10 Feb 2015

Piala Liga Juara-Juara AFC 2015: Keputusan Johor Darul Takzim (JDT) vs Bangkok Glass FC

Bismilahhirahmannirahim...

Keputusan Piala Kelayakan AFC 2015: Johor Darul Takzim (JDT) vs Bangkok Glass FC


Perlawanan menentang kelab dari Thailand, Bangkok Glass FC yang diadakan di Stadium Leo, Pathum Thani sebentar tadi merupakan perlawanan ke-2 JDT selepas menentang pasukan dari India, Bengaluru FC.

Berikut adalah keputusan perlawanan ke-2 dalam saingan kelayakan (Play-Off) Liga Juara-Juara AFC 2015 (AFC Champion League).

(Sumber Gambar)
Pada perlawanan menentang Bangkok Glass FC, ketua jurulatih JDT Bojan Hodak tidak menurunkan barisan pemain terkuat mereka dengan ketiadaan beberapa tonggak utama.

Dengan kekalahan kepada Bangkok FC, impian JDT untuk beraksi di liga elit benua berakhir setakat ini sahaja. Selepas ini JDT bolehlah menumpukan fokus kepada liga tempatan.

Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim & Saiful Bukhari

Bismilahhirahmannirahim...

Keputusan kes liwat Anwar Ibrahim & Saiful Bukhari.


Penantian selama 7 tahun oleh pengadu kes iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung dengan dakwaan diliwat oleh bekas ketuanya, Anwar Ibrahim akan diketahui pada hari ini (selasa 10/2/2015).  




Ini merupakan kes liwat Anwar Ibrahim yang ke-2 selepas beliau dituduh meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar pada tahun 1998 selepas beliau dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan oleh Tun Mahathir.

Mulanya Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap pertuduhan tersebut dan dihukum penjara selama 9 tahun tetapi dibebaskan pada September 2004 selepas hampir 6 tahun dipenjarakan.

Kes liwat Anwar Ibrahim yang ke-2 bermula apabila bekas kakitangan beliau, Saiful Bukhari membuat laporan polis yang mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar Ibrahim selaku penasihat Parti Keadilan Rakyat.

Berikut adalah kronologi kes liwat Anwar Ibrahim.

(Sumber Gambar)

Jika Anwar Ibrahim kalah dalam rayuannya pada hari ini, Ahli Parlimen Permatang Pauh ini boleh hilang kelayakkan sebagai ahli parlimen sebagaimana Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang anggota parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.00

Andai kata Anwar Ibrahim terpaksa meringkuk di penjara, secara tidak langsung akan mengubah iklim politik di tanah air lebih-lebih lagi mengenai hala tuju PAS, DAP dan PKR sendiri.

Jika benar keputusan Mahkamah Persekutuan tidak menyebelahi Anwar Ibrahim, di harap para penyokong setia beliau dapat menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Tidak perlulah turun ke jalan raya untuk berdemontrasi dan menimbulkan kekecohan di kala keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu.

Update Terkini:


Sumber: mynewshub & wikipedia

8 Feb 2015

Asma Rojak Larkin

Bismillahhirahmannirahim...


Warga Johor Bahru dan juga seberang tambak (singapura) pasti pernah menikmati keenakan Asma Rojak Larkin yang terletak di food court Plaza MARA Larkin.


Tidak keterlaluan kalau aku katakan Asma Rojak Larkin antara rojak asma yang tersedap di JB sebab keistimewaan rasa kuahnya dan pelbagai pilihan rojaknya. Yang paling best korang boleh mencuba otak-otak goreng. Aku suspek tuan punya kedai menggunakan otak-otak kempas yang famous. 

Aku & family dah banyak kali singgah makan di food court Plaza MARA Larkin yang terletak di belakang Terminal Bas Larkin. Lokasinya amat mudah untuk dicari. Lot parkir kereta pun banyak disediakan.


Selain daripada rojak asma, korang juga boleh mencuba makanan Johor yang lain seperti Mee Rebus Stulang, Murtabak, Kacang Pool Haji dan ABC Dj Catering.

