Setakat ini, Cool Daddy sudah dua kali datang makan dekat Warung Pokok Cherry untuk makan tengahari. Kedua-dua kunjungan dibuat dalam bulan Februari yg lepas.
Warung ini tidak susah untuk dicari. Ianya terletak ditengah-tengah kawasan bandaraya Johor Bahru iaitu berhadapan Pesada Johor, bersebelahan Bangunan Telekom Malaysia dan Kem Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Warung Pokok Cherry menyajikan masakan daripada pantai timur iaitu negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan). Selain daripada pelbagai jenis lauk-pauk, mereka juga menjual Nasi Kerabu, pelbagai jenis kuih-muih dan juga makanan goreng-goreng.
(Pulut Panggang. Saiz Besar & Sedap. Satu RM0.50 Shj) |
(Sambal Budu & Ikan Pekasam. Ikan Sungai Katanya) |
(Ikan Keli Goreng & Telur Dadar) |
(Pilihan Pelbagai Jenis Ulam-Ulaman Segar Dari Ladang) |
Komen daripada wife Cool Daddy :-