5 Mar 2013

WORDLESS #5: Terima Cek Dari Nuffnang



PANDUAN:
Letak iklan Nuffnang di blog & tunggu hasilnya.
Minimum Cash Out: RM50.00 sahaja


Kenali Team Bolasepak Johor Darul Takzim (JDT)


Nama Johor Darul Takzim aka JDT tiba-tiba menjadi satu fenomena luar biasa dalam arena sukan bolasepak tempatan khasnya buat rakyat Negeri Johor. 

Cool Daddy sebagai anak jati Johor juga merasa berbangga dengan perkembangan sihat ini.


Selepas zaman kegemilangan pasukan bolasepak Johor pada tahun 1991, memang agak susah Cool Daddy lihat Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos aka Stadium Larkin dipenuhi oleh peminat bolasepak.

Ternyata tindakan berani Presiden JDT iaitu Tengku Mahkota Johor dengan membeli pemain-pemain ternama ternyata tidak sia-sia. Buktinya setiap kali perlawanan yang melibatkan Team JDT, segenap ruang  Stadium Larkin pasti penuh. Malah ada yang pulang hampa kerana kehabisan tiket perlawanan. 

Untuk makluman semua, sebelum tahun 2013, Team JDT dikenali sebagai Johor FC, pasukan yang bertaraf kelab. Johor FC juga mempunyai kelab peminatnya tersendiri iaitu Kelab Penyokong Siber Johor FC

Antara Barisan Pemain JDT Musim 2013

Senarai Pemain JDT Musim 2013
Jersi Rasmi JDT 

Di harap pemain-pemain JDT dapat meluaskan kuasa mereka dengan memenangi sekurang-kurangnya satu piala di musim 2013.

Akhir kata, terimalah kata-kata daripada seorang legend pasukan bolasepak Negeri Johor suatu ketika dahulu iaitu Ervin Boban.


(Kredit Gambar: Blog Boys of Straits)



25 Feb 2013

Asam Pedas Sedap Ikan Sembilang Power @ Restoran Qaseh Bonda, Tebing Runtuh Nusajaya


Agak lama juga tak update blog ini. Tiba-tiba rasa nak kongsi satu tempat makan sedap yang jual asam pedas johor sedap di area Nusajaya iaitu Restoran Qaseh Bonda yang terletak di kampung Tebing Runtuh. 

Cool Daddy dah lebih 5 kali datang menjamu selera di kedai asam pedas sedap nie. Kali pertama sampai dalam tahun 2011 ditemani oleh beberapa kontraktor yang ketika itu terlibat dalam projek pembinaan Legoland Themepark. Sebenarnya mereka yang memperkenalkan kedai asam pedas sedap ini kepada Cool Daddy.

Mungkin atas faktor keenakkan "asam pedas ikan sembilang + ikan segar" dan juga beberapa menu lain seperti kupang sambal, sotong goreng tepung, jemput2 tepung cecah sambal bawang yang membuatkan kedai ini menjadi tumpuan terutamanya para kontraktor dan juga pekerja2 di sekitar Nusajaya. 

Selain daripada asam pedas ikan sembilang yang sedap, korang juga boleh pesan ikan lain seperti ikan merah, pari dsb.

Cool Daddy rasa antara faktor-faktor lain yang menyebabkan tempat ini menjadi tumpuan ramai adalah :

1. Restoran terletak di atas air. (lagi best kalau masa air pasang)
2. Boleh menikmati pemandangan Selat Johor.
3. Boleh makan di atas bot.
4. Boleh menghirup udara segar.
4. Harganya yang amat berpatutan.
5. Layanan yang mesra dan cepat (bergantung pada jumlah pelanggan)
6. Lepas makan boleh pergi Legoland, Hello Kitty, Puteri Harbor dsb.

Cabaran utama untuk datang ke kedai makan Qaseh Bonda ialah untuk mencari lokasinya. Ini kerana kedai makan ini terletak jauh di dalam kawasan kampung dan ketiadaan papan tanda. Tapi korang boleh ikut petunjuk ke Kg Tebing Runtuh dan Sekolah Kebangsaan Sikijang.

(Pintu masuk ke Qaseh Bonda)
(Asam Pedas)
(Lepas makan boleh main buaian atas bot)
(Menu @ Qaseh Bonda)
(Pemandangan laut dari Qaseh Bonda)
(Pilihan untuk makan atas bot)


Untuk lebih info, korang boleh baca tentang Restoran Qaseh Bonda di Facebook/Johor Kaki Group. Cuba cari entri bulan November 2012. Ada banyak komen disana.

Kredit pada blog darynasweet & ctdflora untuk gambar2 di atas.

P/s: Restoran Qaseh Bonda ini ditutup pada hari Jumaat & dibuka pada hari Ahad selaras dengan perubahan cuti bagi sektor kerajaan negeri Johor.

10 Nov 2012

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT


Ramai di antara kita yang menghadapi masalah tidak khusyuk dalam solat.

Puncanya kerana kita tidak faham akan makna bacaan dalam solat itu sendiri.

Di harap video di bawah ini dapat membantu kita memahami makna bacaan dalam solat kita.

5 Oct 2012

APA ADA DI "PANDAN CITY" JOHOR BAHRU?


