31 Jan 2015

Piala Sumbangsih 2015; Perlawanan di Antara Johor Darul Takzim (JDT) & Pahang

Bismillahirrahmanirrahim...


Ini merupakan perlawanan pembukaan bola sepak Malaysia musim 2015. Perlawanan Piala Sumbangsih 2015 membabitkan dua pasukan ternama iaitu Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang (Tok Gajah). 



Untuk rekod, JDT merupakan Juara Liga Super 2014 manakala Pahang memenangi Piala Malaysia dan Piala FA musim 2014. Kali terakhir mereka bertemu pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1/11/2014. 

Perlawanan Piala Sumbangsih 2015 akan diadakan pada malam ini (Sabtu 31/1/2015) di Stadium Tan Sri Hassan Yunis aka Stadium Larkin.  Kedua-dua pasukan dijangka menyajikan persembahan yang mantap dan menarik.

Di khabarkan ada penyokong pasukan JDT yang telah berkhemah di kawasan luar Stadium Larkin sejak malam semalam (Jumaat) untuk mendapatkan tiket perlawanan.

Bagi pemegang kad bermusim JDT (season card) pula, mereka boleh datang ke stadium lewat kerana tempat duduk mereka sudah terjamin siap dengan nombor kerusi sekali. 

(Lorong Yang Pernah Menimbulkan Kontroversi Sebelum Ini. Sumber Gambar)
Tidak dapat dinafikan, ramai penyokong JDT yang teruja untuk menyaksikan perlawanan malam ini. Mereka juga teruja untuk melihat sendiri keadaan dalaman Stadium Larkin yang telah menjalani proses transformasi besar-besaran yang menelan belanja jutaan ringgit.

Apapun, aku pun tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan ini. Di harap tiada insiden yang tidak baik berlaku di antara para pemain dan juga para penyokong kedua-dua pasukan. Kalah dan menang sudah menjadi adat dalam sesuatu permainan.

Nota Kaki:
Keputusan Penuh; JDT 2 - Pahang 0

Tahniah buat pasukan JDT kerana berjaya memenangi Piala Sumbangsih 2015. Permulaan musim 2015 yang agak memberangsangkan. 


27 Jan 2015

9 Tips Daripada Steve Jobs Untuk Menjadi Blogger Berjaya

Bismillahirrahmanirrahim...


Boleh dikatakan sesiapa sahaja mengenali beliau? Walaupun beliau sudah tiada tetapi produk-produk ciptaannya seperti iPad, iPhone, iPod, iMac dan segala macam i masih terus menerus digunakan. 

"Harimau mati meninggalkan belang, Steve Jobs mati meninggalkan produk jenama Apple"

Beliau pernah menyelamatkan syarikat Apple Inc. daripada menjadi muflis pada tahun 1998. Dan pada tahun 2011, beliau telah berjaya menjadikan Apple Inc. sebagai sebuah syarikat pegangan awam yang paling bernilai di dunia. Memang hebat insan yang bernama Steve Jobs. Tetapi jangan kita lupa, Allah SWT lagi hebat dan berkuasa. 

Kredit Sumber
Mengikut sumber yang boleh dipercayai, kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh Steve Jobs semasa hayatnya adalah berpunca daripada mengamalkan tips berikut. Terpulang pada anda sama ada hendak percaya atau tidak.

  1. Ikut kata hati.
  2. Percaya pada diri sendiri.
  3. Lakukan  sesuatu hingga berjaya (focus dan jangan hangat-hangat tahi ayam)
  4. Cintai apa yang anda lakukan (love your job).
  5. Pilih dengan berhati-hati (jangan main hentam keromo saja)
  6. Bekerja keras untuk jadikan sesuatu itu menjadi mudah.
  7. Curi idea yang bagus (tapi elakkan budaya copy & paste tanpa memberikan kredit kepada pemilik asal)
  8. Matlamat bukan untuk buat duit (lakukan dengan penuh keikhlasan. insyaallah duit akan menyusul)
  9. Jangan hilang kepercayaan.

Blogger juga boleh mempraktikkan tips tersebut untuk menjadi blogger yang berjaya dan disegani. Tidak kiralah blogger sepenuh masa atau separuh masa. 

