26 Feb 2015

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2015

Bismillahirrahmanirrahim...

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2015.

Tahun ini merupakan kali yang ke-20 penganjuran Festival Layang-Layang Antarabangsa yang diadakan di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor. Festival ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor dan Kementerian Perlancongan Malaysia.

Dianggarkan lebih kurang 250 pelayang dari lebih 50 buah negara menyertai Festival Layang-Layang Antarabangsa ke-20 termasuklah peserta baharu dari negara seperti Poland, Romania, Liechtenstein, Scotland, Myanmar, Morocco dan Mongolia. 

Festival Layang-Layang tahun ini bertemakan ‘Mencorak Keharmonian’ berlangsung selama 5 hari bermula 25 Februari hingga 1 March 2015. 


Festival dijangka dirasmikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pada Jumaat ini dan ia dijangka menjadi tarikan utama sempena Malaysia Year of Festivals 2015 (MyFest 2015).


Para pengunjung yang hadir sudah pasti dapat menyaksikan pelbagai bentuk dan saiz layang-layang yang bakal dipersembahkan oleh para pelayang tempatan dan antarabangsa.




So far, aku dan keluarga baru 2 kali datang menyaksikan Festival Layang-Layang Antarabangsa ini walaupun rumah aku terletak tidak jauh dari lokasi festival. Sebab utama aku malas nak pergi kerana susah hendak cari tempat letak kereta dan terpaksa berjalan kaki beberapa kilometer jauhnya.
Sekiranya ada rakan-rakan yang datang luar dari negeri Johor bolehlah membuat tempahan penginapan di Amansari Residence Resort di Bandar Seri Alam yang terletak hanya 5 KM daripada lokasi festival.

25 Feb 2015

Program Qurban dan Aqiqah di Kemboja Bersama E-Qurban

Bismillahirrahmanirrahim...

Program Qurban & Aqiqah di Kemboja.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak pihak daripada Malaysia yang telah menganjurkan program Qurban & Aqiqah di Kemboja.
(Anak Melayu Islam Champa)
Ini termasuklah pihak EQurban Resources Sdn Bhd (ERSB) yang menganjurkan program Qurban & Aqiqah di Kemboja melalui E-Qurban.

Untuk makluman, ERSB diterajui oleh pemilik blog Denaihati, salah seorang blogger terkenal tanahair. Beliau amat terkenal dengan kerja-kerja amal bersesuaian dengan tagline blognya - "Hidupkan Untuk Memberi".

Tentunya anda tertanya-tanya kenapa ibadah Qurban & Aqiqah ini dilakukan di Kemboja dan tidak di Malaysia. 


1.  Golongan Miskin Menjadi Tumpuan.
Sebenarnya umat Islam di Kemboja lebih memerlukan berbanding umat Islam di Malaysia. Apa tidaknya, kebiasaannya selepas Hari Raya Haji / Korban, peti sejuk di rumah kita akan penuh dengan daging-daging korban sehingga tidak di masak berbulan-bulan lamanya. Betul kan?
Program Qurban & Aqiqah lebih utama dilaksanakan di tempat yang ramai umat Islam miskin. Masyarakat Melayu Champa merupakan kaum minoriti dengan jumlah penduduk 500 ribu daripada 13 juta rakyat Kemboja.
Pengislaman orang-orang Champa bermula sejak tahun 1000 Masihi lagi. Umat Islam di Kemboja masih dibelenggu kemiskinan yang melarat serta tahap pendidikan yang rendah.
2.  Harga Yang Murah.
E-Qurban menawarkan harga yang murah dipasaran dan tidak membebankan. Harga bagi satu bahagian lembu adalah RM295.00 manakala seekor kambing adalah RM550.00 untuk Qurban & Aqiqah (harga bagi tahun 2015).
Selain daripada harga yang murah, ada juga pihak penganjur yang menerima pembayaran secara ansuran bulanan. Jadi sudah tiada alasan bagi kita untuk tidak melakukan ibadah Qurban & Aqiqah atas alasan tiada duit.         
3.  Mudah.
Segala urusan ibadah Qurban & Aqiqah di Kemboja diuruskan sepenuhnya oleh pihak penganjur. Peserta boleh menyertai program E-Qurban dengan cara yang sungguh mudah melalui :-                          
  • Pendaftaran Secara Online.                              
  • Isi Borang Bercetak (boleh download daripada laman web). Borang yang telah lengkap diisi boleh dikembalikan melalui Pos, Fax, E-mail atau Whatsapp.  
  • Datang sendiri ke pejabat ERSB yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.                                                
Nota: Setiap peserta program EQurban akan diberi Sijil Perakuan selepas ibadah Qurban & Aqiqah dilaksanakan di Kemboja.