Kalau korang terasa nak makan Putu Piring Larkin yang gebu dan sedap, kenalah drive lebih kurang 1km daripada Plaza MARA Larkin.


4 Feb 2015

Piala Liga Juara-Juara AFC 2015; Johor Darul Takzim (JDT) Lawan Bengaluru FC

Bismilahhirahmannirahim...

Selepas pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berjaya memenangi Piala Sumbangsih dengan menewaskan pasukan Pahang pada 7/2/2015 yang lepas, malam ini JDT akan bertemu dengan pasukan daripada India, Bengaluru FC dalam pusingan kelayakan Piala Liga Juara-Juara AFC 2015.



Perlawanan akan diadakan di Stadium Tan Hassan Yunos aka Stadium Larkin pada malam ini pukul 8.45 malam. Saksikan siaran langsung di TV9.

JDT akan menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang layak ke Liga Juara-Juara AFC sekiranya berjaya menewaskan Bengaluru FC (India), Bangkok Glass FC (Thailand) dan Beijing Guoan (China).



Ketua Jurulatih JDT, Bojan Hodak mengatakan bahawa pasukan JDT berada di landasan yang betul setelah memenangi Piala Sumbangsih dengan menewaskan pasukan Pahang 2 - 0. 

Dari segi taktikal, pemain JDT telah mendapat pendedahan yang luas dengan membuat perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab daripada luar negara.

Sama-samalah kita saksikan aksi perlawanan di antara JDT dan Bengaluru FC malam ini di TV9.

Update:
Keputusan Penuh Perlawanan (Extra Time)
JDT:  2 (Harris Harun 47' & S. Chanthuru 96') 
Bengaluru FC: 1 (Lyngdoh 89')

Tahniah buat pasukan JDT. Anda memang hebat!!!


31 Jan 2015

Piala Sumbangsih 2015; Perlawanan di Antara Johor Darul Takzim (JDT) & Pahang

Bismillahirrahmanirrahim...


Ini merupakan perlawanan pembukaan bola sepak Malaysia musim 2015. Perlawanan Piala Sumbangsih 2015 membabitkan dua pasukan ternama iaitu Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang (Tok Gajah). 



Untuk rekod, JDT merupakan Juara Liga Super 2014 manakala Pahang memenangi Piala Malaysia dan Piala FA musim 2014. Kali terakhir mereka bertemu pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1/11/2014. 

Perlawanan Piala Sumbangsih 2015 akan diadakan pada malam ini (Sabtu 31/1/2015) di Stadium Tan Sri Hassan Yunis aka Stadium Larkin.  Kedua-dua pasukan dijangka menyajikan persembahan yang mantap dan menarik.

Di khabarkan ada penyokong pasukan JDT yang telah berkhemah di kawasan luar Stadium Larkin sejak malam semalam (Jumaat) untuk mendapatkan tiket perlawanan.

Bagi pemegang kad bermusim JDT (season card) pula, mereka boleh datang ke stadium lewat kerana tempat duduk mereka sudah terjamin siap dengan nombor kerusi sekali. 

(Lorong Yang Pernah Menimbulkan Kontroversi Sebelum Ini. Sumber Gambar)
Tidak dapat dinafikan, ramai penyokong JDT yang teruja untuk menyaksikan perlawanan malam ini. Mereka juga teruja untuk melihat sendiri keadaan dalaman Stadium Larkin yang telah menjalani proses transformasi besar-besaran yang menelan belanja jutaan ringgit.

Apapun, aku pun tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan ini. Di harap tiada insiden yang tidak baik berlaku di antara para pemain dan juga para penyokong kedua-dua pasukan. Kalah dan menang sudah menjadi adat dalam sesuatu permainan.

Nota Kaki:
Keputusan Penuh; JDT 2 - Pahang 0

Tahniah buat pasukan JDT kerana berjaya memenangi Piala Sumbangsih 2015. Permulaan musim 2015 yang agak memberangsangkan. 


27 Jan 2015

9 Tips Daripada Steve Jobs Untuk Menjadi Blogger Berjaya

Bismillahirrahmanirrahim...