Insyaallah bila kita belajar daripada orang yang telah berjaya, kita pun boleh berjaya juga. Yang penting jangan lupa Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal (DUIT) dan baca Kitab Teknik SEO Merah Jambu.

Sumber: Utusan Malaysia Online & Pintrest.Com

26 Jan 2015

Martabak Manis Pecenongan 65A

Bismilahhirahmannirahim...

Pada tahun 2013, aku dan rakan-rakan satu ofis telah berkesempatan pergi berjalan-jalan ke Kota Jakarta dan juga Mangga 2 yang terkenal dengan barang-barangnya yang murah. 

Kos dibiayaai sepenuhnya oleh staff fund yang dikutip tiap-tiap bulan melalui potongan gaji. Hanya bawak badan sahaja. Itu pun ada yang tak nak pergi.

Di ringkaskan cerita, ketika di kota Jakarta, salah seorang daripada rakan kami telah mencadangkan untuk membeli Martabak Manis. Katanya amat femes di sana. 

So, kami pun ikut saja tanpa membantah.
Martabak Manis Siap Di Pek Dalam Kotak
Mula-mulanya aku ingatkan Martabak Manis yang dijual di Jakarta sama seperti murtabak yang di jual di Malaysia seperti Murtabak Kg Melayu Majidee yang memang femes di Johor Bahru. 

Rupa-rupanya sangkaan aku meleset bila mana Martabak Manis yang di jual di Jakarta ini rupanya seperti Apam Balik. Pasti korang kenal dan pernah makan Apam Balik kan? Cuma yang membezakan hanyalah intinya sahaja. 

Peniaga Martabak Manis yang terletak di Pencenongan Raya, Jakarta Pusat ini menggunakan bahan-bahan yang berkualiti saja untuk dijadikan intinya. Antaranya, Coklat Toblerano, Mentega Kacang Skippy, Ovomaltine dan juga keju. Sebab itu harga sekeping Martabak Manis boleh mencecah RM30. 


Beginilah Rupanya Martabak Manis. Saling Tak
Tumpah Macam Apam Balik
Walaupun harganya yang agak mahal, orang ramai datang berbondong-bondong untuk menikmati keenakkan Martabak Manis. Kalau dapat makan free lagi lah sedap. 

Pertama kali aku menikmati Murtabak Manis ini amatlah sedap dan mengenyangkan. Lelehan coklat dan kejunya boleh membuatkan air liur meleleh.

So, kalau korang ada bercadang melancong ke Jakarta, jangan lupa untuk mencuba Martabak Manis nie. Kerana ianya tidak ada di Malaysia.
Budak Johor Ada Di Mana-Mana!!!
Lokasi:
Jalan Pecenongan Raya No. 65A
Jakarta Pusat, Indonesia.

Website:
martabak65a.com

   

23 Jan 2015

Review Kitab Teknik SEO Merah Jambu Selazat Cendol

Bismilahhirahmannirahim...


Jika ketika ini anda merancang untuk memperolehi pendapatan tambahan melalui blog, secara ikhlasnya saya sarankan anda supaya memiliki Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang sedang hangat diperkatakan di kalangan blogger dan usahawan interet.


Cendol Kegemaran En. Titan
Kenapa Anda Wajib Beli Kitab Teknik SEO Merah Jambu?

Untuk menjana pendapatan melalui blog, ilmu-ilmu dan teknik-teknik berkenaan SEO amat penting dan perlu diberi perhatian serious. Pengunaan SEO yang betul dapat membantu blog kita di"index" oleh enjin carian (search engine) seperti Google dengan baik. 

Contohnya. 

Salah satu entri yang telah saya hasilkan baru-baru ini dengan menggunakan keyword "Jom Aktifkan Mykad" telah berjaya mendapat tempat di halaman pertama (1st Page) di enjin carian Google.Com.My.



Apabila blog kita berjaya di"index" dengan baik oleh enjin carian, bermakna peluang untuk blog kita mendapatkan kunjungan pelawat (traffic) amatlah tinggi. Dan apabila jumlah traffic tinggi, peluang untuk blog kita menghasilkan pendapatan/jualan juga amat tinggi.

Di sini saya juga ingin berkongsi salah satu pendapatan "Adsense" yang berjaya dijana melalui aktiviti pengiklanan di blog.