(Contoh Sijil Perakuan Qurban & Aqiqah)

Hukum Melakukan Ibadah Qurban.

Hukum menyembelih haiwan korban pada Hari Raya Eidul Adha atau Hari Raya Korban ke atas umat Islam yang mampu ialah Sunat Muakkad dan meninggalkannya adalah Makruh.

Allah SWT berfirman:
"Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah" (Surah Al-Kautsar; ayat 2)
Mengikut taksiran ulama maksud solat atau sembahyang pada ayat ini ialah Solat Eidul Adha dan yang dimaksudkan dengan menyembelih ialah berkorban. 


(Gambar-Gambar Penyembelihan Lembu Korban di Kemboja)
Hikmah Melaksanakan Ibadah Qurban.

Banyak sekali hadis yang menerangkan akan kelebihan ibadah yang mendapat ganjaran yang amat besar daripada Allat SWT. 

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:  
"Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah SWT melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku, dan bulunya dan Allah SWT memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu". (Hadis Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim)                                             
Maksud Hadis Rasulullah SAW: 
"Barang siapa yang dikurniai seorang anak, lalu ia menyukai untuk membaktikannya (menaqiqahinya), maka hendaklah ia melakukannya"  
Sekiranya anda masih belum lagi melakukan ibadah Qurban atau Aqiqah untuk diri sendiri, ibu bapa, ahli keluarga atau anak-anak, anda bolehlah membuat pendaftaran melalui Program EQurban SEKARANG.


Amalan yang sangat dituntut oleh Islam tidak elok ditangguh-tangguhkan. Lebih-lebih lagi jika kita sudah ada kemampuan. Ditakuti kita tidak punyai kesempatan dek kerana umur yang tidak panjang. 

Semoga ibadah Qurban atau Aqiqah kita diterima dan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT. Insyaallah.


INGAT QURBAN, INGAT E-QURBAN

p/s: Anda boleh berhubung terus dengan pihak ERSB tentang Skim Ansuran Bulanan (jika ada).

24 Feb 2015

Pengalaman Menunaikan Umrah Bersama Andalusia Travel & Tours (Bahagian 1)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulilah, pada akhir bulan April 2014, insan kerdil ini telah diberi peluang oleh Allah SWT untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan menunaikan ibadah Umrah buat pertama kalinya.

Dan selepas lebih 9 bulan berlalu, barulah sekarang ada kesempatan untuk berkongsi pengalaman semasa berada di dua kota suci iaitu Mekah dan Madinah. 


Sebenarnya, aku telah layak mendapat 1 tiket melancong ke Paris. Segala kos termasuk tiket penerbangan, penginapan, makan & minum ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Tiket melancong merupakan salah satu insentif yang dijanjikan oleh pihak syarikat sekiranya staff mencapai target yang telah ditetapkan sepanjang tahun 2013. 

Tetapi selepas berbincang dengan isteri, aku telah pun menukar tiket melancong ke Paris dengan pakej menunaikan Umrah selama 14 hari 12 malam. Syukur, no regret at all.

Sebelum berangkat ke tanah suci, ada beberapa persediaan awal yang perlu kita buat. Dan pastikan jangan buat kerja last minute untuk mengelakan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. 

Secara ringkas, berikut adalah persediaan awal mengikut pengalaman aku sendiri untuk perkongsian bersama. Semoga bermanfaat. 

