18 May 2012

Nasi Lemak Senibong -Malam Indah Selalu


Ramai yang dah kata Nasi Lemak yang dijual di kedai makan "Malam Indah Selalu" antara yang tersedap di Johor Bahru. Cool Daddy pun tak tahu tang mana yang sedap sangat.

Ianya terletak di Kampung Senibong yang berada di kawasan Bandar Baru Permas Jaya. Landmark yang paling mudah ialah JUSCO Permas Jaya. Kampung Senibong memang terkenal dengan hidangan makanan laut yang segar lagi sedap.

Malam Indah Selalu terletak bersebelahan dengan Restoran Selera Senibong Seafood (RSSS) yang terletak di atas laut. Cool Daddy lebih banyak singgah makan di RSSS berbannding di Malam Indah Selalu.

(Nasi Lemak Malam Indah Selalu. Hidangan paling laris)

(Mesti cuba. Makan nasi lemak dengan Ikan Pari Bakar panas2)




(Kalau tak sedap masakan ramai yang datang. Berbilang bangsa lagi. Credit 2 Blog JTravel)

(Pastikan anda tidak datang pada Hari Rabu. Pasti pulang dengan penuh kehampaan)

Setelah 2 kali makan di sini, secara peribadi Cool Daddy berpendapat sambal nasi lemaknya tak cukup power. Yang lain-lain memang "No Komen" termasuklah Air Kelapa & Air Tebu yang menyegarkan tekak.


13 May 2012

T-SHIRT YANG COOL DARI JBCOOL.COM


Semalam selepas menunaikan solat Jumaat, Cool Daddy menerima bungkusan daripada crew blog JBCool.com. Tertera alamat pengirim nun jauh di KL. 

Apabila dibuka, bungkusan tersebut mengandungi sehelai t-shirt berwarna hitam yang memang COOL  daripada segi designnya. Cuba lihat gambar di bawah nie.



Blog  JBCool.com sebelum ini ada menganjurkan sebuah contest. Syarat untuk menjadi pemenang agak mudah dengan menjadi "Top 5 Commentator" di blog mereka dalam jangkamasa yang ditetapkan.

Selain Cool Daddy, pemenang-pemenang lain termasuklah Jomtonton.com, Farahzanil, Syu90 dan lelaki kacak Titan.

Sekali lagi, terima kasih buat JBCool.com atas pemberian t-shirt yang sememangnya COOL.

11 May 2012

Amansari Residence Resort @ Bandar Seri Alam Johor


Amansari Residence Resort is a premium hotel located in the suburb of Bandar Seri Alam, District of Johor Bahru. Situated and surrounded by middle and high-end residential housing.

The Resort is located about 3KM away to Cool Daddy's house at Jalan Rimba 55.


The resort is nearby to the Regency Specialist Medical Centre, International Japanese School, Johor Bahru Center Police Headquarters (IPD), Tesco and McDonald.

Three gold course are also nestled within a short distance from the Resort with Christine Resort (fka Octvelle Golf & Country Club) being just adjoining to the Resort.


  • 30 minutes to Johor Bahru City Centre and Custom, Immigration & Quarantine Complex (CIQ) via new Eastern Dispersal Link (EDL)
  • 30 minutes to Senai International Airport via North South Expressway.
  • 15 minutes to Pasir Gudang Port & Pasir Gudang Industrial Estate.
  • 45 minutes to Desaru via new Senai - Desaru Expressway (E22).

AMANSARI RESIDENCE RESORT
Jalan Persiaran Seri Alam, Bandar Seri Alam
81750 Masai, Johor

Tel : 07-381 7070
Fax : 07-388 0707


6 May 2012

Sepetang di Restoran Hassan Mohd Ong, Kota Tinggi


Restoran Makanan Laut Hassan Ong memang terkenal bagi penduduk sekitar Kota Tinggi. Terletak di bandar Kota Tinggi (Jalan ke Air Terjun) berhadapan dengan Bank Islam & Bangunan Sultan Iskandar. Memang tak susah nak cari lokasi dia.


Ini merupakan kunjugan ke-2 Cool Daddy. Kunjungan pertama lebih kurang 5-6 tahun lepas atas jemputan seorang sahabat - majlis berbuka puasa. Ketika itu Cool Daddy tinggal di Tmn Sri Saujana (Glomac Sutera).

Untuk kunjungan kali ini, isteri Cool Daddy sudah pesan;

(Air Longan + Kelapa Laut sebagai pembasah tekak)

(Daging Rusa Hot Plate Black Pepper. Memang sedap & menyelerakan)

(Ikan Siakap 3 Rasa Chinese Style. Rasanya tak seperti di Kedai Tomyam)

(Baby Kailan Ikan Masin. Terasa banget ikan masinya)

Udang Goreng Nestum tak sempat nak ambik gambar pasal anak-anak dah tak sabar nak makan.