Income Google Adsense di Bayar dalam USD
Rahsia bagaimana untuk menjadikan blog kita mesra dengan enjin carian (search engine) ada diterangkan dengan jelas di dalam Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Jadi, anda beli lah sekarang sebelum kehabisan  stok.

Siapa Pengarang Kitab SEO Merah Jambu ini?

  1. Nama pena En. Titan
  2. Seorang guru sekolah.
  3. Berasal dari Banting, Selangor. 
  4. Peminat tegar Cendol. 
  5. Sudah lebih 10 tahun bergelumbang dalam dunia penulisan blog.
Sepanjang tempoh 10 tahun, beliau telah berjaya menjana puluhan ribu ringgit melalui blog beliau dengan berbekalan senjata sulitnya iaitu ilmu SEO. 

Beberapa point-point penting yang terkandung dalam Kitab Teknik SEO Merah Jambu adalah seperti di bawah.

  1. Panduan membuat duit melalui program Affiliate.
  2. Cadangan beberapa nama program affiliate yang telah terbukti dari segi jualan & bayaran komisyen.
  3. Penerangan teknik SEO dengan gaya bahasa yang mudah difahami.
  4. Panduan menulis isi kandungan blog dengan cara yang betul dan mesra SEO.
  5. Contoh-contoh penulisan yang telah berjaya menjana pendapatan online puluhan ribu ringgit. 
  6. Nak tahu tips yang lain-lain kenalah beli e-book nie.
Dalil Kenapa Anda Perlu Memiliki Kitab Teknik SEO Merah Jambu?

Setuju atau tidak kalau kita ingin berjaya, kita kenalah berkawan/belajar dengan orang yang telah berjaya. Dalam kes ilmu dan teknik SEO dan program Affiliate, sudah tentu En. Titan adalah sifu nya. 

Membeli e-book yang ditulisnya merupakan satu keputusan yang bijak agar boleh dijadikan rujukan untuk melariskan jualan dan seterusnya meraih pendapatan yang berlipat kali ganda.

Bertindaklah segera dengan membeli Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Harga promosi hanya untuk 100 pelanggan pertama sahaja. Klik SINI untuk membuat pembelian.  


21 Jan 2015

Caliph Buskers; "Hanya Jauhari Yang Mengenal Manikam"

Bismilahhirahmannirahim...

Nama Caliph Buskers tiba-tiba menjadi trending & viral di media-media sosial, media massa dan juga meniti di bibir-bibir peminat dunia hiburan tempatan.

Sebelum ini tidak ramai yang mengenali kumpulan Caliph Buskers ini kecuali yang pernah menyaksikan busking mereka di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di depan pusat membeli belah SOGO.

Kumpulan Caliph Buskers
Terima kasih kepada komposer Edry Abdul Halim (Edry KRU) atas tindakan berani beliau membawa Caliph Busker untuk menyanyikan lagu Roman Cinta bersama-sama Kumpulan Mojo di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) pada 18/1/2015 lalu.

Ternyata cubaan Edry KRU membawa kumpulan yang dianggotai oleh ahli-ahli yang cacat pengelihatan tidak sia-sia. Caliph Buskers telah membuat persembahan yang tidak terkalah dan berjaya memukau hati para penonton AJL29.

Seriously, meremang bulu tengkuk aku masa mula-mula menyaksikan persembahan Caliph Buskers di Youtube.

Berikutan kejayaan di AJL29, ada desas desus mengatakan pihak KRU akan menjadikan Caliph Buskers sebagai artis naungan syarikat mereka sekaligus akan menerbitkan Single Caliph Buskers.

Akhir kata, jom kita layan dulu persembahan live Mojo featuring Caliph Buskers di AJL29. 



19 Jan 2015

Jom Aktifkan MyKad

Bismillahirrahmanirrahim...


Buat semua pemilik MyKad, ada berita baik untuk anda semua. Anda boleh sertai kempen "Jom Aktifkan MyKad" untuk mendapatkan banyak penjimatan dan mata ganjaran bagi setiap pembelian barangan di kedai-kedai yang terpilih.

Kempen "Jom Aktifkan MyKad" ini dianjurkan oleh Blogger Anuar yang memang sukakan penjimatan. Siapa yang tak sukakan penjimatan di kala keadaan ekonomi yang tidak berapa memberangsangkan ditambah pula dengan kenaikkan harga barang yang tiada penghujungnya walapun harga minyak mentah dunia terus menjunam.