Persediaan Pertama - Membuat Pendaftaran Umrah.
  • Aku telah memilih syarikat Andalusia Travel & Tours cawangan Bandar Baru Uda, JB atas saranan rakan-rakan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka sebelum ini.
  • Aku ambil pakej ekonomi sahaja. Bilik untuk ber-4/ber-5/ber-6. Jemaah solo tidak boleh memilih bilik ber-2 atau ber-3.   
  • Pastikan anda memilih syarikat pengendali yang boleh dipercayai. Jangan mudah terpengaruh dengan promosi harga yang murah giler. Takut nanti anda tidak boleh pulang ke tanah air dan terkandas di Airport Jedah atau Madinah. Berhati-hati semasa buat pilihan ya.
 Persediaan Kedua - Menghadiri Kursus Umrah
  • Pihak Analusia ada menyediakan kursus umrah buat para jemaah yang mendaftar dengan mereka. Kursus dikendalikan oleh para ustaz dan juga mutawif.
  • Tidak kira sepandai mana kita, kursus umrah ini mestilah kita hadiri. Sebabnya kita tidak boleh 100% bergantung kepada mutawif sepanjang berada di Mekah dan Madinah. Dan juga untuk mengelakkan daripada melanggar pantang larang ketika dalam Ihram. Nak buat ibadat perlu ada ilmu secukupnya.
 Persediaan Ketiga - Dapatkan Suntikan Mencevax ACMY
  • Suntikan Mencevax ACMY (rujuk sini) wajib diambil sebelum berlepas ke tanah suci. Ianya boleh diambil dimana-mana klinik swasta dengan bayaran sekitar RM140. Suntikan boleh bertahan selama 2 tahun.
  • Aku ambil suntikan di Klinik Haji Miradj di Masai, Johor. Dekat dengan rumah dan doktornya pun peramah dan baik hati.
 Persediaan Keempat - Barang Keperluan Asas
  • Cukup sekadar membawa sepasang kain ihram dan beberapa pasang pakaian. Kalau tidak cukup boleh beli semasa di Madinah atau Mekah. Jubahnya cantik-cantik dan harga pun jauh lebih murah. Pasti anda rambang mata. Percayalah! Saya dah alaminya.
  • Bawa pelembap bibir & losyen kaki. Cuaca yang panas dan dingin akan menyebabkan bibir kita kering dan tumit kaki merekah. 
Set Kelengkapan Keluaran El-Hajj - Suci & Halal
  • Gunting kecil untuk bertahlul.
  • Buku atau nota rujukan mengerjakan umrah. 
Pesediaan yang terakhir ini amatlah penting dan tidak boleh dipandang enteng (ringan); Lakukan seberapa banyak solat-solat sunat seperti solat sunat Taubat, Hajat, Tahajjud dan juga qada' solat fardu. Solat minta dipermudahkan segala urusan sepanjang berada di tanah suci Mekah dan Madinah, mohon keampunan dari  segala dosa-dosa yang lalu dan yang akan datang. 

Pastikan juga anda mempunyai passport antarabangsa yang berwarna merah yang belum tamat tempohnya untuk permohonan visa daripada pihak kerajaan Arab Saudi. Tidak ada visa bermakna anda tidak boleh pergi mengerjakan Umrah.



Itulah sedikit sebanyak info bab persediaan yang dapat dikongsikan. Insyaallah, panjang umur akan bersambung di bahagian ke-2 pulak.

11 Feb 2015

Rahsia Mudah Menang Sebut Harga Dan Kontrak Kerajaan

Bismillahhirahmannirahim...

Rahsia Mudah Menang Sebut Harga Dan Kontrak Kerajaan.


Saban tahun Kerajaan Malaysia telah memperuntukan berbilion ringgit untuk melaksanakan projek-projek pembangunan dan infrastruktur demi kemudahan rakyat jelata. Sudah pasti banyak "kuota" yang diperuntukan untuk kontraktor "Bumiputera".

Dan oleh sebab itulah, maka tidak hairan bilangan kontraktor di Malaysia daripada "Kelas F" hingga ke "Kelas A" semakin meningkat saban tahun untuk mencuba nasib mendapatkan kontrak kerajaan, lubuk untuk membuat keuntungan dan kekayaan.


Apa Kelebihan Kontrak Kerajaan?

  1. Menjana keuntungan yang lumayan.
  2. Menjana pendapatan yang berterusan.
  3. Pembayaran yang terjamin (guaranteed payment).
  4. Meningkatkan kredibiliti syarikat anda di mata pihak kerajaan dan swasta.

Sebagai seorang Banker yang semi-otai, saya sering berurusan dengan beberapa kontraktor di Johor Bahru untuk memproses permohonan pembiayaan kontrak sama ada kontrak pembinaan, pembekalan atau penyelenggaran. Biasanya saya lebih suka proses projek bernilai jutaan ringgit sahaja pasal senang nak cukupkan target.

