 untuk Qurban & Aqiqah (harga bagi tahun 2015).
Selain daripada harga yang murah, ada juga pihak penganjur yang menerima pembayaran secara ansuran bulanan. Jadi sudah tiada alasan bagi kita untuk tidak melakukan ibadah Qurban & Aqiqah atas alasan tiada duit.         
3.  Mudah.
Segala urusan ibadah Qurban & Aqiqah di Kemboja diuruskan sepenuhnya oleh pihak penganjur. Peserta boleh menyertai program E-Qurban dengan cara yang sungguh mudah melalui :-                          
  • Pendaftaran Secara Online.                              
  • Isi Borang Bercetak (boleh download daripada laman web). Borang yang telah lengkap diisi boleh dikembalikan melalui Pos, Fax, E-mail atau Whatsapp.  
  • Datang sendiri ke pejabat ERSB yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.                                                
Nota: Setiap peserta program EQurban akan diberi Sijil Perakuan selepas ibadah Qurban & Aqiqah dilaksanakan di Kemboja.


(Contoh Sijil Perakuan Qurban & Aqiqah)

Hukum Melakukan Ibadah Qurban.

Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah Sunat Muakkad dan meninggalkannya adalah Makruh.

Allah SWT berfirman:
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah" (Surah Al-Kautsar; ayat 2)
Mengikut taksiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah Solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban. 


(Gambar-Gambar Penyembelihan Lembu Korban di Kemboja)
Hikmah Melaksanakan Ibadah Qurban.

Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allat SWT. 

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:  
"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah SWT melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku, dan bulunya dan Allah SWT memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu". (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim)                                             
Maksud Hadis Rasulullah SAW: 
"Barang siapa yang dikurniai seorang anak, lalu ia menyukai untuk membaktikannya (menaqiqahinya), maka hendaklah ia melakukannya"  
Sekiranya anda masih belum lagi melakukan ibadah Qurban atau Aqiqah untuk diri sendiri, ibu bapa, ahli keluarga atau anak-anak, anda bolehlah membuat pendaftaran melalui Program EQurban SEKARANG.


Amalan yang sangat dituntut oleh Islam tidak elok ditangguh-tangguhkan. Lebih-lebih lagi jika kita sudah ada kemampuan. Ditakuti kita tidak punyai kesempatan dek kerana umur yang tidak panjang. 

Semoga ibadah Qurban atau Aqiqah kita diterima dan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT. Insyaallah.


INGAT QURBAN, INGAT E-QURBAN

p/s: Anda boleh berhubung terus dengan pihak ERSB tentang Skim Ansuran Bulanan (jika ada).