Mungkin anda tertanya-tanya apakah tujuan utama kempen "Jom Aktifkan MyKad" ini diadakan? Mana ada orang buat kempen secara suka-suka tanpa tujuan. Betul tak?

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mempromosikan program MyKad Smart Shopper.

Apa pulak MyKad Smart Shopper nie? Tak pernah dengar pun! 

Mengikut laman web AktifMyKad, ianya merupakan satu program yang mana bila kita mengaktifkan MyKad kita secara online melalui laman web AktifMyKad, kita boleh membeli produk kegemaran kita dengan harga diskaun dan mendapat mata ganjaran sekali. 

Bunyinya macam menarik kan? Dalam bahasa mudah, MyKad Smart Shopper ini merupakan Kad Diskaun dan Kad Ganjaran (2 dalam 1).

JOM AKTIFKAN MYKAD ANDA!!!

Sekarang, mari kita lihat pula apakah kelebihan-kelebihan MyKad Smart Shopper yang aku sendiri pun tidak pernah tahu sebelum nie.

Kelebihan Aktifkan MyKad (MyKad Smart Shopper):

  1. Nikmati diskaun sehingga 20% dan mata ganjaran bagi setiap pembelian di kedai-kedai yang mengambil bahagian.
  2. Tiada sebarang yuran dkenakan untuk mendaftar MyKad Smart Shopper. Ianya percuma.
  3. Yuran Tahunan (Annual Fee) percuma selagi kita hidup.
  4. Mata Ganjaran (Point) tiada tarikh luput.
  5. Boleh tebus point untuk dapatkan hadiah percuma.
  6. Boleh buat pendapatan sampingan melalui program Affiliates.
Di bawah ini merupakan sebahagian daripada senarai kedai-kedai perniagaan yang menyertai program MyKad Smart Shopper yang menawarkan diskaun sehingga 20%. Selebihnya, anda borang semak di "Kedai Jom Aktifkan MyKad"

JOM AKTIFKAN MYKAD ANDA!!!

Sekarang kita dah tahu apakah kelebihan MyKad Smart Shopper ini.

Jadi apa tunggu lagi! Jom cepat-cepat "Aktifkan MyKad" anda di SINI dan mulakan penjimatan, kumpul mata ganjaran dan buat pendapatan sampingan. 

JOM AKTIFKAN MYKAD ANDA!!!

Itu sahaja yang aku nak kongsi pasal kempen "Jom Aktifkan MyKad". Aku nak pergi jemur baju dulu takut nanti wife aku membebel walaupun aku ambik cuti hari nie. Semoga kita semua dapat manfaat bersama.

"Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.com"


18 Jan 2015

Wang Simpanan KWSP Di Keluarkan Perlu Di Zakat

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebut saja pasal KWSP, pasti ramai yang sudah ada simpanan dalam akaun KWSP. Lagi besar gaji dan elaun yang diterima tiap-tiap bulan, lagi banyaklah potongan KWSP. Maksudnya, makin banyaklah jumlah simpanan yang boleh dikeluarkan selepas bersara / pencen.


Buat masa kini, wang simpanan KWSP hanya boleh dikeluarkan pada 2 peringkat umur seseorang pencarum. 
  1. 50 Tahun - Pengeluaran Akaun 2 
  2. 55 Tahun - Pengeluaran Akaun 1 
Tapi bila sudah mencapai umur di atas, janganlah berasa seronok sangat. Sebabnya, wang KWSP yang dikeluarkan itu perlu di zakat. Hakikatnya, bukan semua wang itu milik kita. Ada bahagian untuk golongan yang memerlukan. 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK) pada Julai 2006 telah memutuskan bahawa Mahzab Syafie menetapkan zakat harta wajib dikeluarkan apabila cukup nisab dan tempoh haulnya (setahun). Wang KWSP termasuk dalam kategori harta simpanan. Apabila dikeluarkan adalah diwajibkan zakat apabila sempurna kedua-dua syarat iaitu cukup nisab dan haul yang di tetapkan.

Bagaimanapun jumhur (majoriti) ulama berpandangan bahawa zakat harta boleh dikeluarkan lebih awal dari waktu yang sepatutnya dengan syarat harta itu sudah mencukupi nisabnya.