Boleh dikatakan sesiapa sahaja mengenali beliau? Walaupun beliau sudah tiada tetapi produk-produk ciptaannya seperti iPad, iPhone, iPod, iMac dan segala macam i masih terus menerus digunakan. 

"Harimau mati meninggalkan belang, Steve Jobs mati meninggalkan produk jenama Apple"

Beliau pernah menyelamatkan syarikat Apple Inc. daripada menjadi muflis pada tahun 1998. Dan pada tahun 2011, beliau telah berjaya menjadikan Apple Inc. sebagai sebuah syarikat pegangan awam yang paling bernilai di dunia. Memang hebat insan yang bernama Steve Jobs. Tetapi jangan kita lupa, Allah SWT lagi hebat dan berkuasa. 

Kredit Sumber
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh Steve Jobs semasa hayatnya adalah berpunca daripada mengamalkan tips berikut. Terpulang pada anda sama ada hendak percaya atau tidak.

  1. Ikut kata hati.
  2. Percaya pada diri sendiri.
  3. Lakukan  sesuatu hingga berjaya (focus dan jangan hangat-hangat tahi ayam)
  4. Cintai apa yang anda lakukan (love your job).
  5. Pilih dengan berhati-hati (jangan main hentam keromo saja)
  6. Bekerja keras untuk jadikan sesuatu itu menjadi mudah.
  7. Curi idea yang bagus (tapi elakkan budaya copy & paste tanpa memberikan kredit kepada pemilik asal)
  8. Matlamat bukan untuk buat duit (lakukan dengan penuh keikhlasan. insyaallah duit akan menyusul)
  9. Jangan hilang kepercayaan.

Blogger juga boleh mempraktikkan tips tersebut untuk menjadi blogger yang berjaya dan disegani. Tidak kiralah blogger sepenuh masa atau separuh masa. 

Insyaallah bila kita belajar daripada orang yang telah berjaya, kita pun boleh berjaya juga. Yang penting jangan lupa Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal (DUIT) dan baca Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

Sumber: Utusan Malaysia Online & Pintrest.Com

26 Jan 2015

Martabak Manis Pecenongan 65A

Bismilahhirahmannirahim...

Pada tahun 2013, aku dan rakan-rakan satu ofis telah berkesempatan pergi berjalan-jalan ke Kota Jakarta dan juga Mangga 2 yang terkenal dengan barang-barangnya yang murah. 

Kos dibiayaai sepenuhnya oleh staff fund yang dikutip tiap-tiap bulan melalui potongan gaji. Hanya bawak badan sahaja. Itu pun ada yang tak nak pergi.

Di ringkaskan cerita, ketika di kota Jakarta, salah seorang daripada rakan kami telah mencadangkan untuk membeli Martabak Manis. Katanya amat femes di sana. 

So, kami pun ikut saja tanpa membantah.
Martabak Manis Siap Di Pek Dalam Kotak
Mula-mulanya aku ingatkan Martabak Manis yang dijual di Jakarta sama seperti murtabak yang di jual di Malaysia seperti Murtabak Kg Melayu Majidee yang memang femes di Johor Bahru. 

Rupa-rupanya sangkaan aku meleset bila mana Martabak Manis yang di jual di Jakarta ini rupanya seperti Apam Balik. Pasti korang kenal dan pernah makan Apam Balik kan? Cuma yang membezakan hanyalah intinya sahaja. 

Peniaga Martabak Manis yang terletak di Pencenongan Raya, Jakarta Pusat ini menggunakan bahan-bahan yang berkualiti saja untuk dijadikan intinya. Antaranya, Coklat Toblerano, Mentega Kacang Skippy, Ovomaltine dan juga keju. Sebab itu harga sekeping Martabak Manis boleh mencecah RM30. 


Beginilah Rupanya Martabak Manis. Saling Tak
Tumpah Macam Apam Balik
Walaupun harganya yang agak mahal, orang ramai datang berbondong-bondong untuk menikmati keenakkan Martabak Manis. Kalau dapat makan free lagi lah sedap. 

Pertama kali aku menikmati Murtabak Manis ini amatlah sedap dan mengenyangkan. Lelehan coklat dan kejunya boleh membuatkan air liur meleleh.