Pada waktu malam beberapa hari yang lepas, Cool Daddy & keluarga telah pergi ke Pandan City untuk menikmati makan malam. Hajat dihati nak pekena Roti Nan + Ayam Tandoori Naseeb. Pemiliknya ialah warga Pakistan dan telah lama berniaga di Pandan City.   



Serba sedikit tentang Pandan City. 

Di awal pembukaanya lewat tahun 1990-an, Pandan City hanya dikenali kerana pasar borongnya yang terletak dibahagian belakang kawasan tersebut. Ketika itu banyak bangunan terbengkalai yang gagal disiapkan oleh pemaju asalnya. Ketika itu, orang pergi ke Pandan City hanya untuk membeli barang-barang keperluan dapur sahaja. Tak lebih daripada itu. 

Tetapi selepas Pandan City diambil alih oleh pemaju Mahabuilder Bhd sekitar tahun 2000, Pandan City telah banyak berubah dan kini menjadi antara tempat yang harus dikunjungi oleh warga Johor Bahru & Singapura.

Ini kerana semuanya ada di Pandan City. Termasuklah barangan keperluan dapur, pakaian orang dewasa & kanak-kanak, aksesori lelaki & wanita, DVD, barangan permainan, akesesori kenderaan, perkhidmatan mencuci kereta dan banyak lagi. 








Bagi pengunjung yang datang dari luar kawasan Johor Bahru tak perlu merasa risau kerana anda boleh menginap di Amansari Hotel Pandan City.

Waktu perniagaan di Pandan City bermula pada sebelah petang sehinggalah lewat pagi. Antara masalah yang selalu dihadapi para pengunjung ialah untuk mencari termpat meletak kenderaan terutamanya pada hari Sabtu & Ahad.  



p/s : Kredit buat blog Fadculture & JBCool untuk gambar-gambar di atas


3 Oct 2012

WORDLESS #4: TARIAN HAKA



Nota Kaki : Sepanjang minggu ini Cool Daddy sibuk menjalani latihan "Tarian Haka" untuk persembahan di malam Annual Dinner syarikat pada 06/10/2012 di Hotel Thisle.




30 Jun 2012

Legoland Malaysia @ Nusajaya Johor - Update Terkini


Hujung minggu yang lepas, Cool Daddy sudah bawa anak-anak pergi bersiar-siar di sekitar Bandar Nusajaya. Tujuannya adalah untuk melihat sendiri perkembangan terkini projek-projek yang dilaksanakan di sekitar Bandar Nusajaya terutamanya Taman Tema Legoland.

Sekarang ini, perjalanan dari Bandar Johor Bahru ke Bandar Nusajaya mengambil masa kurang daripada 20 minit menggunakan Coastal Highway. Perjalanan yang lancar tanpa perlu menempuh kesesakan trafik.

Seperti sedia maklum, Taman Tema Legoland akan dibuka secara rasminya kepada umum pada 15/09/2012 (Hari Sabtu). Klik [SINI] untuk maklumat lanjut sempena dengan tarikh pembukaan Legoland Malaysia.

Berikut adalah antara gambar-gambar terkini di tapak projek Taman Tema Legoand yang sempat Cool Daddy muat turun melalui forum Skyscrapercity.







  


p/s: Cool Daddy & anak-anak dah tak sabar-sabar untuk mengunjungi Taman Tema Legoland walaupun Pas Masuk tak beli lagi. 

20 Jun 2012

Family Trip - Lost World of Tambun Perak


Cuti sekolah yang baru lepas, Cool Daddy & family sudah pergi bercuti ke negeri Perak. Destinasinya ialah Lost World of Tambun yang terletak di Sunway City, Ipoh. Agak mudah untuk mencari lokasinya walaupun tanpa bantuan GPS.

 (Bersiap-siap untuk masuk ke Hot Spring pada hari pertama)

(Di hadapan pintu masuk ke Theme Park pada hari ke-2)

Cool Daddy ambil "Family Package" yang bernilai RM450 + RM50 untuk Extra Bed (percuma breakfast untuk seorang). Pakej untuk 2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak termasuklah ; 
  1. Penginapan di Lost World Hotel (2D1N),
  2. Breakfast di Papa Rich (ala-carte. tak boleh refill. menu nasi lemak, bubur nasi, mee hoon goreng dll),
  3. Tiket Masuk ke Hot Spring (dari pukul 6 ptg - 10 mlm. suhunya boleh mencecah 43'C), 
  4. Tiket Masuk ke Theme Park (dari pukul 10pg - 7 ptg),
  5. Petting Zoo (pilihan menaiki tram @ berjalan kaki).
Bilik yang ditawarkan memang sesuai untuk 2 Dewasa + 2 Kanak-Kanak. Taklah besar sangat ruangnya lebih-lebih lagi bila ditambah dengan Extra Bed. Tapi biliknya agak bersih dan kemas. Maklumlah hotel baru.

 (Gambar sebenar bilik yang Cool Daddy bermalam)

Secara keseluruhannya, Cool Daddy & family amat berpuas hati dengan percutian di Lost World of Tambun walaupun harganya agak sedikit mahal kerana tempatnya dikelilingi oleh hutan bukit batu kapur yang berusia berjuta-juta tahun lamanya.