Dalam ramai-ramai kontraktor yang pernah saya pernah temui, majoriti mengeluh susah untuk mendapatkan kontrak kerajaan. Segala tenaga, usaha dan kos membeli dokumen tender hangus begitu sahaja. Tapi hasilnya kosong, kosong, kosong.

Kenapa Agaknya Susah Dapat Kontrak Kerajaan?

Kebiasannya, tender-tender yang dikeluarkan oleh pelbagai agensi kerajaan majoritinya lebih berpihak kepada kontraktor dan pembekal yang sama. Ini kerana mereka sudah ada track record dan networking dengan "orang dalam". Jadi, peluang untuk kontraktor baru menang tender memang agak susah.

Secara tradisinya, untuk memenangi sesuatu kontrak kerajaan sama ada melalui sistem Tender Terbuka (Open Tender) atau Rundingan Terus (Direct Nego) memerlukan eleman-eleman di bawah ini.

  • Orang Dalam (kalau ada kabel Menteri lagi bagus).
  • Duit Minyak/Duit Kopi/Duit Bawah Meja.
  • Entertainment - belanja main golf, melancong dsb.

Tetapi harus diingat, amalan sebegini amat merbahaya dan salah disisi undang-undang dan juga agama islam. Malahan, jika kantoi dengan SPRM, panjang ceritanya.

Panduan Khas Menang Sebut Harga & Kontrak Kerajaan.



Anda tidak perlu risau sekiranya anda tiada 3 elemen yang saya nyatakan di atas. Anda hanya perlu memiliki Buku Kuasai Kontrak Kerajaan dan seterusnya mempelajari teknik-teknik yang betul untuk memenangi sebut harga dan kontrak kerajaan. 

Siapa Penulis "Buku Kuasai Kontrak Kerajaan"?

Penulisnya bernama Khairul Nizam Bakar. Sudah berada didalam industri ini lebih dari 11 tahun. Pengalaman luas beliau tidak boleh dipandang sepi sahaja. Beliau telah menjadi RUJUKAN ramai orang yang berminat untuk mendapatkan Tender dan Kontrak Kerajaan.


Siapa Yang Perlu Memiliki "Buku Kuasai Kontrak Kerajaan"?

  1. Mereka yang ingin membuka perniagaan sendiri.
  2. Mereka yang sedang berniaga dan ingin menyertai kontrak kerajaan.
  3. Mereka yang sering GAGAL dalam sebut harga dan tender kerajaan.
  4. Mereka yang ingin belajar menggunakan e-Perolehan, e-Bidding dan e-Katalog.
  5. Usahawan yang ingin menambah pengetahuan dan menjana keuntungan melalui kontrak kerajaan.

Jadi, sekiranya anda tergolong dalam kategori di atas, belilah Buku Kuasai Kontrak Kerajaan SEKARANG kerana di luar sana terlalu banyak peluang kontrak kerajaan yang masih belum di tender.


10 Feb 2015

Piala Liga Juara-Juara AFC 2015: Keputusan Johor Darul Takzim (JDT) vs Bangkok Glass FC

Bismilahhirahmannirahim...

Keputusan Piala Kelayakan AFC 2015: Johor Darul Takzim (JDT) vs Bangkok Glass FC


Perlawanan menentang kelab dari Thailand, Bangkok Glass FC yang diadakan di Stadium Leo, Pathum Thani sebentar tadi merupakan perlawanan ke-2 JDT selepas menentang pasukan dari India, Bengaluru FC.

Berikut adalah keputusan perlawanan ke-2 dalam saingan kelayakan (Play-Off) Liga Juara-Juara AFC 2015 (AFC Champion League).

(Sumber Gambar)
Pada perlawanan menentang Bangkok Glass FC, ketua jurulatih JDT Bojan Hodak tidak menurunkan barisan pemain terkuat mereka dengan ketiadaan beberapa tonggak utama.

Dengan kekalahan kepada Bangkok FC, impian JDT untuk beraksi di liga elit benua berakhir setakat ini sahaja. Selepas ini JDT bolehlah menumpukan fokus kepada liga tempatan.

Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim & Saiful Bukhari

Bismilahhirahmannirahim...

Keputusan kes liwat Anwar Ibrahim & Saiful Bukhari.


