25 Feb 2013

Asam Pedas Sedap Ikan Sembilang Power @ Restoran Qaseh Bonda, Tebing Runtuh Nusajaya

Agak lama juga tak update blog ini. Tiba-tiba rasa nak kongsi satu tempat makan sedap yang jual asam pedas johor sedap di area Nusajaya iaitu Restoran Qaseh Bonda yang terletak di kampung Tebing Runtuh.  Cool Daddy dah lebih 5 kali datang menjamu selera di kedai asam pedas sedap nie. Kali pertama sampai dalam tahun 2011 ditemani oleh beberapa kontraktor yang ketika itu terlibat dalam projek pembinaan Legoland Themepark. Sebenarnya mereka...

10 Nov 2012

MAKNA BACAAN DALAM SOLAT

Ramai di antara kita yang menghadapi masalah tidak khusyuk dalam solat. Puncanya kerana kita tidak faham akan makna bacaan dalam solat itu sendiri. Di harap video di bawah ini dapat membantu kita memahami makna bacaan dalam solat kita....

5 Oct 2012

APA ADA DI "PANDAN CITY" JOHOR BAHRU?

Pada waktu malam beberapa hari yang lepas, Cool Daddy & keluarga telah pergi ke Pandan City untuk menikmati makan malam. Hajat dihati nak pekena Roti Nan + Ayam Tandoori Naseeb. Pemiliknya ialah warga Pakistan dan telah lama berniaga di Pandan City.    Serba sedikit tentang Pandan City.  Di awal pembukaanya lewat tahun 1990-an, Pandan City hanya dikenali kerana pasar borongnya yang terletak dibahagian belakang...

3 Oct 2012

WORDLESS #4: TARIAN HAKA

Nota Kaki : Sepanjang minggu ini Cool Daddy sibuk menjalani latihan "Tarian Haka" untuk persembahan di malam Annual Dinner syarikat pada 06/10/2012 di Hotel Thisle. ...

30 Jun 2012

Legoland Malaysia @ Nusajaya Johor - Update Terkini

Hujung minggu yang lepas, Cool Daddy sudah bawa anak-anak pergi bersiar-siar di sekitar Bandar Nusajaya. Tujuannya adalah untuk melihat sendiri perkembangan terkini projek-projek yang dilaksanakan di sekitar Bandar Nusajaya terutamanya Taman Tema Legoland. Sekarang ini, perjalanan dari Bandar Johor Bahru ke Bandar Nusajaya mengambil masa kurang daripada 20 minit menggunakan Coastal Highway. Perjalanan yang lancar tanpa perlu menempuh kesesakan...

20 Jun 2012

Family Trip - Lost World of Tambun Perak

Cuti sekolah yang baru lepas, Cool Daddy & family sudah pergi bercuti ke negeri Perak. Destinasinya ialah Lost World of Tambun yang terletak di Sunway City, Ipoh. Agak mudah untuk mencari lokasinya walaupun tanpa bantuan GPS.  (Bersiap-siap untuk masuk ke Hot Spring pada hari pertama) (Di hadapan pintu masuk ke Theme Park pada hari ke-2) Cool Daddy ambil "Family Package" yang bernilai RM450 + RM50 untuk Extra Bed (percuma...

18 May 2012

Nasi Lemak Senibong -Malam Indah Selalu

Ramai yang dah kata Nasi Lemak yang dijual di kedai makan "Malam Indah Selalu" antara yang tersedap di Johor Bahru. Cool Daddy pun tak tahu tang mana yang sedap sangat. Ianya terletak di Kampung Senibong yang berada di kawasan Bandar Baru Permas Jaya. Landmark yang paling mudah ialah JUSCO Permas Jaya. Kampung Senibong memang terkenal dengan hidangan makanan laut yang segar lagi sedap. Malam Indah Selalu terletak bersebelahan dengan Restoran...

13 May 2012

T-SHIRT YANG COOL DARI JBCOOL.COM

Semalam selepas menunaikan solat Jumaat, Cool Daddy menerima bungkusan daripada crew blog JBCool.com. Tertera alamat pengirim nun jauh di KL.  Apabila dibuka, bungkusan tersebut mengandungi sehelai t-shirt berwarna hitam yang memang COOL  daripada segi designnya. Cuba lihat gambar di bawah nie. Blog  JBCool.com sebelum ini ada menganjurkan sebuah contest. Syarat untuk menjadi pemenang agak mudah dengan menjadi "Top 5 Commentator"...