Berdasarkan pandangan itu, muzakarah berkenaan memutuskan bahawa JFK pada November 1982 dipinda seperti berikut "Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun".


Zakat telah ditetapkan oleh Allah SWT sebagai salah satu rukun daripada rukun Islam dan zakat diikuti selepas perintah solat. Hal ini kerana solat itu adalah rukun agama Islam yang tertinggi sebagaimana firman-Nya :-
Ertinya :-
"Dan dirikanlah oleh kamu akan solat dan tunaikanlah zakat."
Rasulllah SAW bersabda :-
"Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah SAW: "Islam itu didirikan di atas 5 perkara iaitu bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya serta utusan-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji di Baitullah bagi orang yang berkemampuan dan berpuasa pada bulan Ramadan (Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim)
Allah SWT memberikan ancaman yang keras terhadap orang-orang yang lalai dalam mengeluarkan zakat, sebagaimana firman-Nya :-
Ertinya :-
"Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah maka khabarkanlah kepada mereka itu dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya."  
Sumber: Kitab Ihya' Ulumuddin - Hasil tulisan Imam Al-Ghazali 

17 Jan 2015

Gambar Barang-Barang Peninggalan Nabi Muhammad saw

Bismillahirrahmanirrahim...

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw yang merupakan kekasih Allah swt. Walaupun Rasulullah saw telah meninggalkan kita sebagai umatnya lebih 1,400 tahun yang lalu, insyaallah tahap kecintaan kita terhadap beliau tetap tinggi.  

Ianya jelas dibuktikan dengan banyak anjuran majlis Sambutan Maulidur Rasul di setiap negeri terutamanya di negeri Johor yang disambut sehingga awal bulan Ramadhan. 

Bila kita jauh dengan Rasulullah saw, kita hanya mampu berasa dekat dengan Rasulullah saw melalui bacaan doa-doa yang memohon syafa'at Rasulullah saw dengan harapan dapat memperolehi keselamatan semasa di Padang Mahsyar.

Bagi sesiapa yang sudah mengerjakan ibadah Haji atau Umrah, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menziarahi makam Rasulullah saw yang berada di Masjid Nabawi, Madinah dan melakukan solat di Raudhah yang terletak di antara mimbar dengan makam (dahulu rumah) Rasulullah saw.

Bagi yang belum berpeluang untuk menziarahi makam Rasulullah saw, tidakkah foto-foto berikut bakal mengubati kerinduan kita yang mendalam terhadap Rasulullah saw.

Masjid Nabawi di Madinah
Makam Rasulullah saw di dalam Masjid Nabawi Madinah
Bendera Rasulullah saw
Tempat Menyimpan Ubat Rasulullah saw
Sandal Rasulullah saw
Cop Mohor Rasulullah saw
Baju Rasulullah saw
Kunci Pintu Kaabah ketika zaman Rasulullah saw
Tempat minum Rasulullah saw
Mihrab Rasulullah saw
Busar panah & pedang Rasulullah saw
Pedang Rasulullah saw
Helaian rambut Rasulullah saw
Serban Rasulullah saw
Topi besi Rasulullah saw
Bekas tapak kaki Rasulullah saw
Gua Thur. Tempat Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar berlindung daripada 
ancaman bani quraish ketika dalam perjalan hijrah ke Madinah
Gua Hira'. Tempat Rasulullah mendapat wahyu pertama 
dari Allah swt melalui Malaikat Jibrail

Banyak barang-barang peninggalan Rasululah saw kini di simpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki. Barang-barang tersebut telah berjaya diselamatkan oleh Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang pernah memerintah Mekah dan Madinah. 

Tetapi sejak kebelakangan ini, umat islam di seluruh dunia digemparkan dengan perbuatan segelintir pihak yang berani mempersendakan Rasulullah saw. Dan yang terkini, tindakan akbar satira perancis, Charlie Hebdo yang menyiarkan karikatur Rasulullah saw telah menyebabkan pejabatnya diserang sehingga menyebabkan 12 orang terbunuh. Kisah selanjutnya boleh di dapati di SINI

Semoga mereka ini sempat diberi hidayah oleh Allah swt dan berpeluang untuk mendekati keperibadian Rasulullah saw dan kebenaran ajaran agama islam yang di bawanya.