Penantian selama 7 tahun oleh pengadu kes iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung dengan dakwaan diliwat oleh bekas ketuanya, Anwar Ibrahim akan diketahui pada hari ini (selasa 10/2/2015).  




Ini merupakan kes liwat Anwar Ibrahim yang ke-2 selepas beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar pada tahun 1998 selepas beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh Tun Mahathir.

Mulanya Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan tersebut dan dihukum penjara selama 9 tahun tetapi dibebaskan pada September 2004 selepas hampir 6 tahun dipenjarakan.

Kes liwat Anwar Ibrahim yang ke-2 bermula apabila bekas kakitangan beliau, Saiful Bukhari membuat laporan polis yang mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar Ibrahim selaku penasihat Parti Keadilan Rakyat.

Berikut adalah kronologi kes liwat Anwar Ibrahim.

(Sumber Gambar)

Jika Anwar Ibrahim kalah dalam rayuannya pada hari ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini boleh hilang kelayakkan sebagai ahli parlimen sebagaimana Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang anggota parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.00

Andai kata Anwar Ibrahim terpaksa meringkuk di penjara, secara tidak langsung akan mengubah iklim politik di tanah air lebih-lebih lagi mengenai hala tuju PAS, DAP dan PKR sendiri.

Jika benar keputusan Mahkamah Persekutuan tidak menyebelahi Anwar Ibrahim, di harap para penyokong setia beliau dapat menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Tidak perlulah turun ke jalan raya untuk berdemontrasi dan menimbulkan kekecohan di kala keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Update Terkini:


Sumber: mynewshub & wikipedia

8 Feb 2015

Asma Rojak Larkin

Bismillahhirahmannirahim...


Warga Johor Bahru dan juga seberang tambak (singapura) pasti pernah menikmati keenakan Asma Rojak Larkin yang terletak di food court Plaza MARA Larkin.


Tidak keterlaluan kalau aku katakan Asma Rojak Larkin antara rojak asma yang tersedap di JB sebab keistimewaan rasa kuahnya dan pelbagai pilihan rojaknya. Yang paling best korang boleh mencuba otak-otak goreng. Aku suspek tuan punya kedai menggunakan otak-otak kempas yang famous. 

Aku & family dah banyak kali singgah makan di food court Plaza MARA Larkin yang terletak di belakang Terminal Bas Larkin. Lokasinya amat mudah untuk dicari. Lot parkir kereta pun banyak disediakan.


Selain daripada rojak asma, korang juga boleh mencuba makanan Johor yang lain seperti Mee Rebus Stulang, Murtabak, Kacang Pool Haji dan ABC Dj Catering.

Kalau korang terasa nak makan Putu Piring Larkin yang gebu dan sedap, kenalah drive lebih kurang 1km daripada Plaza MARA Larkin.


4 Feb 2015

Piala Liga Juara-Juara AFC 2015; Johor Darul Takzim (JDT) Lawan Bengaluru FC

Bismilahhirahmannirahim...

Selepas pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berjaya memenangi Piala Sumbangsih dengan menewaskan pasukan Pahang pada 7/2/2015 yang lepas, malam ini JDT akan bertemu dengan pasukan daripada India, Bengaluru FC dalam pusingan kelayakan Piala Liga Juara-Juara AFC 2015.



Perlawanan akan diadakan di Stadium Tan Hassan Yunos aka Stadium Larkin pada malam ini pukul 8.45 malam. Saksikan siaran langsung di TV9.

JDT akan menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang layak ke Liga Juara-Juara AFC sekiranya berjaya menewaskan Bengaluru FC (India), Bangkok Glass FC (Thailand) dan Beijing Guoan (China).



Ketua Jurulatih JDT, Bojan Hodak mengatakan bahawa pasukan JDT berada di landasan yang betul setelah memenangi Piala Sumbangsih dengan menewaskan pasukan Pahang 2 - 0. 

Dari segi taktikal, pemain JDT telah mendapat pendedahan yang luas dengan membuat perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab daripada luar negara.

Sama-samalah kita saksikan aksi perlawanan di antara JDT dan Bengaluru FC malam ini di TV9.

Update:
Keputusan Penuh Perlawanan (Extra Time)
JDT:  2 (Harris Harun 47' & S. Chanthuru 96') 
Bengaluru FC: 1 (Lyngdoh 89')

Tahniah buat pasukan JDT. Anda memang hebat!!!