So, kalau korang ada bercadang melancong ke Jakarta, jangan lupa untuk mencuba Martabak Manis nie. Kerana ianya tidak ada di Malaysia.
Budak Johor Ada Di Mana-Mana!!!
Lokasi:
Jalan Pecenongan Raya No. 65A
Jakarta Pusat, Indonesia.

Website:
martabak65a.com

   

23 Jan 2015

Review Kitab Teknik SEO Merah Jambu Selazat Cendol

Bismilahhirahmannirahim...


Jika ketika ini anda merancang untuk memperolehi pendapatan tambahan melalui blog, secara ikhlasnya saya sarankan anda supaya memiliki Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang sedang hangat diperkatakan di kalangan blogger dan usahawan interet.


Cendol Kegemaran En. Titan
Kenapa Anda Wajib Beli Kitab Teknik SEO Merah Jambu?

Untuk menjana pendapatan melalui blog, ilmu-ilmu dan teknik-teknik berkenaan SEO amat penting dan perlu diberi perhatian serious. Pengunaan SEO yang betul dapat membantu blog kita di"index" oleh enjin carian (search engine) seperti Google dengan baik. 

Contohnya. 

Salah satu entri yang telah saya hasilkan baru-baru ini dengan menggunakan keyword "Jom Aktifkan Mykad" telah berjaya mendapat tempat di halaman pertama (1st Page) di enjin carian Google.Com.My.



Apabila blog kita berjaya di"index" dengan baik oleh enjin carian, bermakna peluang untuk blog kita mendapatkan kunjungan pelawat (traffic) amatlah tinggi. Dan apabila jumlah traffic tinggi, peluang untuk blog kita menghasilkan pendapatan/jualan juga amat tinggi.

Di sini saya juga ingin berkongsi salah satu pendapatan "Adsense" yang berjaya dijana melalui aktiviti pengiklanan di blog.


Income Google Adsense di Bayar dalam USD
Rahsia bagaimana untuk menjadikan blog kita mesra dengan enjin carian (search engine) ada diterangkan dengan jelas di dalam Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Jadi, anda beli lah sekarang sebelum kehabisan  stok.

Siapa Pengarang Kitab SEO Merah Jambu ini?

  1. Nama pena En. Titan
  2. Seorang guru sekolah.
  3. Berasal dari Banting, Selangor. 
  4. Peminat tegar Cendol. 
  5. Sudah lebih 10 tahun bergelumbang dalam dunia penulisan blog.
Sepanjang tempoh 10 tahun, beliau telah berjaya menjana puluhan ribu ringgit melalui blog beliau dengan berbekalan senjata sulitnya iaitu ilmu SEO. 

Beberapa point-point penting yang terkandung dalam Kitab Teknik SEO Merah Jambu adalah seperti di bawah.

  1. Panduan membuat duit melalui program Affiliate.
  2. Cadangan beberapa nama program affiliate yang telah terbukti dari segi jualan & bayaran komisyen.
  3. Penerangan teknik SEO dengan gaya bahasa yang mudah difahami.
  4. Panduan menulis isi kandungan blog dengan cara yang betul dan mesra SEO.
  5. Contoh-contoh penulisan yang telah berjaya menjana pendapatan online puluhan ribu ringgit. 
  6. Nak tahu tips yang lain-lain kenalah beli e-book nie.
Dalil Kenapa Anda Perlu Memiliki Kitab Teknik SEO Merah Jambu?

Setuju atau tidak kalau kita ingin berjaya, kita kenalah berkawan/belajar dengan orang yang telah berjaya. Dalam kes ilmu dan teknik SEO dan program Affiliate, sudah tentu En. Titan adalah sifu nya. 

Membeli e-book yang ditulisnya merupakan satu keputusan yang bijak agar boleh dijadikan rujukan untuk melariskan jualan dan seterusnya meraih pendapatan yang berlipat kali ganda.

Bertindaklah segera dengan membeli Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Harga promosi hanya untuk 100 pelanggan pertama sahaja. Klik SINI untuk membuat pembelian.