Apa yang istimewa direstoran ini adalah makanannya dimasak sendiri oleh tuan punya restoran iaitu En. Hassan Ong bersama-sama dengan ahli keluarganya yang lain yang memang pakar dalam masakan Chinese Style. Beliau merupakan seorang Cina Muslim.




5 May 2012

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2012



Tahun ini, acara tahunan "Kembara Mahkota Johor" yang diilhamkan oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada tahun 2001 akan bermula pada 13-May-2012. Tujuan utama  program ini adalah untuk mendekatkan lagi hubungan antara Baginda Sultan & ahli keluarganya dengan rakyat di seluruh Negeri Johor.


Pelancarannya akan disempurnakan oleh PM DS Najib Tun Abdul Razak bagi perjalanan dari Kulaijaya ke Kota Tinggi. Seterusnya Baginda akan meneruskan perjalanan ke Mersing - Kluang - Segamat - Ledang - Muar - Batu Pahat - Pontian dan Johor Bahru sebagai destinasi terakhir pada 16-May-2012.

Yang menariknya tahun ini, Baginda akan singgah sebentar di kampung Cool Daddy @ Kg. Parit Puteri Menangis, Pontian pada 16-May-2012, pukul 9:35 pagi. Antara program; menyerahkan kunci rumah, kerusi roda dan basikal kepada golongan yang layak. 

(Gambar pintu gerbang ke kampung Cool Daddy. Kredit gambar utk Blog My Online Diary)

Baginda juga akan turut sama memasak makan tradisional seperti Burasak, Tempe dan Nasi Ambang. Best tu dapat makan Nasi Ambang sedulang dengan Baginda.

Program penuh Kembara Mahkota Johor 2012 boleh di dapati di SINI.

2 May 2012

WORDLESS #3: AKTIVITI CUTI HARI PEKERJA



LOKASI : 
MUTIARA BAY, TANJUNG BALAU, DESARU

BAYARAN :
RM3-00 UNTUK PARKING KERETA 
RM7-00 UNTUK TAPAK PERKHEMAHAN
RM10-00 UNTUK SEWA PONDOK
RM1-00 SEORANG UNTUK MEMBILAS BADAN/TANDAS


SIPADAN ISLAND, SABAH


Sipadan Island is famous among divers from around the globe. Those that have been there will immediately start sharing stories of hammerhead sharks, barracuda and parrotfish schools, turtles, undersea caves and a reef wall reaching down to 600 metres.










Above water, Sipadan Island is a covered in lush jungle and home to tropical birds. There are also fruit bats and monitor lizards and at nightfall a turtle may come to lay her eggs on the beach while coconut crabs scurry into the water at the slightest sound.

Divers are still easily able to enjoy the magic of underwater Sipadan. It is within a minutes of the island of Mabul and Kapalai half an hour from Semporna on Malaysian Borneo and just over an hour from the islands of Mataking and Pompong. Resorts and dive operators in these locations bring divers to Sipadan's dive sites by boat on daily basis.










GETTING THERE:

Sipadan Island is located in the Celebes Sea, off the coast of Borneo. Sipadan can be reached in little half an hour by boat from the closest town of the mainland, Semporna, or in less time from the neighbouring islands of Mabul and Kapalai.

AirAsia has several flights daily to Tawau from Kota Kinabalu and Kuala Lumpur.

Malaysia Airlines has daily flights from Kuala Lumpur and Sandakan and several flights daily from Kota Kinabalu. From any international destinations, book your return flights to Kuala Lumpur International Airport  (KLIA), from where you can get the above-mentioned connecting flights to Tawau.

Photos: Credit 2 Google
Article: Credit 2 MyOutDoor.Com

28 Apr 2012

BERSIH 3.0

Esok sudah hari Sabtu. Masa untuk bercuti bersama keluarga.
Esok juga merupakan tarikh Perhimpunan BERSIH 3.0 yang dijangka diadakan berhampiran Dataran Merdeka.

Sedikit petikan daripada MalaysiaKini tentang BERSIH 3.0;




Kepada sesiapa yang ingin menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 esok, Cool Daddy nasihatkan agar jangan terlalu emosional. Jaga tingkah laku dan keselamatan diri agar tidak tercerdera atau mencederakan orang lain. Hargai hak kebebasan bersuara. Hargai juga keamanan yang dibina selama ini.